◑12◐

1.7K 201 14
                                    


A/N:

Disebabkan dah lama tidak update,jadi chapter ini sedikit panjang.
Happy reading. 💕


Seminggu sejak insiden antara Taehyung dan Sooji itu berlaku,mereka menjadi sungguh renggang seperti tiada apa yang berlaku antara kami.

Entahlah,apa yang aku patut lakukan ialah jauhkan diri dari syaitan itu.

"Soo,kau kenapa?" soal Sejeong yang menyentakkan aku dari lamunan. Lalu hembusan nafas kasar aku lepaskan.

"Entahlah.."

"Kau okay?" soal Sejeong lagi yang sibuk memakan apple pie miliknya.

"Hm." Sooji mengangguk.

Kemudiannya apple pie itu dihulurkan pada Sooji. Dengan kening Sejeong yang dijongket untuk gadis itu makan benda alah itu,dia hanya menggeleng tidak.

"Tak selera nak makan.. kau makanlah."

"Taknak sudah. Sedap bbang harini."

* bbang = roti,dan sebutannya ialah 'pang'









°°°

Kim Soo Ji

Ah,dah habis waktu sekolah? Yeay dah boleh balik!!

Tapi malas pula nak balik.

"Paipai Sooji~" lambai Sejeong pada aku dan aku melambai semula padanya yang terlebih dahulu berlari anak keluar kelas.

Beg sekolah aku galas dan membuka langkah keluar dari kelas kemudiannya jauh dari perkarangan sekolah.

Em,kemana aku nak pergi? Tak mahulah balik awal-awal.. lagipun,tiada siapa di rumah. Eomma dan appa bukannya nak balik rumah,selalu sibuk dengan kerja.

Kedai makcik Jee yang riuh dikelilingi manusia ditepi jalan itu aku hampiri.

"Ah,Sooji-ah! Sudah balik sekolah ya.. Ha,kamu nak makan apa ?" soal makcik Jee yang tersenyum pada aku.

"Makcik,berikan saya tiga odeng!" pinta aku dengan tiga jari ditunjukkan kepadanya.

* Odeng = fish cake yang dicucuk dengan lidi.

Tik

Tok

Hm..

Masa pun berlalu dan hinggalah ke malam,aku bersiar-siar seorang diri dengan seragam sekolah.

Kalau jalan-jalan,street food lah yang terbaik,korang tahu?

"Saya nak satu ojingo!!"

* Ojingo = sotong bakar. biasanya liat sikit.

Hee.. makan banyaklah aku. Memang dah banyak pun ni.

Sotong bakar yang panas itu aku tiup tiup bagi sejuk dan kunyah perlahan-lahan sambil menikmati pemandangan kota Seoul malam ini. Cantik,seperti biasa.








Kiri kanan tangan aku pegang plastik-plastik makanan yang sudah kosong tinggal nak dibuang sahaja.

Dangg-

Hm,lepak taman seorang diri ni.. bosan pula.

Kedai 7E yang di seberang jalan ditenung aku lalu poket blazer sekolah aku seluk dan ada lagi 2000 won.

* 2000 won = RM6

Nak beli ramenlah~ lapar aku tak boleh bawa bincang.

Kaki dikayuh menuju ke 7E dengan belari perlahan,hinggakan kereta yang laju dari jauh di hadapan aku tak perasan.

Aku tercengang dan hanya termenung melihat lampu kereta itu yang tinggi,memedihkan mata.

Tetapi akan ada sesuatu yang mengganggu aku.

"Hahahaha~ "

Suara tawaan seorang kanak-kanak bermain di kepala.

PINNNN-

"YAH!!!"

Aku tutup mata rapat dan air mataku jatuh dari tubir mata.







TBC

Note: entah apa jadi.. agak agaknya apa yang jadi? 💜

vote. comment. terima kasih.

KTH ✔ ENDLESS KIM.Where stories live. Discover now