6 || Let's Do It

1K 154 10
                                    

[Flashback - sebelum Arabella pulang ke Korea]

"Are you okay, sweetie? You look distracted."

"Yea, don't worry about me, I'm fine." Arabella memasang senyuman di bibirnya dengan segera, tidak mahu ibunya risau akan dirinya.

Mereka berdua sedang bersarapan di meja makan dengan senyap, hanya bunyi pertelagahan antara sudu dan garpu sahaja yang kedengaran. Kedua-duanya tenggelam dalam lamunan masing-masing. Arabella sedang memikirkan tentang pertemuan terakhir dirinya dan Baekhyun semalam, sama ada dia patut bersetuju ataupun tidak, sementara Madame Honchar sedang mengkhuatirkan tentang puterinya itu yang sejak semalam hanya mendiamkan diri, tidak mahu bercerita kepada dirinya tentang apa yang menyebabkan dia tidak pulang semalaman dan sebagainya.

Semalam, selepas sampai ke rumahnya, Arabella terus masuk ke biliknya tanpa sempat ibunya menegurnya. Dan dia kekal di dalam biliknya seharian, yang menyebabkan ibunya harus menghantar makanan ke biliknya, itupun hanya di luar sahaja kerana Arabella sepertinya menolak untuk berjumpa dengan ibunya. Madame Honchar hanya dapat berbicara dengannya menerusi pintu sahaja, itupun hanya dibalas dengan beberapa patah perkataan sahaja.

Dan pagi ini, dia sangat lega apabila Arabella mahu keluar daripada biliknya, bersetuju untuk bersarapan bersama-sama walaupun Arabella tidak mengatakan apa-apa. Cuma menjadi seorang ibu, mata Madame Honchar tidak terlepas dari melihat wajah Arabella yang tidak bermaya. Terdapat lingkaran gelap di bawah matanya, dan hidung, pipi dan dagunya agak kemerahan, yamg menandakan bahawa puterinya itu berkemungkinan besar menghabiskan masanya dengan menangis semalam di biliknya.

Madame Honchar menggenggam erat sudu dan garpunya, sudah dapat mengagak bahawa semua itu adalah angkara Byun Baekhyun. Dasar lelaki celaka, memangnya apa yang telah dilakukan olehnya kepada Arabella? Padahal Madame Honchar sudah memberikan amaran kepadanya.

Sejak hari pertama Baekhyun datang ke sini, Madame Honchar sudah dapat menghidu sesuatu. Dia sebenarnya tahu bahawa orang yang mahu dikahwinkan dengan Arabella itu ialah Baekhyun. Cuma ketika itu, Baekhyun berjanji sesuatu kepadanya.

"Apa tujuan kau ke sini? Kalau tentang perkahwinan tu, I'm telling you, no. No offense, but I would not let my daughter marry someone like you. You yourself are aware of the reasons too, right?"

"Ya, jangan risau. Kalau saya jadi Madame Honchar pun, saya pun takkan benarkan Arabella jatuh di tangan lelaki seperti saya juga." Baekhyun tersenyum ironi, lalu senyumannya berubah menjadi senyuman sinis. "Tapi Madame, untuk pengetahuan Madame, tanpa restu Madame sekalipun, saya tetap dapat teruskan perkahwinan ini. Jadi setuju ataupun tak, pilihan di tangan saya, bukannya Madame."

Madame Honchar menahan kemarahannya. Dia sudah mengagak bahawa Baekhyun tidak akan datang ke sini tanpa tujuan tertentu. Mengenali lelaki itu sejak dia kecil, Madame Honchar boleh dikatakan sudah amat kenal dengan Baekhyun. Dia juga mengetahui rahsia Baekhyun dan niatnya selama ini. Dalam keadaan sebegini, hanya satu yang dimahukan Baekhyun : Persetujuan.

"Apa kau nak?"

Baekhyun mengangguk-angguk, berpuas hati dengan jawapan itu. "Bagus, bagus, nampaknya Madame memang kenal saya. Penawaran saya mudah saja..." Baekhyun mendekatkan kerusinya ke meja untuk bercakap dengan wanita itu dengan lebih dekat. "Berikan saya tiga hari."

"Tiga hari?"

"Ya."

"Untuk apa?"

"Dalam masa tiga hari, benarkan saya keluar dengan Arabella berterusan. Dalam tiga hari itu, Madame tak ada hak untuk campuri urusan saya dan Arabella, atau bagitahu apa-apa kepada Arabella, apatah lagi burukkan saya. Saya berjanji saya takkan sentuh Arabella, atau lakukan perkara yang bodoh kepada dia."

Nightingale's Dream : For A Better TomorrowWhere stories live. Discover now