2. Berbeza

217 33 29
                                    

"ADIK

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ADIK..."

Pertama kali meleret-leret aku panggil nama panggilan Aina itu. Umi dah geleng kepala. Aina berkeras taknak temankan Eli selepas peristiwa malam itu.

"Adik dah perasan lama dah Kaklong macam tu. Along je tak tahu dah berapa lama adik menahan. Sebab adik fikir Kaklong mungkin dalam proses nak sembuh, mungkin Kaklong salah dengar, salah pandang. Hari tu adik kata nak balik teman umi demam tu adik tipu je. Banyak benda pelik yang Kaklong buat tapi adik tak berani nak cerita kat Along. Takut Along tak percaya. Sebenarnya adik dah menggigil usus perut semua sebab pagi tu adik terjaga jam 1 pagi nak minum air kat dapur. Kaklong tengah berdiri tegak menghadap tingkap kat sinki. Dahlah dalam gelap! Bila adik tanya, dia kata pelik sebab ada orang ketuk tingkap kat sinki tu dari tadi. Mujur adik halang dia dari buka tingkap tu!"

Umi meloncat ke sisi aku. Hah, terkejutlah tu! Aku lagi rasa macam nak gugur bulu betis ni.

Telefon bimbit berbunyi nyaring. Mesej dari mama mertua ku. Aku tinggalkan Eli dengan mama sekejap sementara nak pujuk si Aina ni.

"Radhi, nanti mama ada benda nak bincang sikit."

Gulp. Ahh, sudah!

BASAH AIR MATA mama membuatkan aku tidak tahu apa yang aku patut lakukan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


BASAH AIR MATA mama membuatkan aku tidak tahu apa yang aku patut lakukan. Tisu di hujung kabinet aku pandang. Teragak-agak aku, nak ambilkan untuk mama ke tidak.

"Tu bukan anak mama, Radhi."

Sebak aku dengar aduan mama. Baru sehari mama duduk dengan Eli, dah rasa macam tu. Aku ni, lebih-lebih lagilah...

Kata mama, Eli hanya berkurung dalam bilik. Mama itu bagaikan orang asing baginya. Makanan tidak bersentuh. Tidak ceria bahkan dia tidak berbaring di atas katil. Hanya berbantalkan lengan dan tikar, Eli tidur di atas lantai.

Tadi, waktu hendak pulang pun, kalau bukan sebab aku memberi arahan, memang tak disalamnya tangan mama. Menonong laju saja masuk ke dalam kereta.

Antara Koma (Completed)Where stories live. Discover now