P.27

275 17 4
                                    




Jimin berhenti sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah aunty Park. Dia kuntumkan senyuman dan lintas aku begitu sahaja.

Aku takde lah mengharapkan sesuatu yang you know... Walaupun sebenarnya.. Ada jugalah..😂

Aunty Park peluk aku dengan penuh kasih sayang. Air mata dia menitis sedih.

"Aunty-----"

"Naneun gwenchanayeo Kang Mirae. Awak ada depan mata aunty pun dah cukup dah," aku senyum legah.

Risau juga dia kenapa napa.




















Beberapa dokumen aunty Park letak atas meja kopi. Aku pandang tanpa perasaan. File cerai hari tu turut ada di atas ni.

Aunty Park senyum manis pandang aku. Tangan aku dia gapai.

"Eomma kamu ada pesan dengan aunty. Dia tak nak Mirae dengan Jimin berpisah walau apa pun alasannya. Aunty nak kamu rujuk semula,"

"R---rujuk?"

"Aunty patutnya halang korang bercerai tapi emosi aunty tak stabil masa tu. Mana lagi risau pasal korang berdua. Tertekan dengan kehilangan eomma kamu. Too much tension masa tu. Sekarang, aunty nak kabulkan permintaan eomma kamu,"

"Dah cerai pun aunty. Kabul apanya lagi?" Aku beri senyuman fake. Ikut hati memang aku dah mula nak terbakar balik. Nak jadikan eomma aku sebagai alasan untuk satukan kami semula? Itu agak melampau.

"Sebenarnya... Eomma kamu tak nak awak tau yang dia sakit. Dia minta aunty rahsiakan semua ni supaya Mirae punya banyak masa untuk spend dengan Jimin. Sebab apa? Sebab dia nak Jimin gantikan tempat dia bila dia takde nanti. Bukan sebab dia tak percayakan appa kamu, eomma awak tu berfikiran jauh Mirae. Dia takut appa kamu pula yang pergi lepas ni, jadi takde siapa nak jaga kamu. Dia harapkan Jimin sorang je Mirae. Sebab tu dia tak nak korang berdua berpisah walau apa pun alasannya. Izinkan permintaan eomma kamu terhajat, boleh Mirae?"

Aku geleng. Sebuku penumbuk aku genggam keras. Aku tak tau apa yang aku lebih marahkan sekarang. Aku marahkan Aunty Park atau Jimin.

Mata aku mula berkaca-kaca. Rahang aku ketap menahan marah.

"Aunty tau kan eomma Mirae tu segala-galanya untuk Mirae?" Suara aku menjadi keras. Titisan air mata berjatuhan.

"Aunty tau. Aunty----" kali ni aunty Park pula yang nangis. Automatik kemarahan aku drop off. Aku dakap aunty Park. Aku tak patut buat dia macam ni. Dia bestfriend eomma.

"Kahwin dengan Jimin semula, tolong aunty ya Mirae?"

Aku hembus nafas berat. Ni bukan keputusan yang joke joke. Kalau dulu, aku boleh lah bersuka suki, siap kata buruk bagai. Boleh sumpah Chaeyong lagi masa tu. Tapi sekarang dah tak sama.

Keadaan sekarang ni, kau kena terima lelaki yang kau mula benci tapi sayang tu semula. Sesuatu yang berat untuk buat keputusan.

Tapi, kalau aku kata YA. Aku sorang je yang merana untuk kenangan pahit tu. Bila jawapan aku adalah TIDAK, aku bakal sakitkan hati aunty Park, sekaligus buat aunty Park tak tunaikan permintaan eomma.

What should i do? Aku tak nak sakitkan diri aku sendiri. Tapi, aku tak boleh sakitkan hati aunty Park. Aunty Park membawa amanah dari eomma sedangkan aku? Aku cuma dihantui dengan scene pahit itu sahaja.




Lagi satu.... Kim Taehyung.

Dia mula menaruh harapan cinta kat aku. Dia dah mula sayang kat aku. Eotteoka?!😭😭😭 Aku tersepit.

Semua keputusan aku bakal mempengaruhi orang sekeliling. Aku tak nak sakitkan hati Taehyung. Dia baik. Dia satu-satunya yang care pasal aku masa aku tengah berdukacita dengan sikap Jimin.

Kalau aku kembali kat Jimin semula, aku....... Ni aku blank. Kosong. Aku takde rasa apa-apa pun dengan dia. Rasa bersalah? No. Takde langsung.

Aku cuma nak tau yang dia tu kenapa sebenarnya? Adakah dia bencikan aku masa tu sebab aku ni adalah ARMY? Atau sebab dia fikir aku sasaeng fans? Adakah punca kebencian dia tu sebab aku ni buruk? Atau bebankan hidup dia?

Dan sekarang. Kenapa dia berubah jadi watak lain? Wae... Wae..

Kenapa sekarang di sayang aku, suka aku, pastu boleh ngaku cemburu sedangkan nak dikatakan dulu masa masih 'married' orang kata, dia tak kisah apa pun langsung.









Aunty Park masih menanti jawapan aku. Dia pandang aku mengharapkan sesuatu yang dia ingin untuk dengar dari mulut aku sendiri.


Banyak hati yang aku kena jaga tapi harapan eomma adalah kunci utama untuk aku buat keputusan hari ni.



"Ya,"





______________

Sorry auuu lambat update. Tengah malam ni jugalah semangat update tu ada😂.

Thankyou bersabar menanti author yang tengah berperang dengan TRIAL ESPIYEMM😌.

Anyone? Batch 02? Anyone? Hello?? Anyone here?😂

Taehyun (TXT) is my bae. Dah lama suka kat mamat ni sejak diorang debut lagi, tapi hari ni baru nak reveal😂💕💕👼.

Pisstttttt.... Taehyun satu umur aiii okeyy, so oppayaa~👻

_Married Him_Where stories live. Discover now