Daem dengan aku tak da lah selalu sangat jumpa . Dia ada life dia , aku ada life aku . Maklumlah kos lain so jumpa bila rasa dah lama tak jumpa je .
" Bagi aku med kit sekarang , nazak dah ni . "
Malam ni aku jumpa Daem dekat kafe . Kalau tak jumpa pun , memang rutin malam kitorang mesti 1 round (kalau tak busy sampai 5-6 round , kalau cuti sampai subuh) PUBG .
" Tak sekarang ni , kau masuk dalam boleh tak ? " aku .
Daem tak sempat masuk dia dah kene boom , er .
Kitorang mengeluh .Kalau sorang dah mati , mood nak main terus hilang . So aku just carry sampai no 19 ehe .
Yang aku menyampah , aku mati lambat , tapi dia yang mvp puih .
Sedang kitorang sambung round kedua , sorang mamat datang . Dia tepuk belakang Daem .
" Oi , main tak ajak ." kata mamat tu . Daem ketawa ( tibe ) then ajak mamat tu masuk round ketiga nanti . Dia tanya aku boleh ke , tanpa angkat kepala aku meng-em kan je .
Aku buat buat tak dengar conversation dorang sebab aku ni sosial awkward sikit tapi aku still boleh dengar dorang borak pasal aku . Mamat tu kata aku sombong sebab tak nak pandang muka dia .
" Yela bro aku sedar aku tak hensem macam kau bro . Takpe ah bro tabah ."
Aku angkat kepala aku untuk elak dia sambung ayat ayat pasrah dia tu .
Mata dia melekat dekat skrin . Maybe dia sedar aku nak usha dia , dia terus sikat rambut dia dengan tangan kiri . Nak bandingkan dia dengan Daem , to be honest , mamat ni lagi hensem sebab si Daem ni pun sosial awkward gak . Pakai spek mata macam nerd . Rambut selalu kering kalau keluar mesti pakai topi sebab malas nak buat rambut . Baju tak pernah pakai bende lain selain baju hitam .
Mamat tu nampak macam fuckboy . Muka licin , tak putih tak gelap . Tak tahu lah maybe sebab Daem duduk macam takda tulang belakang ke apa tapi dia nampak tinggi walaupun duduk . Aku sebenarnya aku agak shook ( mean friend lol ) yang Daem ni ada kawan rapat selain aku . Ingatkan dia berkawan dalam kelas je .
" So berapa markah aku ? " mamat tu pandang aku lepas round ketiga kitorang dapat no 89 , lol , masing masing lag sebab pinjam wifi U .
Aku pandang Daem , tanda *your friend is weird* . Daem gelak .
" Ha jawab la , aku pon nak tahu . " kata Daem . Aku mengerut dahi .
Aku layan kan aja diorang dengan memberi markah 0/10 kedua duanya .
*****
Aku terjaga tepat pukul 5:30 pagi . Capai telefon dulu . Chat dari Daem masuk setelah aku buka data .
pendek
Pagi pagi buat aku sakit mata , macam lah dia tu tinggi sangat haish .
pagi nanti kul 6 kejut aku
Pukul 12:17 pm last seen dia . Aku tak tahu kenapa dia ni asyik nak aku kejut je . Kepunan nak awek kejut kot .
Am I being used again ? Dumb Daem..
Aku balas Daem dengan emoji paling sesuai .
k ㅗ
Baru pukul 5:34 pagi . Aku pergi mandi dan solat dulu . Lepas semua tu baru aku kejut Mia yang terbongkang tidur .
Macam biasa , kalau aku call si Daem ni , memang dia takkan angkat kalau call sekali je . Pukul 6:15 pagi . Aku mula gelabah .
Ish dia ni , mampus dah ke?
Dah masuk kali ke 8 aku call dia. Aku fed up . Aku cari roti sebab lapar .
Kalau bende penting macam mana ? Entah entah ada lecture nak date ngan die pagi pagi ni ?
Otak perempuan aku laju mengeluarkan statement ( overthinking ) .
Aku call lagi , still tak angkat . Mulut aku dah mencarut macam macam Memang kalau Daem depan mata , arwah dah kot . Aku fed up lagi sekali .
Ke dia pengsan ?
f*ck betul . Aku buka instagram . Aku cuba luck untuk mencari mamat semalam . Semalam Daem kata mamat tu room mate dia . Sempat la aku stalk dia semalam . Akim something . Aku tekan nama mamat tu , yes betul dia ada letak contact number kat wall dia . Aku call , bunyi calling kali kedua aku terus tutup .
Wey , macam obvious sangat je aku stalk dia ?
Dengan lafaz astagfirullah , aku abaikan tugas aku untuk mengejut Daem pagi tu .
*****
Missed Call
Unknown Number
Sape plak call aku pepagi ni..
Niat aku nak call balik terbatal lepas tengok jam .
" Wey , Daem bangun ." Aku membaling bantang kecil aku ke arah Daem .
Daem terduduk .
Aku pandang Daem atas bawah . Then aku tunjuk fon aku kepada dia .
" Kau kenal tak number ni ?" Daem pandang dengan mata separuh buka . Daem macam nak amek fon dia tapi dia berhenti lepastu pandang aku .
" Entah ." jawab Daem . Aku pon meng-okay kan aja .
What do i expect , takkan la manusia boleh ingat nombor telefon orang kan ? Unless orang yang penting .
" Kim , kau gi lah mandi dulu . 5 minit .. " Daem sambung tidur . Aku menyepak punggung Daem dan bergerak ke tandas .
*****
12 Missed Call
Nali Pendek
Selepas pintu ditutup , aku mencapai telefon Akim .
Waw , patutlah familiar number tadi .
Kenapa si Pendek ni call Akim ?
Aku pun merenung ke dinding , sampai Akim datang dan menjerit macam mak orang sebab dia ingat aku tidur lagi .