💖 12

1.4K 215 47
                                    

Mereka duduk , memerhati Haechan dan Jaemin yang melutut , sambil menunduk mereka mengetap bibir.

Taeyong bercekak pinggang dihadapan mereka.

Jungwoo sibuk manicure kukunya , Johnny mengurut kepalanya. Jaehyun hanya memandang mereka , Taeil hanya berpeluk tubuh. Yuta menahan ketawa , terhibur apabila Haechan dan Jaemin bakal dimarahi.

Doyoung hanya menggelengkan kepala , manakala Mark pula dengan drama murahannya , drama menangis ala kak Lina Pom pom.

" S-sa-sampai ha-ha-hati k-k-korang pecahkan a-aku pu-punya ta-tabung du-duit a-a-aku. "

" Haa ni , aku bagi masa korang explain , better bagi explaination yang boek punya. Tak nak cikai cikai. " Taeyong bersuara , dia berpeluk tubuh.

" Cerita dia macam ni. Haechan dengan Jaemin baruuuuuuuuuu je habis solat. Betul-betul habis solat. So Mark kan dah bagi kebenaran kiteorang tidur atas katil dia , jadi kiteorang nak baringlah. Dah dia bagi amaran jangan sentuh barang-barang dia , kiteorang ikutkan jelah.

Kiteorang mana perasan ada tabung dekat hujung katil tu , so literally kiteorang lompat atas katil and then PICIAAUUU !! "

Terperanjat mereka semua dengan piciauuu Haechan , bukan main kuat ! Kus semangat !

" Haa kau ? " Taeyong bertanya pada Mark yang mengelap 'air mata'nya di bahu Taeil.

" Hah ? Kenapa ? " Mark bertanya kembali. " Kau ke yang letak tabung tu kat hujung katil ? "

Soal Taeyong , yang lain semua memandang Mark , meminta jawapan.

" Korang sepatutnya tengok hujung katil tu ada barang ke tak. Ni main lompat je. Kau tahu tak aku beli tabung tu dekat mana ? Dekat Perancis tau ! Mahei tau dak ? "

Biarpun salah dia yang letak tabung dihujung katil , namun dia tetap mahu cari salah orang. Mark Lee , Mark Lee. Nasib baik comel. Dasar bocah kuasa dua.

" Lain kali beli Malaysia punyalah. Beli mahal mahal buat apa ? " Johnny bertanya.

" Bukan tak nak beli Malaysia punya tapi dah kita mampu nak beli kan ? So ? "

Dasar tak guna , bukan main menunjuk betul dia punya kemampuan nak membeli.

" Haa kau bagitahulah apa benda kau nak dari diorang sebagai ganti rugi. " Taeyong bersuara. Pening kepala nak melayan karenah masing-masing dalam rumah.

Dia kembali ke dapur , baru hari kedua mengemas rumah , maaing-masing dah huru-hara.

" Aku tak peduli korang bayar balik. Tabung aku mahal tau ! Dari Paris ! Perancis , you know ? "

" Yelah yelah , berapa harga ? " Haechan bertanya. Malas sangat nak keruhkan keadaan , jadi lebih baik dia bertindak segera.

" Tak mahal pun , 60 . "

" HEHHH !? TAK MAHAL ? AKU– "

Jaemin menekup mulut Haechan yang sedang protes. Mana boleh duit dia terbang sebab tabung tak guna si Mark ni. Dia lagi sayang duit dia daripada kawan-kawan dia.

" Haechan , aku tak nak cakap macam ni tapi.. "

Yang lain hanya menunggu kata-kata sambungan daripada Jaemin.

" Mark hyung , hyung tolaklah duit ra– "

Kali ni mulut Jaemin pula ditutup rapat. " Kau kalau nak bayar , kau bayar guna duit kau , jangan usik duit aku ! "

Dah lagak seperti orang gila , Haechan berbisik. Sebut pasal duit memang hilang akal terus si Haechan ni. Suruh kerja tak nak , duit je nak.

" Dah tu , kita nak bayar pakai apa ? " Jaemin bertanya.

NCT SAMBUT RAYA Where stories live. Discover now