10 tahun yang lalu.
Gadis kecil yang manis bertocang dua sedang bermain di laman belakang rumah bersama dengan adik lelakinya.
Daripada dalam rumah, sepasang suami isteri memerhatikan dua beradik tersebut bermain dan bergelak tawa.
" Awak kena selesaikan masalah ini sebelum terlambat. Jangan sampai.." Puan Song tidak terus berkata.
Mata wanita itu bergenang dengan air mata apabila melihat dua orang anaknya sedang bahagia. Sungguh anak kecil itu tidak mengetahui apa yang bakal terjadi.
" Saya aku buat sebaik mungkin demi keluarga kita. Saya akan jaga family kita ni baik baik." Tuan Song menggosok lembut bahu isterinya.
Faham benar Tuan Song akan kerisauan isterinya. Bahkan kerisauan Tuan Song juga tidak terkawal. Hatinya tidak keruan.
" Kalaulah masa boleh di undur." Pasrah sahaja suara Tuan song.
" Jangan. Jangan sesekali menyesal. Awak telah buat yang terbaik." Puan Song menghadap suaminya.
Anak mata mereka bertemu. Puan Song memandang ke dalam anak mata Tuan Song.
Mereka berpelukan sebagai tanda kasih dan sayang. Hampir 10 tahun mereka berkahwin. Dan ini ialah cabaran terbesar yang terpaksa di harungi oleh keluarga Song.
Sreeettt ! Bunyi tayar kereta jelas kedengaran.
" Pergi lari. Saya rasa mereka dah jumpa kita." Tuan Song melepaskan pelukkan isterinya.
" Tapi awak macam mana ? Saya tak kan biarkan mereka cederakan awak." Puan Song memegang tangan tuan song.
" Jangan risau. semuanya akan okey."
Puan Song pasrah akan keputusan Tuan song.
Dua anak pasangan Song memerhati gelagat orang tua mereka dari luar rumah. Mereka dapat rasakan ada sesuatu yang terjadi.
"Mama?!" Jetit dua beradik apabila melihat ibunya tergopoh gapah mendekat.
" Kita perlu lari dari sini. Sekarang" tegas Puan Song sambil menarik anaknya menggikuti langkah kaki dirinya.
" Apa yang dah jadi ?" Soal anak perempuan Song.
" Saya takut ma." Anak lelaki Puan Song mula merengek.
"Orang jahat kejar kita!"
"Tapi papa..."
"Jihyo dan Boy budak baik. Kita lari nanti papa datang." Puan Song berlari anak sambil kiri kanan memegang tangan anaknya.
Bang ! Bang !
Beberapa das tembakan kedengaran. Puan song melihat ke arah belakang. ada seorang lelaki berbadan sasa menggekori mereka.
Puan Song terpaksa melakukan hal yang tidak dia mahukan di depan anak anaknya.
Kerana terpaksa, Puan Song menggeluarkan sepucuk pistol daripada belakang bajunya
Bang ! Bang!
Mereka saling berbalas tembakan.
"Argah!" satu daa tembakan tepat mengena peha kanan Puan song membuatkan dia automatik terjatuh menyembah bumi.
"Mama" Serentak Jihyo dan Boy memegan mamanya.
"Pergi. Lari." Puan Song menyuruh anak anak nya lari menyelamatkan diri.
Sebagai noona,Jihyo memahami keadaan yang terjadi dan menarik Boy lari mengikutinya.
cuba sedaya upaya mereka berdua berlari. Jihyo menoleh ke belakang melihat mamanya.
Seorang lelaki berparut panjang di lengan memerhatikan Puan song dengan pisau sabit di tangan.
Tanpa mengunggu sesaat, lelaki tadi mengambil nyawa puan song di saksikan sendiri dengan anak mata Jihyo.
Tergamam anak kecil tadi.
" Argahh !" Boy menjerit nyaring.
Salah seorang konco lelaki yang membunuh mamanya menarik kasar rambut Boy.
Jatuh tersembam dua beradik tadi. Untuk kanak kanak 10 tahun dayanya bukan lah seperti lelaki berbadan sasa.
Tapi nalurinya sebagai seorang kakak, dia cuba menyelamatkan adik lelaki yang di sayangi.
"Lepaskan. Lepaskan." Jihyo menggigit lengan si penjahat
"Bodoh!" Muka jihyo di sepak.
Lelaki tadi melepaskan rambut Boy dan menuju ke arah Jihyo. Pipi kiri nya di tampar berbekas merah dan mata kanannya sedikit tercalar terkena batu.
" Boy ! Lari sekarang." Jihyo memaut kaki lelaki tersebut.
Budak kecil tadi berlari laju sambil menggalirkan air mata. Sama ada air mata ketakutan atau kesakitan.
" Huh. Budak lemah yang bodoh." Lelaki tadi menarik baju Jihyo dan menghumbannya jatuh ke tanah.
"Arr." Jihyo menggerang kesakitan. dirinya terbaring lemah.
" Budak menyusahkan. Mak bapak sama menyusahkan. Baik mati kau semua." Jerkah kasar lelaki tadi
Kakinya menendang nendang badan kecil Jihyo. Untuk Jihyo, dirinya hanya mampu terbaring lemah sambil memerhatikan bayang adiknya yang semakin menghilang.
" Barua.!" Lelaki tadi berhenti memukul Jihyo yang semakin lemah.
Buk ! Batang kayu baseball hinggap di belakang kepala lelaki yang memukul Jihyo.
Tidak sekali. Berkali kali orang misteri tadi memukul sehingga lelaki sasa rebah tidak sedarkan diri.
Kepala lelaki tadi berdarah dan mulutnya menggeluarkan cecair merah.
"Mari Hyo."
"Samchon" Lemah suara Jihyo sebelum pengsan.
Lelaki yang digelar samchon menggendong Jihyo dan cepat cepat pergi daripada lokasi kejadian.
10 Tahun kemudian.
" Oii perempuan. Bila kau nak keluar? Cair sudah make up aku." Jerit Irene.
" Mang ai. Lama betul minah ni." Keluh Lizzy.
" Mesti terlajak tido." J-hope membuat andaian.
Mereka bertiga saling memandang antara satu sama lain.
" Hahahahahhahahaha." Tercetus tawa mereka dengan kata kata J-hope walaupun tak ada yang kelakar.
" Bukan Jihyo la.weyy kot awal siap. Dia ingat kolej ni atuk dia punya." Irene membetulkan beg sandangnya.
" Mengutuk aku ke?" Sergah Jihyo dari belakang.
" Lambat lah kau. Kita hari ni kena jadi fasi untuk freshman." J-hope bangun daripada kerusi yang di dudukinya.
" Mana tau dapat fresh fish. Kan kan kan ?" Jihyo excited.
"Apa lagi. Kajja !"
YOU ARE READING
COMING FOR YOU
FanfictionBagaimana jika ini terjadi ? Polis yang korup. Lawyer dan Judge yang kotor. Kawan yang berpaling tadah. Song jihyo mencari adiknya selepas 10 tahun. V cuba menggenal dirinya selepas kematian ibunya. B.I hilang arah tuju selepas mengetahui kisah sila...