HIBURAN MELAMPAU?????

22 1 0
                                    


Hiburan yang bercanggah dengan ajaran Islam, terutamanya hiburan yang mempunyai

unsur-unsur khurafat, syirik dan bidaah.

 Hiburan yang tidak membataskan atau mengamal percampuran antara lelaki dan

perempuan dalam satu tempat berlakunya hiburan tersebut. Ini akan menyebabkan

berlakunya pergaulan bebas terlampau antara lelaki dan perempuan tanpa ada segan silu,

duduk berlaga bahu, sentuh menyentuh dan sebagainya yang kita lihat pada setiap konsert

atau persembahan muzikal. Ini semua pasti membawa kepada zina dan dosa besar.

 Hiburan yang tidak menitikberatkan masa atau waktu ibadat seperti diadakan program

ketika waktu azan atau hampir dengan waktu beribadat. la juga membuang masa untuk

jangka waktu yang yang panjang.

 Hiburan yang tidak ada di dalamnya unsur-unsur kebaikan atau nilai tambah melainkan

kelalaian dan kelekaan sehingga sanggup berada di depan televisyen berjam-jam tanpa

rasa jemu atau bosan, dan mereka juga rela menghabiskan wang untuk mengirim sms

bagi mengundi bintang-bintang pujaan mereka.

AKHLAK

          Akhlak dari segi bahasa, berasal daripada perkataan 'khulq' yang bererti perilaku, perangai

atau tabiat. Manakala akhlak dari segi istilah, menurut Imam al-Ghazali, "Akhlak ialah suatu

sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah

tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu."

          Menurut Ibnu Maskawih, "Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk

melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu."

         Menurut Profesor Dr Ahmad Amin, "Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia akan

menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan."

HIBURAN

Hiburan merupakan persembahan atau kegiatan yang direka bentuk untuk memberi nikmat

kepada penonton, contohnya untuk permainan computer, "penonton" mungkin hanya seorang

sahaja. Para penonton boleh menyertai hiburan secara pasif, umpamanya menonton opera atau

secara aktif seperti dalam permainan computer. Industry yang membekalkan hiburan digelarkan

industry hiburan.

Pada umumnya, bermain dan membaca serta penghargaan seni tidak dianggap sebagai

hiburan tetapi tergolong dalam rekreasi kerana hiburan biasanya memerlukan pembekal

persembahan dilihat oleh penonton, kecuali dalam permainan computer.

REMAJA

Secara amnya, dalam melalui proses kehidupan ini, manusia melalui tiga peringkat

perkembangan yang utama iaitu kanak-kanak, remaja dan dewasa. Tiap – tiap peringkat

mempunyai ciri perkembangan psikologikalnya yang tersendiri. Apabila melangkah di alam

remaja, seseorang individu itu akan mempelajari cara – cara menyesuaikan diri dengan alam

sekelilingnya.

Waktu remaja adalah waktu yang amat kompleks. Pelbagai jenis masalah seperti perubahan

pada diri, perubahan mental, percubaan-percubaan dalam hidup dan pelbagai bentuk lagi berlaku

pada waktu ini. Masa remaja dikatakan zaman yang menimbulkan pelbagai konflik yang

menyebabkan tekanan jiwa kepada individu. Hal ini kerana seseorang remaja gemar mencuba

sesuatu yang kadang-kala bertentangan dengan norma sosial masyarakat.

HIBURAN MELAMPAUWhere stories live. Discover now