PENGENALAN

32 1 0
                                    


Hiburan adalah perbuatan, aktiviti atau sebagainya bertujuan untuk menghiburkan,

menyenangkan, dan mententeramkan hati dan diri, itulah pentakrifan secara umum untuk

hiburan.  Bermain dan membaca, serta penghargaan seni, tidak dianggap sebagai hiburan tetapi

tergolong dalam rekreasi kerana hiburan biasanya memerlukan pembekal persembahan yang

dilihat oleh penonton dan tanpa disedari , tekadang hiburan itu berunsurkan sesuatu yang

melanggar syariat islam. Hiburan adalah sesuatu perkara yang mengembirakan

dan menyenangkan tetapi dilakukan secara berlebihan dan luar dari batasan syariat Islam

Hiburan melampau datangnya dari pengaruh golongan kafir yang jauh dari tuhan dan

mencari jalan untuk mengembirakan diri dengan hiburan. lanya juga sebenarnya datang dari

agenda Yahudi dan Nasrani untuk merosakkan akhlak umat Islam dan ара yang

lebih membimbangkan adalah merosakkan akidah umat Islam  Sekiranya kita melihat kepada

negara kita Malaysia khususnya, hiburan telah berkembang luas dan telah mengambil tempat

yang cukup luas dalam cabang sosial. Kita juga dapat melihat perkembangannya dalam media

massa tidak kira media cetak atau media elektronik. Pekara inilah mendatangkan kebimbangan

dalam kalangan umat islam di Malaysia.

Pada dasarnya, islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada

fitrah kehidupan manusia. Hali ini berdasarkan hadis rasulullah s.a.w.

Daripada Aishah r.ha, bahawa saidina Abu bakar r.hu telah datang ke rumahnya dan

terdapat dua orang jariah (pembantu) sedang menyanyi dan bermain alat muzik pada hari

raya dan ketika itu Nabi saw sedang bersiap dengan pakaian baginda maka saidina Abu

Bakar r.ahu telah mengherdik mereka. Nabi saw telah mengangkat wajahnya dan bersabda :

'Biarkanlah mereka wahai Abu Bakar, sesungguhnya hari ini adalah hari raya'

Tamsilannya, hiburan ialah fitrah bagi manusia biasa, namun tanpa batasan dan nasihat

ianya boleh menjadi hiburan yang liar dan tidak sihat bagi masyarakat dunia.

HIBURAN MELAMPAUWhere stories live. Discover now