P.40

271 19 5
                                    




SIDANG MEDIA BIGHIT ENT.

Wartawan berkerumun sekeliling sambil melaksanakan tugas mereka. Beberapa ahli penting mula mengisi ruang meja yang di sediakan bersama laptop mereka.

Kitorang berjalan naik ke atas stage dan tunduk hormat sebelum duduk di atas meja yang sudah di sediakan.

Aku genggam sebuku penumbuk menahan deguban jantung sambil telan air liur. Mata aku bertembung dengan figura tubuh yang cukup aku kenal.

"Apa dia buat sini," kata aku perlahan tidak puas hati. Jimin turut melihat di mana aku tengah perhati.

"Eun Song." Jimin ketap rahang dan berdiri dari tempat duduknya. Aku halang dan cuba alihkan fokus Jimin supaya tidak terganggu dengan kehadiran Eun Song.



Setelah keadaan menjadi tenang, SiHyuk mula memulakan kata-kata bungaannya sebelum semua ahli BTS terpaksa menjawab soalan cepumas wartawan.

SiHyuk serahkan ucapan seterusnya kepada aku. Dalam kalut macam ni pun aku boleh rasa bangga sebab masuk tv weih😂😂. Wahaiii Chaeongg, silakan lah melihat rakan mu ini yang telah berjaya masuk tv~

"Annyeonghaseyo. Jae ireomun Kang Mirae-imnida. Saya akan jelaskan kesalah fahaman yang telah di tundingkan kepada majikan saya, Park Jimin."

Aku tarik nafas sedalam-dalamnya sebelum memulakan tipu helah dan berikan pandangan tajam kepada Eun Song.

"Beberapa pihak sudah salah faham diantara kami berdua. Saya bekerja sebagai personal secretary Jimin dan saya terpaksa tinggal bersama boss saya untuk selesaikan beberapa jadual BTS—"

"Soalan! Bukan ke jadual BTS sepatutnya di uruskan oleh manager mereka sendiri? Apa motif personal secretary?"

Aku terdiam seketika. Tidak dapat menjawab soalan mendalam wartawan tersebut. Eun Song sudah tersenyum kemenangan sedangkan BTS yang lain dah hilang harapan untuk aku selesaikan hal ini.

"S—se—sebab.... Ji—jimin perlukan bantuan. Saya bukan setakat personal secretary, tapi juga maid di rumahnya. Haaa..." Aku sengih dan garu kaplaaaaa, tak tau nak jawab apa.

"Seperti yang saya dah cakapkan tadi, diantara saya dengan Jimin takde pape. Jimin tak pernah ada wife. Juga tak pernah berkahwin. So, please stop the rumors."

"Wait! Saya ada bukti, "

Mata aku bertembung dengan Eun Song. Dia berjalan naik atas pentas dan berdiri menghadap semua wartawan. Beberapa keping gambar dia keluarkan.

"Boleh terangkan benda ni KALAU BETUL AWAK, bukan isteri Park Jimin. Boleh?" Eun Song smirk dan pandang Jimin sinis.

"Yah Cha Eun Song," Jimin berdiri untuk halang Eun Song dari terus menerus melepaskan das tembakan.

"Kau melampau kan?" Kali ni aku sedaya upaya menghalang Jimin untuk mendekati Eun Song. Kalau tak nanti ada karang viral sebab Jimin pukul pempuan. Jungkook memeluk bahu Jimin dan membawa dia duduk semula.

Aku tengok kepingan gambar itu dan senyum sinis. So, selama ni dia pasang spy lah untuk kumpul bukti.

"Cha Eun Song-sshi... Seperti yang semua wartawan sini lihat, dia adalah sasaeng fans. Dia sanggup ekori life Jimin. Patut ke kita ambil bukti dari sasaeng fans? Gambar ni, EDIT. Saya tak pernah berpelukkan dengan Jimin, kitorang hanyalah majikan dan pekerja."

Kedengaran jari jemari wartawan mula laju menaip dan bisikan-bisikan kecil mereka.

"Yahh!! I'm not sasaeng fans!!"

"Kalau bukan sasaeng fans, apa?"

"Jangan buat-buat bodo lah Mirae, kau tau saya siapa!"

"Tak tau," aku gelak sinis.

"SAYA BEKAS YEOJA CHINGU DIA!"

"Ohh that's why kau jadi sasaeng fans kan? Sebab nak Jimin kembali kat kau semula kan?"


Sekali lagi Eun Song hilang kata-kata. Matanya mula berkaca-kaca dan genggam sebuku penumbuk.


"Kau tak patut buat saya macam ni Mirae, kau tak patut buat macam ni! Saya nak jatuhkan Jimin sorang dan saya cuba selamatkan kau dari keadaan ni!" Kata Eun Song perlahan dengan nada di tekankan.

"Mian.. Tapi Jimin tu suami saya."

Dia melemparkan gambar-gambar tersebut di wajah aku dengan kasar sebelum turun stage dan berlari keluar.






"Setakat ini itu sahaja, harap segala salah faham dah selesai."













____________


Jinjja yeorobun, author lost idea siot😭😂. Mana perginya semua idea yang telah disusun rapi itu?! Di MANA?!

_Married Him_Where stories live. Discover now