Semua duduk diruang tamu , mengenang nasib masing-masing yang tak baik pada hari ni. Taeyong masih setia memakai kain batiknya , menghampiri mereka semua.
Sambil berpeluk tubuh , " Saya amat kesal ya dengan menu buka puasa hari ni. Boleh terangkan macam mana benda ni boleh jadi ? " soal Taeyong sambil memandang mereka semua yang menunduk.
" Dia jadi sebab hyung asyik merajuklah. " Haechan menjawab membuatkan semua memandang kearah dia. Jangan buat kerja gila , Haechan ! Mahu dia penggal kepala kau nanti.
Lama juga Haechan memandang Taeyong yang memandangnya membuatkan dia segera menunduk kembali. Terasa gerun dengan pandangan Taeyong.
" So semua nak marah aku sebab aku merajuklah ni ? Sebab aku tak nak masak untuk korang ? Memang korang anggap aku ni bibik dalam rumah ni ke ? " Soal Taeyong satu persatu.
Dia cuba menahan air matanya , sedih betul dirinya diperlakukan sebegini rupa. Malam raya kot sekarang ni !
" Sudahlah. Aku penat dengan korang ni. " Taeyong sudah mulakan lakonannya.
" 천진난만 청순가련
새침한 척 이젠 지쳐 나
귀찮아 " Taeyong bernyanyi dengan nada sedih sambil melangkah kebiliknya." Eii mulut jangan– " disebabkan terlalu geram , dia tak dapat nak habiskan kata-katanya , Mark melempar bantal kepada Haechan.
" Kau tu mulut memang macam longkang kan ? " Mark bertanya. " Eh , mana kau tahu mulut aku macam longkang ? " Haechan bertanya kembali.
" Eh dia ni ! "
" Dah dah ! " Johnny menolak muka Mark dan Haechan yang sudah bangkit dari sofa , mahu mula bergaduh.
" Ni dah malam raya kot ! Member lama dah masuk dalam badan korang balik ke ? " Johnny memarahi mereka berdua.
" Semua berlagak besar kepala. Acah acah savage. Ingat cool ah ? Aku tak kira. Esok semua pergi salam , cium tangan Taeyong even ada bau ikan masin , cium tangan , minta maaf dengan dia. " Johnny bertegas.
" Kau pun sama je , Johnny. " Balas Taeil. Johnny tergamam , dia duduk kembali diatas sofa. Mereka semua senyap. Merenung nasib masing-masing.
" Okaylah guys. Kita semua ni masing-masing pendosa. Masing-masing semua ada perangai tak guna. Yuta yang tak habis-habis dengan cacing dia. Siang malam cakap seorang seorang dekat tanah ucap selamat pagi , selamat petang cacing sayang bagai.
Johnny kerja siang malam , duit kena sapu , makan pun tak menentu. Kalau Taeyong tak ada , tak adalah makanan yang dia nak makan , ada pun maggi je. Doyoung tak habis habis update ig story dia. "
Seraya itu , Doyoung yang merakam video tersebut akhirnya berhenti dan menurunkan tangannya. Sempat lagi dia menulis ,
"Malam raya bersama nasihat abe Taeil <3 "
" Sudah sudahlah dengan perangai minta attention orang lain , Doyoung. Followers kau tu tak menjaminkan kau masuk syurga pun. "
" Mark pula. " Taeil memandang Mark.
" Kau main game , tercarut sana ,tercarut sini , post dekat youtube , tak malu ke tengok budak-budak terikut perangai kau. Kalau ada yang jadikan kau sebagai idola macam mana ? Kang ada yang tercarut sana sini macam kau. "
Mark hanya memuncungkan bibirnya , biarpun nampak comel namun Taeil langsung tidak pedulikan kecomelan Mark.
" Korang ni , students lagikan ? " Taeil memandang Jeno , Jaemin , Haechan, Renjun , Chenle dan Jisung. Mereka mengangguk.
" Haaa , korang yang student ni buatlah benda yang elok sikit , buat video yang bawa manfaat untuk orang. "
Hampir tiga jam , Taeil membebel , mereka mula mengantuk.
" WOIII ! " Terperanjat mereka yang ada diruang tamu.
" Aku menangis tiga jam , seko manusia pun tak nak pujuk aku ke !? " Taeyong keluar dari biliknya. Sambil meraung , dia memandang mereka semua.
" Eh , tak payah nak drama sangat , kau duduk sekali. Aku banyak benda nak cakap dekat kau ni. " Taeil mengajak Taeyong duduk disebelah Yuta.
Maka bertambahlah bebelan Taeil memandangkan sikap Taeyong yang juga dahagakan perhatian ramai tidak disukainya.
" Orang patutnya takbir raya , tapi aku bebellah pula. Tak apalah. Pergilah rehat , esok nak kena bangun solat sunat hari raya. Mulai sekarang , kita kena jadi yang lagi baik , lagi sopan , lagi bertauliah , dan lagi jantan. "
Mereka semua mengangguk.
Haechan , Jeno , Jaemin , Renjun , Chenle dan juga Jisung keluar dari rumah Taeyong.
" Weh , Taeil hyung suruh kita buat video yang bermanfaatkan ? " Haechan bertanya sehingga menarik perhatian mereka yang lain.
Mereka hanya mengangguk. " Tengok ni. " Haechan menunjuk satu video kepada mereka.
" Online boyfriend ? " Jeno bertanya.
" Haaa nilah peluang kita untuk dapatkan duit. " Haechan berkata.
" Apa dia ? Nak dapatkan duit? " Renjun bertanya." Muka kita semua ni helok okay ? Kalau bagi perkhidmatan untuk kaum yang sendu tak ada boyfriend untuk kaum hawa ni , senanglah kita nak buat paid review. Kita boleh tanya Doyoung hyung. Diakan master bab bab paid review ni. " Haechan memberi idea.
" Atleast kita bolehlah hias rumah jadi moden sikit. Duit poket lebih , boleh bayar yuran kolej. "Haechan cuba memujuk lagi.
" Tak nak ah aku. " Mereka berkata serentak lalu segera meninggalkan Haechan dibelakang.
" Eh , aku tak naklah kaya seorang seorang ! Baik kaya sama sama ! Ei ! Aku kaya nanti , aku tak nak bagi duit aku dekat korang satu sen pun ! "
YOU ARE READING
NCT SAMBUT RAYA
Fiksi PenggemarWayV , NCT127 dan NCT Dream. Ketiga-tiga ini adalah jiran , 21 orang yang perangai berbeza. Lagi beberapa hari lagi mahu raya , namun apakah persediaan mereka sempena raya tahun ni ? MARI SAKSIKAN BERSAMA KEBENARANNNNNNNNN