BAB 10

4.3K 50 0
                                    

LANGKAH diatur pantas menuju ke dapur. Peti ais dibuka. Spontan bibirnya tersenyum. Sayur-sayuran dikeluarkan. Tatkala dia menutup peti ais, dia kaget apabila melihat sticky note yang ditempek di pintu peti ais itu.

Pantas Adel membaca tulisan tangan itu.

Awak masak tomyam boleh? Jangan terlalu pedas. Anak-anak saya tak biasa makan pedas-pedas sangat. Pukul 1.00 petang saya akan bawa anak-anak balik. Thank you. - ADAM

"Alah, kalau tak cakap pun, aku tahulah. Budak-budak kan memang tak makan pedas. Apa ke sengal benar Encik Adam ni?" omel Adel seolah-olah Adam duduk di hadapannya.

Dengan pantas dia memotong sayur-sayuran. Sambil menyanyi kecil, dia membasuh sayur tersebut. Teringatkan pesan arwah neneknya, dia menghentikan nyanyian.

"Aku tak mau laki tua. Tapi kalau kaya, aku nak," ujarnya sambil tersenyum senget.

Setelah satu jam memasak, akhirnya siaplah juadah buat majikannya makan tengah hari. Jam di dinding dikerling sekilas.

"Dah pukul 1.00. Kejap lagi dia orang balik ni..."

Belum sempat menghabiskan kata-katanya, kedengaran suara orang memberi salam. Pantas dia berlari ke pintu utama. Alat kawalan jauh ditekan lantas pintu pagar automatik terbuka.

Dia tersenyum melihat wajah anak-anak asuhannya. Namun, senyumannya mati sebaik saja melihat wajah cemberut majikannya itu.

"Dah balik pun. Mesti kamu semua lapar kan? Pergi naik atas mandi dulu ya. Lepas tu turun makan okey sayang-sayang?"

"Okey Kak Adel," sahut Airisya, Adib dan Airin hampir serentak.

Pantas mereka berlari, menuju ke bilik masing-masing.

Adam hanya menjadi pendengar saja. Sempat dia mengerling wajah anak-anaknya. Ceria dan bersemangat anak-anaknya saat bersama Adel.

Dalam diam dia mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana menggerakkan hatinya untuk menerima Adel sebagai pengasuh anaknya.

Adam melilau memandang seluruh penjuru rumah. Dia tersenyum puas hati. Semasa dia hendak keluar bekerja tadi, baju kotornya sengaja diletakkan di atas meja kopi tersebut.

Tidak dia menyangka gadis brutal seperti Adel itu tahu juga kerja mengemas ini. Benarlah kata orang, jangan menilai seseorang dari luaran saja. Dan kini dia akui itu.

Adam berlalu ke ruang tamu. Dia mencalit tangan ke meja kopi yang terletak di hadapan TV. Spontan dia tersenyum. Dia menapak ke arah Adel dengan wajah yang sengaja diseriuskan.

"Awak dah siap kemas rumah?" soal Adam.

Walhal dia sudah tahu jawapannya. Sengaja ingin menyoal Adel. Suka benar dia melihat wajah cemberut gadis itu menahan amarah. Terasa comel pada pandangan matanya.

Adel hanya menggangguk. Malas nak bersuara. Takut nanti bergaduh pula. Sudah penat dirinya asyik bertukar-tukar kerja saja. Sungguh dia berharap agar ini adalah perkerjaannya yang terakhir.

Andai kata gajinya sebagai pengasuh ini memadai, dia akan cuba untuk terus bertahan biarpun mentalnya sakit dengan sikap Adam yang seakan mahu membulinya saja.

"Bibik, awak ni tak ada mulut ke? Dah siap masak?"

Adel merenung tajam wajah majikannya. Main aci redah saja panggil dia bibik. Ingin saja dia menampar mulut Adam saat itu. Mulut tak ada insurans. Panas sungguh hatinya saat ini.

"Awak ni pekak ke? Isy! Masalah betul. Saya tanya awak dah masak ke belum? Saya dahlah lapar ni. Bibik... ooo bibik. Bibik dah masak ke?" tanya Adam buat ke sekian kalinya.

JODOHKU BABYSITTERWhere stories live. Discover now