4 || Soon-To-Be

1K 196 11
                                    

Try listening to this soundtrack while you are reading. (but ignore the thumbnail tho 😂)

.

.

.

.

.

Di lorong yang gelap gelita itu, Baekhyun bersendirian. Terduduk dirinya di lantai sementara belakang badannya menyandar ke dinding dingin di belakangnya. Matanya menatap terus ke hadapan tanpa sekalipun berkedip, menatap kekososongan dan kegelapan yang sepertinya dapat menggambarkan perasaannya. Sementara matanya sudah layu, sembab akibat terlalu banyak menangis. Disebabkan itulah Baekhyun berhenti menangis, kerana dia sudah banyak menangis.

Katanya air mata boleh habis kalau menangis terlalu banyak...

Baekhyun tersengih ironi apabila teringatkan kata-kata itu. Dahulunya dia suka akan kata-kata itu, namun sekarang, hanya tersisa satu sahaja di hatinya : kebencian.

Dia jijik.

Bukan kerana maksud di sebalik kata-kata itu, tetapi kerana orang yang mengatakan itu sendiri. Asal usulnya... Membuatkan Baekhyun cukup jijik.

Matanya terasa seakan-akan sudah kering, tidak mampu mengeluarkan air mata lagi. Mungkin benar, air matanya sudah habis. Mungkin disebabkan itu juga, kantuk mula menyerangkan. Boleh jadi dia penat kerana berlarian tadi, dan boleh juga jadi kerana dia lelah dengan dunia ini. Kalau boleh, dia juga mahu meninggalkan dunia ini.

Dia mahu. Dia ingin.

Tetapi sungguh, dia takut.

Apa yang dimahukannya bukanlah seksaan kematian, tetapi agar penderitaan yang dirasainya itu berakhir.

Mata Baekhyun terpejam rapat buat sekian lama, dan ketika itu jugalah semua ingatan tentang ibu bapanya menyelusup mindanya, hanya menambahkan lagi kesakitannya buat masa itu. Tidak cukup dengan ibu bapanya, dia teringatkan pula kekasihnya.

Agak lama juga Baekhyun kekal dalam posisi itu, lemah. Mahu sahaja dia berdoa agar dicabut nyawanya ketika itu juga, tetapi dia tahu itu permintaan yang bodoh. Cuma mungkin, kerana dia terlalu sedih, fikirannya juga tidak benar.

Tiba-tiba badannya yang dingin itu diselubungi kehangatan yang menenangkan. Ada tangan kecil yang meraupi badannya walaupun tidak keseluruhannya sementara ada kepala yang bersandar di bahu Baekhyun. Deria baunya menangkap aroma feminin buah-buahan yang menggantikan bau ubat-ubatan yang sedari tadi menyelubungi tempat itu, membuatkan Baekhyun pasti.

Seseorang memeluknya, dan Baekhyun dapat meneka siapa itu tanpa perlu membuka matanya.

"Baekhyun jangan menangis..." Suara kecil itu bergema di ruangan itu, terdengar begitu sayu.

Oh, Baekhyun menangis.

Air matanya belum habis lagi.

Mahu tidak mahu, Baekhyun membuka juga matanya dan melihat satu sosok badan mungil kanak-kanak sedang memeluknya erat seakan-akan tidak mahu dilepaskan. Meskipun begitu, Baekhyun mengeraskan hatinya. Dia mencuba melepaskan pelukan itu dengan lembut memandangkan yang sedang memeluknya itu ialah kanak-kanak tetapi badan mungil itu seperti enggan berjauhan daripadanya.

Entah apa yang patut dirasakan Baekhyun ketika itu. Dia merasa jijik, dalam masa yang sama dia sebenarnya tersentuh akan tindakan kanak-kanak itu kerana cuba menenangkannya di waktu seperti itu.

Kanak-kanak itu tiba-tiba mendongakkan kepalanya untuk memandang Baekhyun. Rambut perang gelap panjangnya terasa begitu lembut apabila terkena lengan Baekhyun.

Nightingale's Dream : For A Better TomorrowWhere stories live. Discover now