1. Koma

370 41 33
                                    

2017-2020

Cerita ni ditulis 3 tahun lepas, penuh cincai dan barai tapi dah complete. Pernah posting di Instagram dan pernah publish di Wattpad tapi unpublished sebab... haha rasa dungu sangat cerita ni.

Tapi, bila fikir balik kesian diri aku yang gian nak menulis dulu tu. Mesti terasa aku taknak publish cerita dia.

Bukan mudah nak tulis apa yang ada di kepala.
Bukan mudah nak tamatkan apa yang dah tertulis.

Jadi, yeah... publish jelahhhh~

Ada masa nanti editlah balik (kononnyaaaaa)~

Flizwn.

——————————————

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

——————————————

Nama aku Radhi.

Seperti semalam, kelmarin dan hari-hari sebelumnya, aku menapak lagi ke hospital ini. Isteri yang sudah 3 tahun aku nikahi kini terlantar nyenyak di pembaringan.

Koma.

Entah bila Eli akan bangun. Sekurang-kurangnya aku lega dan bersyukur, dia sudah melepasi tahap kritikal dan tidak memerlukan sokongan pernafasan lagi.

Pintu wad aku tolak dari luar.

Diam.

Aku pandang wanita berbaju kurung itu. Merenung Eli sama seperti sebelum ini. Ada riak suram yg tidak pernah padam sejak pertama kali kami bertembung di ICU. Dia pelawat setia Eli, tidak pernah aku kenali, tidak pernah berbicara dengan aku biarpun aku pernah beberapa kali mengajukan pertanyaan padanya. Apabila aku sampai ke situ, dia akan keluar meninggalkan kami. Namun kali ini agak berlainan. Dia memandang aku lama, hidung yg merah dan setitis air mata gugur di pipi. Kemudian, barulah dia melangkah pergi, melintasi aku yg masih berdiri tegak di pintu.

"Radhi! Kenapa berdiri depan pintu?" sergah mama.

Aku terkejut hingga terhantuk pada daun pintu. Hanya mampu tersengih apabila ibu mertua ku menggelengkan kepala sambil beristighfar. Sama seperti aku, mama adalah insan setia yg melawat Eli setiap hari. Hari itu, dalam perjalanan pulang, aku sempat tanyakan pada mama mengenai wanita yg mungkin mama kenal siapa gerangannya.

"Alin?" Mama menebak.

"Alin?"

"Ya. Kakak kembar Eli. Dulu mama pernah cerita, kan? Muka mereka memang tak sama sangat. Kembar tak seiras."

"Oh ya." Aku mengangguk perlahan.

Eli pernah mengajak aku mencari kakaknya itu. Selepas mama dan suaminya bercerai, Alin dijaga bapanya, Eli pula mengikut mama. Mereka tidak pernah bertemu sejak kecil namun kerana rasa ingin tahu, aku bantu Eli menjejaki Alin. Ternyata, Alin sedikit pun tidak teruja dengan pertemuan itu. Alin sudah berkahwin dan apa yang aku ingat Alin memang seorang yang suka memakai baju kurung. Beberapa kali Eli bertemu Alin tapi Alin nampak kurang berminat.

Antara Koma (Completed)Where stories live. Discover now