◑42◐ | Finale

2.4K 175 48
                                    


2 tahun kemudian...

Sejambak bunga mawar putih diletakkan di dalam almari di sebelah bekas abu yang tertulis nama seseorang disitu oleh Taehyung.

Senyuman yang cuba dimaniskan terlihat meniti di bibir,walaupun hendak sahaja lelaki itu menangis di hadapan tempat menyimpan abu arwah si mati itu,kerana hatinya sungguh sedih.

"A-annyeong sayang. Tae dah sampai." ujar Taehyung dengan mata yang berkaca-kaca.

Gambar seorang gadis yang cantik tersenyum disebelah bekas abu itu Taehyung perhatikan dengan hati yang berduka,merindui kesayangan hatinya itu.

"Walaupun kau janji untuk t-tak akan tinggalkan aku... k-kau tetap pergi. Kenapa,sayang?"

Tap Tap Tap--

Bunyi tapak kasut perempuan memenuhi segenap ruangan Memorial Room itu.

Sejambak bunga putih juga perempuan itu letakkan disebelah bekas abu itu yang sudah ada dua jambak bunga.

"Sudahlah,Taehyung.. tak usah menangis lagi kerana yang pergi itu takkan kembali.." ujar Sejeong,mengusap-usap belakang Taehyung yang sudah terduduk di atas bangku yang berhadapan dengan almari yang penuh dengan bekas abu serta gambar-gambar kenangan untuk yang dirindui.

Sementara Taehyung yang sudah tersedu-sedan menangis kerana kehilangan permata yang tiada nilai tandingan dalam hidupnya itu, Jungkook.. yang bersedih di belakang dua manusia itu juga berduka.

Tak sempat nak meminta maaf,si gadis yang dulunya pernah dia cintai itu juga telah pergi. Mati, takkan hidup kembali.




















°°°

"Oppa. Oppa okay?" soal seorang gadis yang kelihatan sungguh risau akan pada Taehyung yang menunduk sahaja kepalanya.

"Oppa jumpa Sooji unnie ya..?" soal gadis muda itu lagi tetapi Taehyung masih berdiam diri.

Kemudiannya,gadis itu mengusap perlahan kepala Taehyung untuk meredakan perasaan lelaki itu yang berduka.

"Janganlah bersedih,kuat demi aku.."

Ayat yang serupa dengan apa yang Sooji sendiri katakan dalam surat terakhirnya pada Taehyung terpacul di bibir Sejung.

Sooji.. meninggal dunia kerana kebaikkannya yang mendermakan hati dan jantungnya pada Sejung ketika nyawa Sejung hampir sahaja melayang. Kritikal sungguh keadaannya,sehinggakan Sooji sendiri yang berkorban untuk gadis yang muda itu.

Dan kerana Sooji, Sejung mempunyai hati yang sama dengan Sooji. Mereka sungguh sama dan Taehyung tahu akan itu semua,dan dia berkahwin dengan Kim Sejung, adiknya Kim Sejeong.

Kemudiannya tubuh Sejung yang berdiri di hadapan Taehyung yang duduk di atas meja pejabatnya itu Taehyung peluk kuat dan menangis di dada Sejung,isterinya sendiri.

Teringat pada surat terakhir dari Kim Sooji..

"Shhh.. tak mengapa. Jangan menangis terlalu banyak kerana aku. Tak mengapa,walaupun aku sudah tiada di sisi kau untuk bahagiakan kau,tapi ingatlah yang aku selalu ada dengan kau. Aku sayangkan kau,jadinya berbahagialah demi aku,Taehyung.. akan aku selalu doakan kebahagiaan untuk kau dari atas sana. Aku cintakan kau,Kim Taehyung."

"Maafkan aku."




Taehyung terus peluk tubuh Sejung dengan lebih kuat dan tangisannnya semakin lama semakin kuat dan kedengaran sungguh syahdu,menyedihkan.

"Maafkan aku yang tak pernah hargai kewujudan kau." ujar Taehyung perlahan.






°°°

Jungkook merenung gambar Kim Sooji yang diletakkan di sebelah bekas abunya dalam sebuah almari di bilik memorial itu.

Setitik,demi setitik air mata jatuh berlinangan ke pipi.

"Kau tinggalkan semuanya.. demi mereka." ujar lelaki itu perlahan.

Jungkook tahu,Sooji buat semua itu demi kebahagiaan Sejeong dan Taehyung. Namun,mereka semua berduka atas pemergian gadis yang sungguh baik,suci dengan kebaikkannya yang tak ternilai.

"Aku harap kau maafkan aku,Sooji ah. Bahagialah disana,aku akan selalu rindukan kau,eo?"




°°°

Sejeong yang memerhatikan adiknya dipeluk Taehyung yang merupakan suami adiknya itu dengan perasaan yang bercampur aduk.

Dia gembira kerana adiknya yang dulu menderita kerana sakit,kini sudah sihat seperti orang yang normal. Dan dia juga sedih kerana pemergian rakan baiknya yang belum sempat dia mahu meminta maaf secara lebih baik dan bahagia bersama-sama.

"Jika masa boleh berputar semula ke belakang,aku takkan biarkan kau jadi macam tu." monolog Sejeong sendiri.

Entah mengapa bukan dirinya yang Tuhan mahukan untuk pergi buat selama-lamanya. Mungkin ini jalan terbaik untuk giliran Sooji pula berbahagia di atas sana.

"Gomawo, chingu."


















END

Tamat pada 23/09/19,Isnin pada pukul 9:28 PM.

Dengan ini,kanda jeo mengisytiharkan bahawa Endless Kim sudah tamat pada bab ke 42.

Harap korang redha dengan ending scene dia.💜 Terima kasih sebab sudi baca,vote dan comment... Terima kasih banyak-banyak dan Alhamdulillah karya kedua jeo ni dapat 1k reads sebelum endingnya tiba!

Seterusnya,fanfic abang jeman kita...

[OG] Tear || pjm.

Mohon support dan insyaAllah buku itu akan aktif selepas 8 haribulan 10,insyaAllah.

Strong power thank you and I love you!!💜

KTH ✔ ENDLESS KIM.Where stories live. Discover now