◑20◐

1.6K 182 8
                                    


A/N:

Jeo bosan,jadinya ini updateu.
💕



Sooji mengelap telapak tangannya yang basah pada kain uniform sekolah selepas keluar dari tandas.

"Kim Sooji!"

Namanya dipanggil tatkala gadis itu baru selangkah ingin naik ke kelas semula

"Oh.. ya cikgu- ugh "

Sebuah kotak yang dipenuhi dengan buku baharu diletakkan di atas tangan Sooji membuatkan gadis itu berpegang kemas pada kotak yang berat dan besar itu.

"C-cikgu.."

"Ha,bantu saya hantarkan ke bilik guru. Letak atas meja saya ya?" ujar Cikgu Shin lalu berjalan pergi ke kelasnya untuk mengajar,meninggalkan Sooji tercengang di situ.




Perlahan-lahan,Sooji berjalan turun di tangga itu. Hingga terserempak pula dengan Kim Taehyung yang dalam perjalanan naik.

Mungkin dia dari tandas nak balik ke kelas. Sooji yang tak nampak hadapannya itu bergelut mengangkat kotak berat tu tiba-tiba terpele'ot kakinya dan badannya terjatuh ke hadapan.

Secara slow motion,kotak itu terbang jatuh ke lantai,rambut Sooji berterbangan dengan mukanya yang terkejut dihiasi juga rupa derp Taehyung yang terkejut.

Lantas,tubuh kecil gadis itu Taehyung sambut. Seakan dipeluk oleh Taehyung gadis itu dibuatnya.

Dengan wajah yang masih terkejut,Sooji mendongak memandang Taehyung yang menunduk melihatnya tepat ke dalam mata dengan satu pandangan yang... tenang.

"Kau ni memang cuai ke apa?" soal lelaki itu manakala Sooji hanya termenung melihat wajah Taehyung dengan mulut yang terlopong.

Benar. Kim Sooji sudah jatuh cinta dengan Kim Taehyung. Tiada lagi dusta tentang perasaan dan hatinya yang bergelojak gembira berhadapan dengan Taehyung itu.

Cepat Taehyung menolak tubuh Sooji ke tepi dan melangkah perlahan naik ke atas.

"Lain kali jangan cuai sangat. Aku bukannya selalu ada secara kebetulan nak selamatkan kau-" ujar lelaki itu sambil kaki menaiki tangga dan akhirnya jauh meninggalkan gadis yang menekup pipinya yang membahang itu dengan telapak tangan.

Kemudian,terukir satu senyuman di bibir merahnya itu.








°°°

Sejak dia tahu dan kekal dengan perasaan cinta secara rahsia terhadap anak Kim itu,Sooji menjadi lebih bahagia.. dari dia yang sendu dahulu.

Sekejap-sekejap gadis itu menoleh ke belakang hanya untuk melihat lelaki kesayangannya itu dengan satu senyuman terukir di bibir.

"Ah,aku cintakan dia sangat-sangat." ujar Sooji dalam hatinya.

Sejeong yang perasan akan gerak-geri dan kelakuan rakan baiknya yang pelik sejak sebulan lepas itu memandang gadis yang tersenyum di hadapannya dengan pandangan yang... aneh.

"Yah,kau kenapa ni macam kena sampuk ni?" soal Sejeong lalu menepuk bahu rakan baiknya itu.

"Eo? Tak ada apa~" balas Sooji dengan tawa perlahan di hujung ayatnya.

Manakala Sooji rasa gembira dengan hatinya yang berbunga-bunga. Kerana cintanya pada Kim Taehyung sejak sebulan lalu,tidak terhakis dari hatinya malah semakin berkembang mekar.


TBC

KTH ✔ ENDLESS KIM.Where stories live. Discover now