CARA MENGATASI

20 1 0
                                    


Remaja perlu mendekatkan diri dengan didikan agama. Disamping menerapkan nilai-

nilai murni dalam diri dengan bergaul bersama yang berpengetahuan dan orang yang arif

tentang agama.

 Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh

anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Selain

itu menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan

memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi

dan keputusan dalam diri mereka.

 Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan perhatian,

pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-

anak mereka.Bak kata pepatah melayu, "Melentur buluh biarlah dari rebungnya". 

  Mereka juga perlu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni,

motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji,

berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima

kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model

kepada anak.

 Berkawan dengan kawan yang dapat membantu dalam pelajaran, mengajak kepada

kebaikan dan positif.

 Berjumpa dengan guru atau orang yang dipercayai untuk mendapatkan nasihat dan

pandangan yang baik.

 Peranan mediamassa dengan memberi kempen atau rancangan yang menghidupkan jiwa

dan rohani.

 Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti

berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah.

Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan

komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

 Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis.Bidang kuasa polis

yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan

pelajar-pelajar.Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk

masalah pelajar ini kepada pihak polis.

HIBURAN MELAMPAUWhere stories live. Discover now