4. Seorang

175 31 0
                                    

Dalam kesamaran sinaran cahaya matahari yg menerobos masuk melalui tingkap, aku cuba membuka mata yg terasa perit. Terlihat bayang seseorang di sisi. Cuba bersuara namun tekak terasa kering.

"Radh, Radh! Aku ni, kau sedar tak?" Suara Jae menerpa pendengaran.

Entah kenapa ianya membuatkan aku terasa tenang. Lega. Tepukan Jae di bahu aku capai. Tangan sejuknya aku genggam erat.

"Air."

Pantas Jae membetulkan kedudukan agar kepala aku lebih tinggi. Air disua ke mulut. Hairannya tak banyak yang aku minum walaupun rasa haus bagai mencakar anak tekak.

"Apa jadi, Radh?"

Aku pandang Jae. Pandang sekeliling. Oh, aku di hospital rupanya. Aku menggeleng. Sendiri tidak faham. Rasanya aku pengsan. Dan aku... ingat sangat apa yg berlaku sebelum aku pengsan tu.

"Eli ada kat kantin hospital. Aku suruh dia pergi makan dulu. Dari malam tadi berjaga tunggu kau sedar," beritahu Jae.

Aku diam. Jae menarik kerusi dan duduk rapat menghadap aku. Mungkin perasan perubahan riak wajah bila nama Eli disebut.

"Ada benda kau nak kongsi dengan aku?"

Tiba-tiba pintu bilik wad terbuka. Susuk tubuh Eli muncul dengan plastik berisi buah di tangan. Dia terkaku seketika. Mungkin kaget melihat aku sudah sedar. Jantung berdetak laju melihat anak matanya. Peristiwa yang lepas seakan meribut kembali di dalam kepala.

Kusut.

"Awak!" Ceria wajahnya menerpa aku. Plastik buah diletakkan di atas meja. Tangan aku dicapai untuk disalami namun automatik aku menepis kasar. Jae terkejut apalagi Eli.

Ahh! Aku dah tak boleh nak berfikir. Makin serabut fikiran aku bila melihat Eli di depan mata.

"Kau siapa?" Aku menengking Eli.

Terangkat bahunya dek terkejut.

"Weh, bro! Apahal dgn kau ni? Isteri sendiri takkan kau lupa kut?"

"Kau diam!"

Jae pula menjadi mangsa tengkingan aku. Aku tak berniat sebenarnya tapi.. arghh! Rambut di kepala aku genggam kuat.

"Awak... saya isteri awak ni." Eli cuba menyentuh aku, takut-takut.

"Jangan sentuh aku! Jangan datang jumpa aku lagi! Pergi kau! Pergi! Kau bukan isteri aku! Blah la wei!!"

Aku bagaikan tenggelam dalam jasad sendiri. Plastik buah tadi aku tarik dan lemparkan sekuat hati pada Eli. Terduduk dia sambil menangis menahan sakit. Tapi di waktu itu, tiada sedikit pun rasa belas di dalam hati. Jae yang cuba menenangkan aku turut menjadi mangsa tendangan aku. Dan selepas itu aku tak ingat apa-apa. Gelap.

————

MANUSIA lalu lalang dipandang sepi. Membawa hati yang lara di tengah kesibukan kota. Terasa sunyi di rumah keseorangan. Pada mama, tidak diberitakan hal Radhi. Nanti mama bimbang. Umi pula entah tahu dari mana. Mungkin Jae yang memberitahu. Panggilan dari umi membuatkan hatinya merasa terharu dengan keprihatinan mertuanya itu. Namun, cukuplah.. dia tak mahu susahkan hati mereka. Dia yakin, Radhi cuma perlukan masa.

"Eli..."

Dia menoleh. Tiada sesiapa di belakangnya. Hanya manusia yang sibuk dengan urusan sendiri. Sedang panggilan nama itu terasa dekat di pendengaran. Eli memejamkan mata, menekup telinga. Lama dia menahan rasa takut yg mencengkam dada. Sejak sedar dari koma, dia selalu mendengar orang memanggilnya. Suara halus yang merobek ketenangan hati. Tapi, nak diceritakan pada Radhi, takut tak percaya.

Antara Koma (Completed)Where stories live. Discover now