PENGARUH RAKAN SEBAYA
Menurut kajian, ketika usia remaja, seseorang itu lebih rapat dengan rakan sebaya
berbanding keluarga.
Para remaja ini akan saling cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk
melakukan sesuatu, walaupun mereka tahu perkara itu salah.
Pengaruh rakan-rakan mengenai pandangan hidup yang mementingkan
keseronokan atau kesenangan hidup.
KESIBUKAN IBU BAPA
Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi orang
yang berguna, tetapi, kesibukan mereka menghalang mereka untuk menjalankan
tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.
Kesibukan ibu bapa juga menghalang mereka untuk mengambil tahu aktiviti
anak-anak dan seterusnya membiarkan anak-anak bebas melakukan apa sahaja
tanpa pengetahuan termasuklah melakukan aktiviti yang salah.
Oleh itu, anak-anak akan terumbang ambing dalam dunia mereka dan seterusnya
akan sesat dan memilih jalan yang songsang.
PENGARUH MEDIA MASSA
Media massa ini banyak memberikan kebaikan, tetapi juga boleh mempengaruhi
sesorang terutamanya golongan remaja ke arah yang negatif secara diam.
Cerita-cerita yang berunsurkan keganasan malah seks banyak ditayangkan oleh
media massa.
Certa-cerita sebegini dapat mempengaruhi dan merangsang remaja untuk meniru
aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya keruntuhan akhlak remaja
SIFAT SEMULAJADI REMAJA
sifat semulajadi remaja juga senantiasa ingin mencuba sesuatu yang baru.
pada awalnya niat mereka hanyalah untuk mencuba, tetapi lama-kelamaannya
mereka akan ketagih dan terus terjebak ke dalam aktiviti haram itu.
Remaja yang ketagih akan melakukan apa sahaja termasuk melakukan jenayah
untuk melakukan aktiviti haram itu dan seterusnya menyebabkan akhlak mereka
bertambah rosak.
KURANG DIDIKAN AGAMA DAN MORAL
Hal ini disebabkan ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi dan
kedudukan sehinggaka mereka alpa terhadap perihal anak-anak mereka
anak-anak mereka tidak mendapat didikan agama yang secukup ole ibu bapa
mereka.
Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat membezakan perkara baik dan buruk
terhadap perbuatan yang mereka lakukan.
ibubapa perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak mudah terjebak
ke dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.