Renjun bertepuk tangan dengan kuat.
" DAH SIAPPPP !!! " Jeritnya." Eh." Suara Yuta menganggunya.
" Siap memanglah siap , pinggan mangkuk tak tersusun lagi. Pergilah ambil , susun. Haaa ni , susun pinggan mangkuk cawan semua ikut nama dekat meja tu. "Renjun menggarukan kepalanya.
" Ada nama kat meja ke ? "
" Adalah. Masa awal-awal pindah dulu , kiteorang dah cop tempat masing-masing. Dah siap label nama masing-masing. " Yuta bersuara.
" Mak aih ? Sampai macam tu sekali ? " Soal Renjun. " Iyalah. Ikut keselesaan punggung masing-masing. "
Yuta sibuk mengumpul pinggan sebelum dibawa pergi ke meja." Betul juga. Nanti orang bising ' ada ke nama kau dekat meja ni? ' bolehlah cakap ada. " Renjun berkata sendirian.
" Encik Huang. " Renjun memandang kearah Haechan. " Cepatlah buat kerja. "
Renjun memandang Haechan.
" Kau siapa nak bagi arahan dekat aku ? " Soal Renjun. " Aku Muhammad Aliff Haechan , bakal jutawan. Aku orang kaya , orang kaya mana kerja. " Kata Haechan , tersenyum bangga.
" Sedar diri sikit , rumah sewa kita tu pun aku , Jeno dengan Chenle yang bayar tau. Kau ? Dahlah lepas habis SPM , tak kerja , menganggur sampai sekarang. "
" Hello , jangan suka hati hina orang ya. Atleast , aku yang tolong carikan rumah ni. Right ? "
Renjun mengeluh. " Yelah. " Haechan tersenyum kemenangan. " Haaa , pergi angkat semua tu , pergi bawa ke meja. " Arah Haechan kepada Renjun.
Tanpa membantah , Renjun membawanya manakala Haechan memerhati.
Melihat tiada sesiapa didapur membuatkan dia tersenyum riang.
Dia membuka peti ais." Wow , Taeyong hyung ni. Makanan banyak dekat rumah ni , tak pernah pun nak bagi jiran sebelah. Kedekut. "
" Kedekut apanya ? " Soal Taeyong membuatkan Haechan segera menutup pintu peti ais tersebut.
" Tak ada apa. Haechan just cakap , banyak makanan dalam peti ais ni. Tak ada pun nak bagi jiran sebelah. Tu je. " Haechan berkata dengan selamba.
" Ni bukan semua kau , Johnny dengan Jaemin yang bawa balik tadi ke ? " Soal Taeyong. Keningnya diangkat sebelah , memandang Haechan.
" Errr "
Haechan menggaru kepalanya. Tak bolehlah kantoi yang dia malas tolong Johnny dan Jaemin tadi.
" Kau curi tulang eh ? " Soal Taeyong.
" Hei , abe Taeyong ! " Balas Haechan membuatkan Taeyong terkejut." I tak pernah curi dari sesiapa okay ? " Haechan berkata.
" Aku kata kau curi tulang , bukannya curi barang. " Taeyong membalas.
" Curi tulangs tu apa ? " Soal Haechan." Aik ? Bukan bahasa melayu kau masa SPM kau A ke ? Naik stage pula tu. " Taeyong bertanya.
" Dah dua tahun dah , abang Taeyong oi. Tiga tahun tinggal sekolah. Mana nak ingat. "
Taeyong ketawa ala-ala Kak Lina Pompom.
" Aku ni dah tujuh tahun tinggal sekolah. Aku still ingat lagi. Kau ? Siap naik stage apa semua , lupa dah ? " Haechan menjeling.
" Itu kau , aku akulah. " Haechan mencebik , tak puas hati. Taeyong hanya tersenyum sinis.
" Apa apalah , Haechan. Ini semua untuk raya nanti. Kau sentuh , aku jadikan daging kau rendang masa raya nanti. " Taeyong memberi amaran , dia langsung pergi dari situ.
YOU ARE READING
NCT SAMBUT RAYA
أدب الهواةWayV , NCT127 dan NCT Dream. Ketiga-tiga ini adalah jiran , 21 orang yang perangai berbeza. Lagi beberapa hari lagi mahu raya , namun apakah persediaan mereka sempena raya tahun ni ? MARI SAKSIKAN BERSAMA KEBENARANNNNNNNNN