HUKUM HIBURAN

21 1 0
                                    


Allah berfirman dalam surah Lokman ayat ke 6 :

"Dan di antara manusia (ada) yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna

untuk menyesatkan (manusia) dari agama Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan agama

Allah itu sebagai ejekan. Mereka berhak menerima azab yang hina."

'Sebahagian ulama tafsir berpendapat bahawa "laghwa al-hadith" yang terdapat dalam

ayat ini bermaksud nyanyian. Beberapa fatwa seperti Imam Al Ghazali berpendapat bahawa

mendengar nyanyian adalah harus dan ada yang sunat. Selain itu, ada yang haram.'

Firman Allah di dalam surah al – Jumaah ayat 11 :

Maksudnya: Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (

yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya

dengan meninggalkan engkau berdiri ( diatas mimbar- berkhutbah). Katakanlah (Wahai

Muhammad:Pahala-balasan) yang ada disisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang

dagangan itu, dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.

HIBURAN MELAMPAUWhere stories live. Discover now