Jungwoo mengecilkan matanya. Membaca setiap perkataan diskrin komputer tersebut.
" Uih , ni dua puluh lapan ringgit je. Murah ni. " Jarinya laju scroll kebawah.
Taeyong yang keluar dari dapur sambil bernyanyi kecil itu terhenti , memerhati Jungwoo yang sedang ralit memandang skrin komputer.
" Beli-belah lagi ke ? " Taeyong bertanya. Sebelah tangannya sengaja diletakkan pada dinding , manakala sebelah lagi mencekak pinggang.
Posing ala Kak Lina Pom Pom.
" Emm. " Balas Jungwoo. " Apa benda je kau nak beli ? " Taeyong menghampiri Jungwoo.
Matanya memandang kearah skrin komputer tersebut. Melihat barang-barang yang mahu dibeli Jungwoo.
" HOI ! KAU NAK BELI BARANG BANYAK MACAM NI , KAU ADA MASA NAK PAKAI KE ?! "
Mark dan Jaehyun laju sahaja keluar dari bilik.
" Apahal ni ? " Jaehyun bertanya.
" Apa benda kau beli ni, Jungwoo ? " Taeyong menyoal. Nyaring betul suaranya.
Jaehyun dan Mark menghampiri mereka berdua. Tanpa banyak soal , skrin laptop tersebut direnung.
Terbeliak mata mereka ,
" DUA RATUS LIMA PULUH RINGGIT ? " Soal Mark dan Jaehyun serentak.
" Kenapa ? Tak boleh ? Nanti aku bayarlah balik lepas beli nanti. " Jungwoo mempertahankan dirinya.
" Bukan masalah boleh bayar balik , ni masalah kau beli semua ni barang perempuan. Apa benda ni ? Peri-peri lipstick ? Eyeliner ? Eyeshadow , foundation , kalau skincare , syampu lelaki aku boleh terima. Ini ? " Jaehyun menyoal Jungwoo.
Jungwoo mencebik. " Nanti Jungwoo bayar baliklah. Sikit je ni. "
" Kau nak buat make up tutorial ke apa ? Kau lelakilah , Jungwoo. Dah buang tebiat ke kau nak beli semua ni ? " Jaehyun menyoal.
" Alah , ni watsons buat promosi tau sekarang. Barang murah gila. Skincare, makeup semua 50 persen diskaun ! "
Terbeliak mata Taeyong.
" IYA KEEEE ?" Taeyong menolak Jungwoo menyebabkan dia terjatuh dari kerusi.
" Aku nak gila lipstick peri-peri. Best gila pakai. " Taeyong bersuara. Jungwoo langsung duduk diatas riba Taeyong.
" Pula dah. "
Johnny yang tiba dirumah , mula merenggangkan badannya yang keletihan bekerja , hanya memerhati Taeyong , Jaehyun , Jungwoo dan Mark.
" Johnny hyung ! " Jungwoo memanggilnya.
" Apa dia ? " Johnny menghampiri mereka.
" nombor akaun. "
Johnny mengeluh.
Duitnya dikebas sekali lagi oleh Jungwoo.
" MARKKKK !!! "
Kedengaran suara Lucas memanggil nama Mark berkali-kali.
" MARKKK , MARKK ! "
Tanpa menanggalkan kasut , dia melangkah masuk kedalam rumah.
" HEYYYYYYYY !!!! " Taeyong segera bangun dari kerusi membuatkan Jungwoo yang duduk diatas ribanya jatuh.
" Kamu. Yang suka-suka datang sini , siapa kamu , untuk menjejakkan kaki ke sini dengan menggunakan kasut ? "
Taeyong bercekak pinggang.
" Eh ! Tak ada masa nak explain. Mark ! "
Lucas mendapatkan Mark.
YOU ARE READING
NCT SAMBUT RAYA
FanficWayV , NCT127 dan NCT Dream. Ketiga-tiga ini adalah jiran , 21 orang yang perangai berbeza. Lagi beberapa hari lagi mahu raya , namun apakah persediaan mereka sempena raya tahun ni ? MARI SAKSIKAN BERSAMA KEBENARANNNNNNNNN