P.8

286 20 4
                                    




"Huwarghhhh!" Aku regangkan badan dan gosok mata. Tengok jam dah nak dekat 7 pagi.

Awal pula aku bangun hari ni. Mesej Chaeyong aku balas sebelum bangun dari tempat tidur.

Hampir nak jatuh jantung aku bila Jimin tidur kat tepi tilam dengan wajah penat dia.

Aku segera turun dari tilam dan duduk mencangkung di tepi dia. Tidur pun boleh sexy ke? Ni yang geram ni😂

Bantal takda. Selimut takda. Macam mana lah anda hidup begini Park Jiminie?

Aku tarik bantal dan perlahan-lahan angkat kepala dia. Selimut aku tarik dan selimutkan dia.

"Awak tidurlah. Sleep well," senyuman kecil aku berikan.

Nak cium tapi sabooo sabo! Nafsu kau sabo sat!😂

Aku sanggul rambut aku dan sentuh dahi Jimin. Rasa nak sentuh pula.

"Amboi! Panas nya!"

Dahi dia berkerut bila terdengar teriakan kecil aku.

"Apa kau buat ni?" Tanya dia dengan suara serak.

"Awak demamlah! Kenapa tidur kat sini?" Soal aku risau. Selama ni kita tengok kat sosial, macam ok ja kan? Ni dah depan mata, mana dia dapat sembunyi dia sakit!

Dia duduk sambil batuk-batuk teruk. Aku tepuk belakang dia.

"Tunggu jap!"

Pergelangan tangan aku dia genggam. Geleng.

"Biar aku urus sendiri. Kau pegi cuci muka sekarang. Aku nak balik,"

"Awak tak sihat ni. Janganlah gerak dulu."

Dia baring semula dan geleng. Degillah dia ni! Nasib kau kacak. Haih macam mana lah rasanya marah dekat lelaki yang dah culik hati aku selama 6 tahun?

"Hmm oklah. Saya basuh muka. Pastu kita balik."



___________




Start sampai rumah sampai sekarang, Jimin tak keluar langsung dari bilik. Aku risau lah. Nak masuk pun aku takut.

Karang dia herdik aku, tak ke mati anak kita kat sana.

Maid keluar dari bilik Jimin bersama dulang di tangan. Aku berlari anak mendapatkan maid tu sebelum dia turun tangga untuk ke bawah.

"Jap! Ehh nak tanya ni. Jimin ok tak? Teruk sangat ke keadaan dia?"

"Dia demam sangatlah puan Mirae. Ni nak call private doctor dah. Puan Mirae jangan risau ya."

Aku senyum dan percayakan kata-kata maid tu.


Pintu dia aku ketuk sebelum masuk ke dalam. Peluh yang jatuh aku tepis.

Jimin tengah baring tenang di atas tilamnya dengan bertemankan music BTS. Kuat jugakan semangat Jimin ni.

Music sendiri pun nak dengar juga.

Lagu Dionysus buat kaki aku rasa nak menari-nari. Lahaii stop lah Mirae. Suami kau sakit tu.

Aku menghampiri Jimin dengan rasa gementar.

Takut pula aku dia mengamuk aku masuk bilik dia.

"Jimin.... S--saya datang ni... Awak jangan marah t--tau. Saya risau."

Dia buka mata perlahan-lahan. Diam. Aku beranikan diri lihat sekeliling bilik dia.

 Aku beranikan diri lihat sekeliling bilik dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Terlalu gelap ni. Tak nak tambah hiasan pape ke?"

Dia still diam. Ok aku takkan tanya pape lagi.

Phone aku berdering. Haihlah Chaeyong ni. Masa-masa aku nak dating dengan Jimin jugalah dia nak ganggu.



"Wae?"

"Kau kat mana? Jom lepak. Hari ni Jimin ada kat rumah ke? Nak datang lah."

"Jangan nak mengada eh. Dah lah. Bye,"

End call.

Aku kembali kat Jimin. Dia pandang aku lain maciam. Buat aku terpesong ke arah negatif pula.

"Siapa call? Boyfriend?"

"B--boyfriend? Takdalah!"

"Kalau boyfriend pun takpa. Itu hak kau,"

"Sumpah takda boyfriend."


Jimin kembali membisu.


Dia ni, tak leh ke tanya lebih sikit lagi? Tergoda siak dengar suara serak basah dia😍😍😍😍😍!


"Lusa aku nak pegi Macao dah. Kau pepandai jaga diri. Jangan bagi orang lain masuk rumah aku. Jangan explore bilik aku. Paling penting, elak dari kena temu bual. Hide identity kau. Aku tak nak ARMY sedih."



Aku pun ARMY Jimin. Aku pun ARMY! Kau tak boleh nampak ke dari wajah aku yang suci ni bahawasannya aku ni peminat BTS?! Fans fanatik hang?!


Doctor private masuk ke dalam bilik sambil diikuti oleh dua orang nurse. Doctor tu tengok aku dan senyum.

"Pembantu baru ke? Lawa lah you."

"Ha'ahh pembantu baru. Assistant lah kiranya." Aku sengih dan terus berlalu keluar dari bilik tu. Karang kena tanya lebih-lebih, mati aku oleh Jimin.






_____________

Rasanya lebih enjoy buat short scene ya berbanding buat scene sampai ribu riban words.

Selamat berliburan anda semua😇

_Married Him_Where stories live. Discover now