Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
『 ► now on air : the cruel one 』
‖ chapter 1
" terima kasih. Datang lagi ya, puan. "
Wanita separuh abad itu tersenyum dan mengangguk, sebelum melangkah keluar dari spa itu. Haerin mengelap peluh dan mengangkat dulang berisi teko dan cawan ke dapur spa.
"Haerin."
Gadis itu menoleh. "Ya, akak. Kenapa panggil Haerin?" Dia mencuci teko dan cawan sambil Aeri berjalan mendekatinya. "Ni.. tengok ni. Ada kes lagi ni," telefon pintar yang sedang bercahaya itu ditujukan ke arah matanya.
"Ish, akak ni. Sudah-sudahlah tu membawang. Haerin ada customer lagi ni," kata gadis itu seraya menggeleng.
"Bukan bawanglah! Ni.. kes pembunuhan bersiri kot.. seorang wanita diculik beberapa hari lalu. Dijumpai tak bernyawa dan paru-parunya diambil. Haa, bawang ke? Akak spread awareness tau!"
Aeri menjongket-jongketkan kening. "Jadi.. konklusinya.. akak jaga diri baik-baik. Okey?" Haerin tersenyum lalu berjalan masuk ke dalam sebuah bilik, meninggalkan Aeri keseorangan.
"Cik? Cik boleh duduk dalam tab ni sekarang." Haerin menyentuh lembut bahu pelanggan mudanya itu. "Oh, okey." Gadis muda itu membalas lalu menutup gajet empat segi miliknya. Dia memasukkan kaki ke dalam tab berisi air dengan bunga-bunga yang harum baunya.
"Cik nak bersendirian atau.. saya temankan?"
"Aish, awak ni. Mestilah sendirian." Mereka ketawa kecil. "Baiklah. Apa-apa, panggil aje saya. Saya di luar." Gadis itu mengangguk kemudian Haerin keluar dari bilik itu.
"Haerin! Haerin-"
"Ya, puan?" soal Haerin sambil memandang bosnya yang memanggil-manggil namanya tadi. "Ni.. ada panggilan. Ringtone awak bukan main hyper."
Puan Hwang tersenyum dan menghulurkan telefon ungu milik Haerin. "Hehe.. abang saya punya kerjalah ni.. Maaf kalau puan terganggu." jawab Haerin sambil menggosok-gosok belakang leher.
Aish, malunya!
"Hmm, yelah. Jawablah panggilan tu." Haerin mengangguk dan berjalan ke ruang menunggu. "Bertuah kau, Soobin. Aku patahkan tulang kau karang- tak kahwin kau nanti.." dia menukar semula ringtone.
Tahu tak lagu apa yang Soobin tukar? Lagu Lion King.
Rawr.
"Kejebonan apakah- helo, abang!" berbekal mukaddimah pendek Haerin terus menjerit di talian. Geram dengan perangai tak semenggah milik Soobin.
"Helo! Ish, takyah jerit. Aku tak pekak lagilah!" Marah Soobin. "Abang telefon Haerin ni kenapa? Dah tukar ringtone orang. Tabuh kang baru tau." "Aikk? Telefon adik sendiri pun salah? Helo, aku abang kau, okey? Suka hatilah."
"Janganlah bazir kredit tu, abangku. Hah, nak apa call Haerin?"
"Malam ni. Balik awal sikit. Syarikat ada buat ceremony. Papa pun turun, jadi semua kena turun sekali. By hook or by crook, Choi Haerin."
"Abang! Haerin baru ingat nak keluar dengan kawan-"
"Ah takde takde. Pukul 6, aku tak nampak batang hidung kau, siap!"
Soobin terus menamatkan panggilan. "Helo? Helo?! Abang!" Haerin mendengus geram. Soobin, kalau tak buat orang sakit hati memang tak sah!
"Ceremony apa pulaklah menyetan malam ni. Baru ingat nak keluardengan Jimin." Dia mengomel dengan bibir terjuih, sambil matanya menatap skrin telefon.
"Puan! Puan Hwang!" Pintu bilik bosnya diketuk beberapa kali. "Ya, Haerin? Masuk." Dia memulas tombol dan menjejakkan kaki. "Umm.. saya kena balik awal lah, puan. Ada emergency."
"Oh, takpe. Pergi je." Puan Hwang tersenyum. "Serius ni? Thank you, puan!" Dia mengukirkan senyuman dan menundukkan kepala tanda berterima kasih.
"Dah, pergi. Safe journey." Haerin mengangguk dan terus bergerak pulang.
Almaklum, jam sudah 17:45. Lambat nanti, lena menghadap Soobin pula aigoo.