VI

8.4K 428 10
                                    

"Kau masih tak puas hati dengan aku ke?"

Ya Allah, kus semangat. Terloncat sedikit tubuh Syasya terkejut dengan kemunculan Haq dari belakang. Bagaimana dia tidak boleh sedar kehadiran lelaki itu? Mungkin sebab telingannya disumbat dengan earphone dan air paip dipasang untuk menjirus bunga membuatkan pendengarannya kurang jelas akan derapan kaki jejaka kacak itu. Menghiraukan kata Haq, Syasya meneruskan aktivitinya di taman bunga mini hasil kreativiti dia.

Haq merasa tidak puas hati apabila tidak dihiraukan oleh gadis itu. Menyembunyikan senyuman nakal, tangan dia perlahan-lahan melingkar kemas di pinggang Syasya. Memusingkan tubuh itu, kini mereka berhadapan antara satu sama lain. Paip yang sudah membasahi bajunya tidak dikisahnya. Muka marah gadis itu senang dilihatnya. "Apa masalah kau? Basahlah iPod aku."

Syasya cuba meronta minta dilepaskan. Tapi, kudratnya dengan kudrat lelaki itu apalah sangat. Kakinya diangkat ingin melutut jejaka itu. Haq sempat menahan tingkah dia dengan tangan kiri lelaki itu. "Lepaslah, gila!"

"Tak nak."

"Ish. Lepaslah!"

"Kau ni memang suka marah ya bila jumpa aku?"

"Ya. Dah engkau sendiri suka cari pasal buat aku marah. Jadi, ada sebablah kenapa aku marah."

"Kalau aku buat macam ni, kau marah tak." Terbeliak mata Syasya apabila tangan Haq turun memegang punggungnya. "Lepaslah gila! Pakcik tua gatal!

"Sentuh sikit pun nak marah. Hak aku juga."

"Hak? Sejak bila?"

"Sejak kau mention dalam pejabat aku hari itu." Syasya rasa nak tampar sahaja muka berlagak senyum sinis itu. Menyebal hati tapi masih kacak di matanya. Menggeleng kepala, dia cuba melawan kata hati yang mula berlembut senang di peluk lelaki itu. "Lepaslah!"

"Seksi." Mata Syasya mengikut pandangan mata Haq. Berpijar mukanya apabila baju t-shirt putih yang dipakainya sudah basah dek air dan membuatkan baju itu jadi jarang sehingga menampakkan yang dalam. "Lepaslah, Hulk gatal!" Kaki dia cuba menyadung kaki Haq. Malangnya, tingkah dia itu membuatkan kedua-dua tubuh mereka jatuh menyembah bumi.

Haq cepat-cepat menukarkan posisi dimana tubuhnya dulu jatuh keatas tanah dan tubuh Syasya menindih atas tubuh dia. Matanya memandang mata anak saudara Tuan Aden itu. "Aku minta maaf." Katanya dengan nada lembut. Sedar akan katanya tempoh hari sedikit kasar membuatkan gadis itu perang dingin dengan dia.

Syasya rasa jantung dia macam nak meletup. Pandangannya cuba dialihkan kearah lain tapi hati dan tubuh tidak bekerjasama membuat dia membalas pandangan si kacak itu. "Aku minta maaf." Mengulang semula kata maaf. Syasya tersenyum. Dia tahu Haq benar-benar rasa kesal dan dirinya pula sudah pun melupakan hal itu.

Sebenarnya sengaja nak tengok reaksi lelaki itu menangani perang dingin dia selama seminggu. Siapa sangka, bibir lelaki itu menuturkan kata maaf kepadanya saat dimana perang dingin mereka baru sahaja dua hari. Dingin pun dalam hati ada taman juga. Tapi, kenapa Syasya rasa dia perempuan pertama yang melihat lelaki itu merendahkan ego ya? Perasan pula Syasya.

"Aku maafkan kalau kau lepaskan aku."

Haq dengan senang hati mendepakan tangannya melepaskan pegangan di pinggang Syasya tadi. Syasya cuba bangun dari tubuhnya dengan muka masa. Tidak puas hatilah itu. Entah kenapa dia rasa nakal nak mengusik gadis itu lagi. Lalu, lengan kiri gadis itu sengaja ditarik dia. Tidak terlalu kuat dan tidak juga terlalu lembut. Dan, tubuh gadis itu sekali lagi menindih atas tubuhnya. Sebelum Syasya membuka mulut ingin membebel rasa tidak puas hati, tangan kiri Haq menarik paip air dan menyiram atas kepala gadis itu.

Apalagi, menjeritlah Syasya cuba cepat-cepat bangun. Tanpa sedar, tawanya terlepas kerana terhibur. Dia perasan Syasya berdiri tegak memandang dia dengan pandangan yang tidak tahu hendak jelaskan bagaimana. Bibir gadis itu mengukir senyuman manis. "Aku suka dengar kau gelak." Saat Syasya berkata begitu, baru dia sedar. Terus mati tawanya dan senyuman dia hilang terus wajah dihiasi dengan riak serius.

ENIGMAWhere stories live. Discover now