◑22◐

1.5K 185 25
                                    


A/N


Kat sini Jeo masukkan juga maklumat yang korang boleh jadikan teori untuk chapter yang akan datang.

Yehet. 💕


Kim Soo Ji

Kini disini aku tersadai,di dalam 7-Eleven dengan semangkuk ramen panas yang belum disentuh.

Aku termenung dengan fikiran yang kosong..

Mungkinkah.. SJ Kim yang aku maksudkan diri aku itu Taehyung tak pandang sebagai SooJi Kim,malah.... SeJeong Kim?

Aku menyerabaikan rambut dan memegang kepala yang pening.

Drrttt-

Kemudian telefon di atas meja berdering.

Eomma 🍁
incoming calls....


Huh.

Aku mengeluh dan lantas menolak panggilan tanpa diangkat. Aku malas dengan segalanya.

Apa yang aku patut buat sekarang ni..? Aku cintakan seorang lelaki yang mencintai orang lain,kawan baik aku sendiri.

"T-teruknya. Semua yang aku dah usaha tak menjadi macam apa yang aku harapkan." keluhku sendirian kemudiannya mangkuk ramen yang masih panas kian mengembang itu ditarik seseorang dan..

Sllrrrppp-

"Hm~~"

"YAH TU RAMEN A-"

Mulutku ditekup lelaki Jeon yang entah dari mana datangnya ini terus rampas ramen yang aku beli tadi.

"Shhh! Diam,aku nak makan dengan tenang.." ujarnya dengan shamelessly pada aku dan teruskan pemakanannya. Hati aku dah naik panas,rasa nak hempuk je lelaki ni.

Terus aku rampas semula mangkuk ramen aku dengan wajah penuh kegeraman di wajah aku berikan pada Jungkook.

"Ahh,apa ni Sooji... aku nak tumpang makan je.."

"Pergi kau,pembuli. Ni makanan aku,kalau nak beli sendiri." ujar aku dengan suara yang mendatar dan dengan wajah yang serius aku menatap ramen di pegangan. Chopstick di tangan aku pegang dan ramen itu hanya aku buat main dengan chopstick.

Jungkook hanya melemparkan senyuman anehnya disertai tawa sinis pada aku dan aku hanya endahkannya sahaja.

"Kau okay ke?" soal Jungkook menghentikan pergerakan aku yang baru sahaja hendak menyuap ramen ke dalam mulut.

Aku toleh pelan ke kanan dan merenungnya dengan malas.

"Tak usah sibuk tentang aku. Aku okay-"

"Tak payah kau nak tipulah,ketara sangat yang kau sukakan si Taehyung tu,Sooji.."

Aku letakkan chopstick ke dalam mangkuk ramen dengan frust dan melemparkan pandanganku ke luar tingkap.

"Kau suka dia kan? soal anak Jeon ini lagi dan satu keluhan kasar dilepaskan oleh aku.

"Bukan masalah kau-"

"Tapi aku kisah dan aku tahu semuanya. Kau suka Taehyung tapi dia sukakan.. orang lain. Kau pun tahukan siapa?"

"...."

Aku berkeputusan untuk mendiamkan diri. Lalu aku bangun dari tempat duduk itu,capai beg sekolah dan tolak mangkuk ramen panas yang sudah kian mengembang itu kepada Jungkook.

"Kau makanlah,free." kata aku perlahan lalu dengan lemahnya meninggalkan kedai itu.

Semuanya teruk. Aku bencikan semua ni. Takdir selalu menjadi sebab utama aku mati dalam hidup aku di dunia ni.

Tak cukup dengan family,cinta hati juga semakin terbawa pergi,dengan jauh.


TBC

Note: fanfic ni.. makin lama makin pelik pula kan..? mohon beritahu jika ianya jadi peliks.

💙💙

KTH ✔ ENDLESS KIM.Where stories live. Discover now