8

1.7K 185 75
                                    

Aku menunggu kepulangan Yohan , tah lah cuma pelik tiba tiba ja dia kemas baju dia keluar macam tu ja . Tanya sepatah jawab sepatah lepastu tak balik rumah . Bukan nak bagitau yang tidur sana

Aku tunggu macam orang gila kat sini . Entah apa lah dia buat dekat sana . Selalunya kalau balik dorm mesti dia akan cerita apa jadi dekat dorm

Haishh aku ada buat salah ke . Sampai dia berdingin dengan aku semalam

Tuk! Tuk!

Perlahan aku bangun pergi buka pintu . Sungguh panjang umur dia . Baru ja sebut dah muncul depan mata . Ilmu apa dia pakai ni

Aku peluk erat dia kerana rindu . Nak minta maaf tapi muka dia tegang . Member yang lain juga pandang aku serius dan sayu

"Lepaskan aku lah perempuan"

Yohan tolak aku ke belakang , perut aku pegang sudahlah sakit ditolak haritu tak hilang lagi tambah pula dia tolak aku

"Yo-yohan kenapa ni , saya ada buat salah dengan awak ka sampai awak marah macam ni"

Mereka semua masuk ke dalam rumah aku

"Siapa budak dalam perut kau ni?"

"Anak awak lah"

"Ini apa? Kenapa dalam ni tulis budak dalam perut kau ni anak Jinhyuk?! Hah?!"

Dia lemparkan Ujian DNA tu ke arah muka aku . Aku jujur , aku taktau apa yang jadi sebenarnya . Kenapa tiba tiba dia nak nafikan yang baby ni bukan anak dia . Habis dia layan aku elok selama ni tak ikhlas? Ciuman dia?

"Saya tak faham apa awak cuba cakap ni"

"Kau nak bodohkan aku ke? Kau dah bebas diri kau dekat luar sana then sedap kau cakap ini anak aku? Eh murahnya kau!"

"Yohan!" - Seungwoo

Pang!

Ya , aku tampar dia . Biadap! . Dia cuba hina aku ke? Dia cakap apa? Aku murah? . Ini anak dia . Dia yang buat sekarang dia cakap aku murah . Iblis mana hasut dia ni

"Awak jangan sesekali cuba hina saya Kim Yohan . Sumpah! Saya sendiri dapatkan ujian dna tu di hospital . Kenapa situ ada nama awak? Kenapa tiba tiba Jinhyuk? . Saya sedar diri saya siapa . Tapi awak tak perlu hina saya sampai macam ni sekali"

"Habis ini benda apa? Tisu? Aku suka suka nak cetak benda bodoh ni? Ujian DNA kau tu palsu!"

"Mana awak tau? Awak suka dengar mulut orang dari isteri awak sendiri? Sekali lagi saya sumpah dengan awak Kim Yohan kalau betul ini bukan anak awak saya jujur saya tak tahu siapa yang buat saya mengandung . Yang saya tau saya dapatkan ujian dna ni memang keluar nama awak"

Penat , aku penat nak bertengkar . Memalukan . Aku malu dengan kawan kawan dia dengan semua orang yang ada dalam rumah ni . Dengan omma .

Dang! . Pintu rumah aku dibuka oleh Jinhyuk kuat . Dia kelihatan berpeluh dengan penat . Mungkin dia lari naik tangga . Teruk dia peluh

Dia masuk dan dekatkan diri dia dengan kami . Maksud aku , aku dan Yohan

"Yohan , Nia tak salah . Aku , aku yang salah . Aku yang mengandungkan Nia . Ujian DNA yang Nia dapat tu palsu . yang kau pegang itu ujian yang betul . Aku minta maaf aku---"

Buk!

Yohan menumbuk muka Jinhyuk . Mukanya merah dek kerana menahan amarah yang melampau . Aku cuba tenangkan keadaan tapi aku perempuan mana mampu nak menolak mereka berdua untuk berjauhan

Seungwoo dan Seungyoun jauhkan Yohan dan Jinhyuk .

"Sudahlah!" Jerit aku . Dah lah aku mabuk pembawakan baby ni . Pening kepala

[C] Pregnant ❥ Kim YohanWhere stories live. Discover now