" Doyoung ! "
Taeyong memanggil Doyoung yang berada diruang tamu.
" Apa ? " Sahut Doyoung.
" Senduk aku bila orang rumah sana tu nak bagi ? Berpeluh aku tunggu ni haa ! " Taeyong berteriak dari arah dapur. Sibuk mengemas periuk belanga.
Almaklumlah , dia sajalah yang suka mengemas dari depan rumah hingga ke belakang rumah. Nak harapkan orang lain , sampai tahun depan pun belum tentu ada yang mengemas kecuali si Jungwoo.
Itupun entah siap ke tidak kalau semua bend nak nampak kemas. Susun pinggan mengikut saiz , jenis , warna.
Sampai Taeyong melarang Jungwoo dari masuk ke dapur.
Nak siang ikan pun bermasalah , nak cuci tangan pun makan masa yang lama.
Mandi pun , Taeyong mengarah Jungwoo untuk menjadi orang yang terakhir mandi.
Dia akan kejutkan semua orang sebelum Jungwoo kerana Jungwoo mengambil lebih dari sejam untuk mandi.
Belum cuci muka , cuci rambut lagi.
" Ish , senduk aku yang aku dapat masa jadi juara pertandingan memasak tu si gedik tu tak bagi lagi. "
Taeyong mula membuat muka menyampah. Kain batiknya dilipat hingga ke paras betis. Dia keluar dari dapur dan melangkah ke rumah Kun.
Kun pula sedang seronok menyanyi sambil menyidai pakaian.
" seratus persen oh cintaku~ hey hey hey hey hanya untukmu seratus persen– "
" Oi , gedik ! "
Kun menoleh kebelakang , melihat Taeyong yang bercekak pinggang sambil menghampirinya.
" Dahlah tak bagi salam , lepas tu awak kata kita gedik ? Ei , siapa yang gedik gila sekarang ni ? " Kun mengejek Taeyong.
" Lagi satu , tak payah nak angkat kain tu macam nak tunjuk awak tu marah sangat. Geli tengok kaki berbulu tu. "
Panas betul hati Taeyong , apa lagi , ditarik kasar rambut Kun.
Maka bermulalah pergaduhan antara Kun dan Taeyong. Menjerit-menjerit sambil menarik rambut masing-masing , tak ubah seperti perempuan bergaduh.
" Eh ! Apahal ni !!! " Lucas , Winwin , Hendery dan Xiaojun yang baru tiba dirumah bergegas berlari kearah mereka berdua yang bergaduh.
Xiao Jun dan Hendery cuba meleraikan pergaduhan mereka.
Lucas dan Winwin mengeluarkan telefon bimbit mereka.
" Hai guys , this is Winwin. Bersama saya , Lucas Wong , kami dalam perjalanan pulang tadi and this happen. Oh my god , guys. You won't believe what is actually happening right now. Ada orang gaduh guys ! "
Winwin merakam Kun dan Taeyong yang bergaduh dan Xiaojun dan Hendery yang cuba meleraikan pergaduhan tersebut.
Begitu juga dengan Lucas. Dia bercerita tentang apa yanh dilihatnya kini dan mereka berdua sebarkan di akaun twitter masing-masing.
@wonglucas_
@winwinissobeautifulBaru saja beberapa minit , video tersebut dapat sambutan retweet dan likes. Para penonton semuanya memberikan pandangan masing-masing.
" Asal rakam je ? Kenapa tak tolong ? "
" Why kena sebarkan ? Alahai masing-masing 🤦♀️"
" Fuyoo , kain batik bhai dia pakai , bukan beshe beshe "
" Nilah budak zaman sekarang , semua benda nak sebarkan. Sikit-sikit viral. "
" Eloklah , boleh join perempuan yang kata boba boleh keras kalau letak dekat tempat panas. "
Tapi , ada mereka peduli ?
Nanti buatlah permohonan maaf , then settle.
Mereka berdua kemudian melangkah menghampiri Taeyong dan yang lain.
" Kau memang nak kena en ! " Kun yang hampir terlepas dari pelukan Xiaojun segera dipeluk oleh Lucas.
Boleh tahan kuat juga Kun apabila dia mengamuk. Hampir terlepas Kun dari pelukannya. Tak kurang juga Taeyong yang dipeluk Winwin dan Hendery.
Mereka masih masuk menyerang antara satu sama lain.
" Bagi balik aku punya senduk !!! " Meraung Taeyong seakan dirasuk. Sambil meronta dilepaskan , dia menjerit sehingga menarik perhatian Chenle dan Jisung yang sedang bersiar-siar dengan menaiki motor.
Jalan kampung , jadi polis pun tak selalu datang. Jadi , selamatlah nak rempit !
" Uish , bukan main-main ni diorang punya gaduh. " Jisung bersuara.
" Alah , diorangkan memang macam tu. Tak ada beza macam mak Bedah dengan Mak Leha. Cuma yang ni jantan punya versi. " Chenle malas mahu melayan pergaduhan tersebut.
" Nah kau amik ni ! " Kun mencapai selipar lalu cuba untuk membalingnya kepada Taeyong , namun , selipar itu melayang tepat kearah wajah Chenle yang baru saja berhenti untuk menyaksikan pergaduhan tersebut.
" WADUH ! DIA BALING SELIPAR KAT MUKA AKU BHAI ! "
Chenle tak puas hati , dia pun nak turun padang ! Dia segera turun dari motosikal kapcainya.
Jisung pula cuba menghalang Chenle.
" Jangan lupa diri , weh ! Dia lagi tua dari kau ni ! "
" AH ! PEDULI APA AKU ! "
Rambut Kun ditarik kasar oleh Chenle.
" Waduh , kabut guys ! Tolong ! Ada orang gaduh " Jisung menjerit meminta tolong.
" Eh , dah kenapa tu ? " Yuta dan Jaehyun baru saja tiba dari bendang , melihat pergaduhan dari jauh.
" Gaduh pasal senduk lah kot. " Jaehyun bersuara. " Aik ? Takkan sampai Chenle join ? " Soal Yuta.
" Entahlah. Saja kot. Macam kau tak kenal Chenle macam mana , diakan suka porak-perandakan keadaan. " Jawab Jaehyun dengan tenang.
Yuta mengangguk.
" Oi , orang tengah puasa mana boleh bergaduh , kan berdosa. " Yuta menegur membuatkan Taeyong , Kun dan Chenle berhenti serentak.
Seraya itu , Yuta dan Jaehyun terdengar seseorang tengah bising didalam rumah.
" LARI WEHHHHH !!! "
" WEHHHH DIA KEJAR ***** "
" Dahlah , Mark ! BISING ! " Yuta menjerit dari luar. Namun tidak dipedulikan oleh Mark yang sedang seronok bermain PACIFY.
" WEH YA ALLAH , TENGAH PUASA , MENCARUT PULA. ASTAGFIRULLAHALAZIM. " Mark membebel sendirian.
Tengah seronok bermain. Jadi dia tidak tahu apa yang terjadi disekelilingnya. Sebentar dia ketawa , sebentar dia menjerit.
Terbahak-bahak Mark didalam bilik itu mengundang kemarahan seseorang.
" ADUH ! Hyung ! SAKITLAH ! "
Kepala Mark digosok. " Aku tengah seronok gaduh dekat bawah , yang kau bising macam orang gila pahal !? "
Taeyong memarahinya.
" Hyung gaduh ? " Mark menyoal. " Kenapa ? " Mark bertanya lagi. " Tak yah tanyalah ! Janji aku dah dapat senduk aku dari si tak guna tu. "
Taeyong melangkah keluar dari bilik Mark.
" Ish , pelik je dia ni. Dengan aku tengah live , dengan dia pakai kain batik– "
" YA ALLAH , KENAPAAAAA ?! WEH DAH LAH RAMAI VIEWER ! "
YOU ARE READING
NCT SAMBUT RAYA
FanfictionWayV , NCT127 dan NCT Dream. Ketiga-tiga ini adalah jiran , 21 orang yang perangai berbeza. Lagi beberapa hari lagi mahu raya , namun apakah persediaan mereka sempena raya tahun ni ? MARI SAKSIKAN BERSAMA KEBENARANNNNNNNNN