12 || Soft

1.1K 155 47
                                    

"APA?! KAU DAH BERKAHWIN?!"

"Iya."

"SEJAK BILA?! KENAPA?! KENAPA AKU TAK TAHU APA-APA??"

"Johnny, perlahankan suara kau." Kai memberi amaran. Dahinya sedikit berkerut, sementara Baekhyun tidak memberikan apa-apa reaksi atas keterkejutan Johnny itu. Dia sudah menjangkakan reaksi itu sebenarnya.

Menjerit itu sudah menjadi kebiasaan untuk Johnny, tetapi yang bermasalahnya apabila lelaki itu menjerit di dalam kereta sempit yang menempatkan tiga orang penumpang. Suaranya kedengaran begitu lantang dan jelas di telinga Jongin dan Baekhyun. Mujur Baekhyun tidak lagi memandu, kalau dia memang sedang memandu dan mendengar jeritan itu, berkemungkinan keretanya akan terbabas di jalan raya.

"AKU TAK PERCAYA YANG KAU LANGSUNG TAK BAGITAHU AKU APA-APA TENTANG NI! SIAPA AKU BAGI KAU, BAEKHYUN?? AKU BUKAN KAWAN KAU JUGA KE?!"

Baekhyun yang berada di tempat duduk pemandu hanya mengabaikannya. Matanya meliar ke arah luar tingkap, mencari kelibat seseorang di dalam kerumunan ramai. Beberapa pelajar yang berpakaian uniform sekolah melintasi keretanya dengan wajah yang tampak curiga, sementara ada juga yang tersenyum-senyum memandang ke arahnya. Kemungkinan mereka aneh dengan Baekhyun. Sekolah itu terletak di kawasan pedalaman jadi melihatkan kereta mewah yang tiba-tiba ada di depan pagar sekolah sudah pastinya akan menarik perhatian orang ramai.

Termasuk hari ini, sudah 2 hari Arabella berpindah ke sekolah barunya. Setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Bukannya Arabella memberitahunya apa-apa, Arabella bahkan tidak mengatakan apa-apa, cuma melihatkan mood gadis itu yang baik setiap kali dia baru pulang dari sekolah, dia pasti bahawa Arabella gembira di sekolah barunya.

"SIAPA!? SIAPA ISTERI KAU?? DAN KENAPA KITA BERHENTI DI DEPAN SEKOLAH?!" Johnny kembali dengan teriakan dramatisnya tadi. Melihatkan Baekhyun dan Jongin yang langsung tidak mempedulikan kesengsaraan hatinya, dia kembali menjerit dengan lama. "AAAAAHHHHHHHHHHHHH!"

Kali ini Jongin tidak dapat menahannya lagi, mulut Johnny itu ditekup kuat lalu ditarik ke ribanya. Meskipun saiz badan mereka berdua hampir sama, tetapi kekuatan Jongin jauh lebih tinggi daripada Johnny memandangkan dia dari kecil lagi sudah mempelajari pelbagai ilmu pertahankan diri.

Johnny memukul-mukul tangan Jongin yang menekup mulutnya sambil badannya menggeliat dengan bersusah payah untuk melepaskan diri, sementara Jongin hanya mengeluh lelah.

Sudut bibir Baekhyun sedikit terangkat melihat pemandangan di tempat duduk belakang. Dia jatuh kasihan kepada Jongin yang terpaksa menguruskan Johnny deminya. Bukan niatnya untuk membawa Johnny bersama, cuma lelaki itu sahaja yang mengada-ngada mahu mengikut. Dengan tidak malu dia masuk ke dalam kereta ketika Baekhyun dan Jongin mahu berangkat tadi. Jadi Baekhyun hanya membiarkannya sahaja.

Johnny itu merupakan junior Baekhyun di universiti dulu. Semasa dia menyambung pelajarannya di universiti di luar negara, Johnnylah orang pertama yang berani menegurnya. Bukan setakat menegur, lelaki itu bahkan terus menepuk-nepuk punggungnya sambil tersengih-sengih. Pada mulanya Baekhyun tidak begitu selesa dengan Johnny, dia merasakan bahawa Johnny itu hanya mahu mengganggunya. Tetapi lama-kelamaan, mereka menjadi agak rapat atas usaha Johnny yang tidak henti-henti mengacau Baekhyun setiap hari.

"Berjanjilah yang kau takkan bising kalau kau nak dengar penjelasan aku." Kata Baekhyun kepada Johnny yang kini terbaring di riba Jongin. Johnny mengangguk-angguk laju, matanya meminta keampunan daripada Jongin untuk melepaskannya. Pada akhirnya Jongin melepaskannya, dan sesuai janjinya tadi, Johnny tidak lagi menjerit.

Selepas mengambil nafasnya, dia mencuba untuk bertanya dengan tenang. "Bila kau berkahwin?"

"Seminggu yang lepas."

Nightingale's Dream : For A Better TomorrowWhere stories live. Discover now