BAB 2

5.3K 71 0
                                    

ADAM mengeluh buat ke sekian kalinya. Dia merenung tajam wajah tanpa riak insan-insan di hadapannya. Wajahnya diraup kasar. Kepala digelengkan beberapa kali.

Hatinya membara saat matanya terpandangkan wajah tidak bersalah Ika. Hatinya menyumpah seranah Ika.

"Kau dengar tidak ni Adam?" bentak Puan Sri Kirana.

Geram melihat Adam yang hanya berdiam diri sedari tadi.

"Dengar," balas Adam sepatah.

"Mummy dan Ika mahukan hak penjagaan anak-anak..."

Pantas Adam mencaras sebelum sempat Puan Sri Kirana menghabiskan bicara.

"No! Mereka anak-anak saya dan tidak akan sesekali saya benarkan orang lain merampas hak penjagaan mereka. Walaupun orang itu nenek mereka sendiri," tegas Adam untuk ke sekian kalinya.

Wajahnya serius tanpa senyuman.

Puan Sri Kirana tersenyum sinis mendengar kata-kata bekas menantunya itu. Huh! Tamak. Sudah bercerai pun masih mahu berlagak dengannya.

Haih! Sungguh dia tidak berkenan dengan sikap Adam. Jaki benar dia dengan sikap bodoh sombong lelaki itu.

"You kena ingat, mereka juga anak-anak I. I yang lahirkan mereka!" hambur Ika berang.

"What? Anak kau? Huh! Selama ni tak ada pula kau nak mengaku mereka tu anak kau. Selama ni, aku yang selalu ada dengan mereka. Aku yang jaga mereka. Kau buat apa masa tu? Sibuk dengan hiburan sana-sini. Sibuk berkepit..."

"Eh! You jangan nak sebar fitnah ya!" Cepat saja Ika mencaras kata-kata Adam.

Sebolehnya Ika tidak mahu mummynya tahu punca sebenar perceraian mereka. Kerana selama ini dia telah mengkhabarkan kepada Puan Sri Kirana bahawa Adam telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Dia juga mengatakan Adam seorang lelaki yang dayus. Sentiasa naik tangan ke wajahnya. Walhal Adam adalah sebaik-baik lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya. Hanya kerana bosan, dia berpeleseran mencari hiburan di luar. Hingga terlanjur dengan sahabat karib Adam sendiri.

Itulah yang menjadi punca sebenar penceraian mereka. Semuanya kerana dia.

Argh! Itu juga salah Adam. Langsung tak romantik. Adam sentiasa lebihkan kerja! Ika masih tidak mahu mengakui kesalahan sendiri.

"Hei, Adam. Dengar sini. Kau tu boleh kahwin lain. Dan boleh buat anak seramai mana kau nak. Mummy ni cuma mahu jaga cucu mummy. Lagipun si Ika ni dah banyak kali gugur. Kau tak kasihankan dia ke?" pujuk Puan Sri Kirana, cuba melembutkan nada suaranya.

Setelah habis idah, Ika mengambil keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bersama lelaki yang dicintainya sepenuh hati, Amri. Saat bulan kedua perkahwinannya, Ika disahkan hamil. Alangkah gembira hatinya pada ketika itu.

Namun tidak bagi Amri. Amri mendesak agar dia menggugurkan kandungan tersebut atas alasan tidak bersedia untuk menimang cahaya mata. Dek kerana sayangkan suaminya, dia ikutkan saja biarpun dia terlalu inginkan anak bersama Amri. Hal ini langsung tidak diketahui oleh Puan Sri Kirana. Sangka mummynya, dia keguguran.

"No! Adam langsung tak kasihan dekat Ika. Mungkin ini semua balasan atas khilaf dia terhadap Adam dulu. Sekarang, hadaplah dengan menanggung semua dosa tu," ujar Adam sinis.

"Huh! Tak payah persoalkan tentang dosa dan khilaflah Adam. Kau ingat mummy tak tahu perangai sebenar kau? Ika bercerai dengan kau sebab kau tu kaki pukul."

Adam tersenyum penuh makna. Segala kata-kata bekas mentuanya tidak sedikit pun menjadi kudis kepada dirinya. Sudah lali mungkin.

"Kau dengar ke tidak apa yang mummy cakap?"

JODOHKU BABYSITTERWhere stories live. Discover now