XXVI

8.2K 428 18
                                    

"Selamat pagi, syayang." Bibir Haq yang ingin menyentuh pipinya dielak. "Sana. Orang nak bangun." Tubuh sasa lelaki itu ditolak sebelum kakinya menjejak lantai menuju ke bilik mandi. Haq memandang gadis itu cuba memikirkan apa yang patut dilakukannya untuk memujuk gadis kesayangannya itu.

Bunyi Syasya muntah membuatkan tubuhnya tegak bangun. Dia cepat-cepat ke bilik mandi mendapatkan gadis kesayangannya itu. "Syayang." Tangannya mengusap lembut belakang Syasya. Syasya yang ingin mengelak dari sentuhan lelaki itu tidak mampu dek badannya yang penat dan tekaknya yang perit. Malah, Haq prihatin tolong menyanggulkan rambutnya. Setia tangan besar itu mengusap belakangnya.

Tangan kiri Haq membuka laci dibawah singki. Dia mengambil vicks dan sapu di belakang tengkuk Syasya. Tidak lupa dicalit juga di pelipis gadis itu. Sebelun tangannya ingin sapu di dada, Syasya menepuk tangannya. "Jangan nak melebih. Dah bagi paha, nak betis pula."

"Siapa sahaja yang nak menolak betis putih gebu syayang?" Ujar Haq nakal mengenyit mata. Ah, gelenyar pula mamat seorang ini. Pantang diberi peluang. Botol vicks di tangan Haq diambil  dan diletakkan di hidungnya. Dalam-dalam dia menghirup bauan dingin vicks menghilangkan sedikit rasa kembang tekaknya.

Haq membuka paip mengisi air di dalam tub mandi. Bauan syampu badan lavender diletakkan di dalam air biar berbuih. Tidak lupa juga, Haq menyalakan lilin bauan yang sama mengelilingi tub mandian tersebut. Cermin dibuka menunjukkan ruangan sembunyi pencuci muka, berus gigi dan ubat gigi di dalam itu. Dia mengeluarkan pencuci muka yang dipakai gadis itu dan di dalam gelas jernih diletakkan sebatang berus gigi berserta ubat gigi di atas singki.

Syasya hanya melihat tingkah jejaka itu tanpa bersuara. Haq keluar dari bilik mandi seketika. Kemudian, kembali dengan dua tuala hitam dan satu set pakaian buat Syasya. "Mandi. Tuala ini satu lagi untuk rambut syayang kalau syayang nak cuci rambut. Syampu abang letakkan disini." Tercengang sekejap Syasya mendengar gelaran Haq menggelarkan diri sendiri kepadanya. "Abang?" Bisiknya perlahan akan tetapi telinga Haq jelas menangkap perkataan itu meniti di bibir Syasya dengan tanda soal.

"Aku mungkin tak ada sisi romantik tapi aku cuba dan masih dalam proses belajar. Aku harap kau tak kisah kalau aku bahasakan diri aku sebagai abang. Bukan abang, abang kandung, abang tiri atau abang angkat tapi abang syayang."

"Orang nak mandi." Kata Syasya senada mengarah lelaki itu keluar tinggalkan dia sendiri.

"Jangan kunci pintu." Pesan Haq.

"Gila?"

"Bukan sebab abang nak join syayang. Tapi, senang kalau apa-apa jadi ke syayang nanti." Sempat lagi tu menggatal.

"Pape je lah." Haq masih melemparkan senyuman walaupun Syasya melayan dingin. Dia meninggalkan ruangan bilik mandi itu memberi ruang kepada gadis itu. Pintu bilik mandi ditutup Haq.

Syasya melihat ruangan bilik mandi yang nampak mewah itu. Hitam. Warna kegemaran lelaki itu. Melucutkan pakaian daripada tubuhnya, dia membiarkan tubuhnya selesa bersandar di dalam tub mandi. Wangian lavender itu menenangkan dan langsung tidak menganggu deria baunya. Malah, dia menyukai bau tersebut. Matanya dipejam membiarkan diri tenggelam dengan ketenangan.

Bunyian burung-burung berkicauan pagi itu menyapa deria pendengarannya. Dia yang sudah selesai membersihkan diri kembali ke ruangan bilik tidur Haq. Rambutnya yang basah disanggul dengan tuala. Matanya menangkap keindahan pemandangan yang hijau disebalik cermin tingkap besar bilik lelaki itu. Dia tertanya-tanya, dimanakah keberadaannya sekarang. "Syayang." Suara garau itu kedengaran dekat di belakang dia. Memusingkan tubuh, Haq sudah pun berdiri tegak di depan dia. Tangan kekar Haq merangkul kemas pinggangnya merapatkan jarak tubuh mereka. "Wanginya."kata Haq mencium bauan lavendar yang melekat segar pada tubuh gadis kesayangannya.

ENIGMAWhere stories live. Discover now