P.26

268 19 2
                                    






Aku papah Jimin masuk dalam bilik dia. Dia terlentang di atas tilam sambil tersengih-sengih sendirian. Taehyung masuk dalam bilik Jimin selepas aku hantar mesej kat dia.

"Hyung.." Taehyung duduk di birai katil sambil chek keadaan Jimin. Lahaii shooo shuwittnya dua jejaka ni. Tapi tulah, dari tadi aku tak nampak Jungkook. Agaknya, kat mana dia ya?

"Kenapa kau biar dia mabuk ha?" Nada Taehyung sedikit keras. Aikk aku pula salah? Okeylah, aku salah😒.

"Saya dah larang, tapi dia masih nak habiskan 14 botol soju tu. Nak buat macam mana?" Aku garu kepala bingung.

"Kau tak mesej saya pun yang kau akan keluar dengan Jimin. Tak takut lagi ke?"

"Tak, lagipun yelah. Nak takut apa kan." Aku senyum kecil. Bukan apa gais, dia merayu aku datang kat 99 bar tadi. Mabuk sangat agaknya. Aku sebagai begas peminat fanatik dia, merangkap bekas isteri dia, aku ikutkan jelah.

Taehyung menghampiri aku dan tiba-tiba sahaja dia bawa aku masuk dalam dakapan.

Terkedu.

Mata aku membulat saat Jimin perhati kitorang berdua. Nak tolak, tapi aku kaku terkejut dengan tindakan luar minda Taehyung.

"Mirae... Saya sayang kau."




_____________













Appa berlari anak mendapatkan aku dan serahkan smartphone dia.

"Ada orang cari Mirae."

"Siapa appa?" Aku kerutkan dahi.

"Aunty Park."

Aku geleng. Bukan sombong, cumanya aku tak nak sakitkan hati aunty Park.

"Mirae. Jangan macam tu please? Nah," tangan aku appa tarik perlahan dan letak smartphone kat atas tangan aku.

"Appa-----"

"Apa pun yang dah berlaku lepas, lupakan. Manusia memang akan buat kesilapan Kang Mirae. Now, cakap dengan aunty Park. Okey? Appa tunggu Mirae kat bawah."

Aku angguk senyum. Sejuk hati aku bila appa pujuk macam tu. Lembuuuut je~

Ni mesti waris dari eomma :') .

"Yeobuseo,"

"Mirae apa khabar? Sihat?"

"Sihat. Aunty?" Lama aunty Park diam sebelum helahan berat dia lepaskan.

"Sihat.. Mirae, boleh tak kalau Mirae datang rumah aunty? Kejap pun takpe."

"Ar... Bukan tak nak aunty. Saya dah ada date dengan appa saya. Nak keluar lunch together dengan rakan business lain."

"Kalau macam tu, esok boleh?"

"Esok...... Tak tau lagi aunty. Tapi kenapa ya?"

"Ada benda aunty nak bincang dengan Mirae. Penting sangat. Aunty faham Mirae marah sangat kat anak aunty. Aunty pun tak sangka semua tu akan berlaku. Aunty kecewa sebab Jimin sia-sia kan awak. Tapi please, jangan benci aunty ya sayang?"

"Tak! Tak benci lah aunty.." Rasa bersalah kuat sangat bila melibatkan perasaan aunty Park. Aku ada juga terfikir kalau aku buat itu, apa akan berlaku. Kalau buat ini, kesannya apa. Tapi, aku tak boleh bersama dengan lelaki yang dah punahkan harapan aku untuk tengok wajah eomma untuk kali terakhir 🙍.

"Gumawo Kang Mirae... *tsk tsk* . Jumpa aunty ya Mirae sayang."

"Nae.." Bibir aku terlakar senyuman kecil. Kesian juga aku kat aunty Park. Dia takut sangat nak contact aku sebab perangai durjana anak dia tu.

Aku okey je sebenarnya tapi awkward. Tu ayat paling sesuai dengan situasi aku dan aunty Park.

























TING !

jimin

Kalau Tuhan kata kau adalah jodoh aku, kalau Tuhan bagi aku sekali lagi peluang, aku takkan sia-siakan kau Kang Mirae. Tapi kalau kau pilih Taehyung dan tak nak cuba dekat aku semula macam dulu, aku mengalah.









____________

Sometimes, cinta secara rahsia adalah lebih indah berbanding cinta paksaan. Jimin, kau buat kitorang bingung lah dengan perasaan kau yang SEBENAR BENARRRRNYA🙅!

Kau rasa, Jimin betul-betul suka kat Mirae atau sekadar nak pergunakan Mirae untuk tujuan lain?

Comment comment😂.

Vote

_Married Him_Where stories live. Discover now