14 || Mentor

2.1K 222 39
                                    

Mata Arabella melebar mendengarkan ucapan Baekhyun barusan tadi. Itu kali pertamanya Baekhyun mengatakan sesuatu seperti itu kepadanya dengan serius. Sehingga tanpa Arabella sedar, seluruh wajahnya sudah kemerahan, apalagi dengan wajah Baekhyun yang begitu hampir dengan wajahnya.

Baekhyun masih lagi tidak menjauhkan wajahnya, jadi Arabella tertanya-tanya sama ada lelaki itu mahu menciumnya. Dirinya sendiri merasa segan kerana soalan itu boleh terlintas di fikirannya. Kedua-dua tangannya terggenggam erat di ribanya sambil dia mengetap bibirnya cemas. Kalau memang benar lelaki itu mahu menciumnya, bagaimana? Apa dia harus membenarkannya ataupun tidak?

'Ttok Ttok'

Seperti doanya dikabulkan, tiba-tiba bunyi ketukan di pintu kedengaran, menghentikan segala pergerakan Baekhyun sebelum dia berdiri tegak semula seperti biasa dan membuka pintu.

Masuklah seorang wanita yang berkemungkinan ialah orang yang ditugaskan untuk menguruskan unit kesihatan itu. Dia sedikit tersenyum kepada Baekhyun sebelum meminta kebenaran untuk memeriksa Arabella.

Arabella hanya membiarkan dirinya diperiksa dengan kaku. Kadangkala wanita itu cuba bersembang dengan dirinya tetapi menjadi dirinya sendiri, Arabella tidak menjawab dengan begitu responsif. Arabella memang begitu, dia menjadi amat pemalu dengan sesiapa yang baru ditemuinya.

"Semua baik-baik saja, mujurlah..." Kata wanita itu dengan senyuman di bibirnya. Bagi Arabella raut wajah wanita itu amat manis sehingga Arabella sedikit cemburu. Badannya juga menarik, berisi di tempat yang sepatutnya. Arabella berharap agar nanti apabila dia sudah dewasa nanti, dia ingin menjadi seperti itu juga.

"Mungkin Ahreum terkejut tadi, jadi disebabkan itu Ahreum pengsan. Tapi selain itu, semuanya baik-baik saja. Kalau Ahreum nak pulang ke kelas sekarang pun boleh."

Pulang ke kelas?

"Ah, itu..."

Arabella melirik jam dinding, waktu sekarang masih tidak melepasi subjek cikgu lelaki yang menakutkan itu lagi. Sudah tentunya dia tidak mahu pulang ke kelasnya. Boleh jadi cikgu lelaki itu akan memarahinya dengan lebih teruk jika dia pulang ke sana semula.

Tetapi Arabella juga tidak mahu menyusahkan Baekhyun untuk menghantarnya pulang ke rumah. Sudahlah dia telah menyusahkan Baekhyun dengan menyebabkan lelaki itu bergegas ke sekolahnya hanya disebabkan hal remeh sebegini. Selama dia berada di rumah itu, dia tidak pernah melihat Baekhyun pulang ke rumah di waktu tengah hari atau awal petang. Lelaki itu sudah tentunya terlalu sibuk dengan pekerjaannya sehingga dia tidak mempunyai masa untuk singgah ke rumah.

Biarlah dirinya dimarahi cikgunya sekalipun, Arabella sudah cukup malu kerana menyebabkan Baekhyun datang ke sini. Dia tidak mahu berhutang budi dengan lelaki itu lagi.

"Baik-"

"Saya akan bawa dia berehat di rumah." Baekhyun memotongnya.

Arabella tidak tahu sama ada dia patut gembira ataupun tidak. Bukannya apa, dia cuma tidak mahu membuang masa Baekhyun.

"S-saya boleh balik dengan ahjusshi." Ujar Arabella kepada Baekhyun. Ahjusshi itu adalah gelaran yamg digunakannya untuk memanggil pemandu peribadi Baekhyun yang menghantarnya pergi dan pulang ke sekolah setiap hari.

Kening Baekhyun berkerut. "Aku dah ada di sini, kenapa pula kau nak balik dengan dia?"

"S-saya tak nak menyusahkan awak..." Arabella bersuara perlahan.

"Tak apa, balik sajalah kalau Ahreum nak berehat. Saya boleh sediakan surat kebenaran." Wanita itu mencelah dengan senyuman di bibirnya.

Baekhyun mengangguk kecil. "Please do so."

Nightingale's Dream : For A Better TomorrowWhere stories live. Discover now