4

2.1K 227 52
                                    

Seminggu berlalu dan setiap hari aku menunggu kepulangan Yohan , call dan mesej tempat aku hilang rindu rasa bersyukur sempat juga dia curi masa untuk bercakap dengan aku , walaupun hanya dalam panggilan

Aku harap harini dia balik atau pun esok tak sabar nak bagitau dia yang kandungan aku sihat . Nak keluar check up dengan dia mesti masalahkan jadi aku pergi dengan omma ja

Happy sangat sangat

Aku duduk di sofa berehat sementara tunggu omma siap masak aku membelek satu satu gambar Yohan dalam telifon aku . Comel pula bila tengok gambar dia . Suami sapa lah kan? Haih

"Rindunya saya kat awak Yohan , cepatlah balik nak peluk nak bau wangi awak"

TV yang menayangkan rancangan Produce X 101 ini aku tengok disaat nama Yohan diumumkan rank no 1 aku tersenyum kecil dan bangga . Jujur sebenarnya bias aku bukan Yohan tapi Seungwoo haha

Nak jadi ceritakan tuhan temukan aku dengan Yohan . Dulu aku selalu ja pasang angan angan nak berkahwin dengan Seungwoo tapi tulah jadi isteri Yohan .

Aku sendiri pun tak sangka . Apatah lagi orang luar sana kan?

"Nia omma dah siap masak ni nanti nak makan , makanlah ya , omma nak berehat kejap apa apa panggil omma ya"

"Baik omma"

Tuk!tuk!

Aku bangun pergi buka pintu seorang yang sangat aku rindui dah balik . Yohan . Bunny smile dia ah jjinja . Dia peluk aku dan cium umbun aku hah rindunya pelukan ni

Seminggu lebih ja kot dia keluar kerja . Tapi rasa rindu ni macam setahun dia takda . Kalau boleh nak ja dia ada dengan aku selalu tapi tulah dia kan k-idol busy selalu

Dia datang seorang kalini beg dia aku letakkan dalam bilik mungkin tidur sini . Omma baru keluae dari bilik itu memandang Yohan lama

Dia dekati Yohan . Tangannya angkat seperti ingin menampar Yohan . Tapi tak dia usap pipi menantu dia lembut dengan senyuman tak mampu nak ungkap

"Terima kasih jagakan anak omma"

Yohan terdiam memandang aku . Mungkin aku dah langgar syarat dia tapi naluri seorang ibukan? Boleh tahu apa yang jadi dekat anak dia . Takkan lah aku nak rahsiakan sudah lagi terang aku ni nampak berisi .

Memanglah berbadan dua . Aku menarik yohan duduk di sofa bersama .

"Awak marah saya bagutau omma?" Yohan menggeleng . Aku mengeluh kecil . Pelik

"Habis tu? Kenapa taknak cakap?"

"Aku tak sangka omma kau tak marah . Aku ingat bila kita rahsiakan dia akan marah kau"

"Taklah dia okay"

"Appa kau mana?"

Kalini aku pula terdiam . Appa? Aku ada bapak ka? Huh sesungguhnya aku benci sekali nak ingat kejadian lepas . Menyakitkan hati

"Dia? Entah"

"Hey , ada masalah ke?"

"Takdelah . Eh awak mandi ya? Omma dah masak nanti kita makan sama sama"

Aku dan dia berjalan masuk ke dalam bilik . Dia masuk je ke dalam tandas aku sediakan pakaian dan terus duduk di atas katil

Termenung

Soalan Yohan tadi ingatkan aku pada appa . Kejam . Perbuatan dia pada omma dan aku segar di ingatan dia curang dengan omma kemudian dia buang kami dari rumah

Omma ja selama ni kerja keras cari duit besarkan aku . Peritnya rasa kalau aku duduk tempat omma waktu tu

Klak! Pintu tandas dibuka menandakan yang Yohan dah habis mandi . Tuala dia pakai paras pinggang dengan air yang mengalir dari atas rambut sampai ke dada

Omg dia goda aku ke ni.

Aku hulukan t-shirt dan tracksuit adidas hitam putih . Aku menoleh ke arah balkoni taknak lah tengok dia pakai baju nanti tergoda 2.0 anyonyo

Selesai dia pakai baju aku dan dia bergerak ke meja makan untuk makan malam . Yelah Yohan sampai rumah pun dah petang . Mandi semua jadilah malam kan

Aku bubuh nasi ke dalam magkuk dan berikan chopstick . Aku makan bubur je . Tak lalu nasi keras . Lauk lauk pun tak lalu

Aku suapkan sesudu bubur ke dalam mulut . Erm sedap! Air tangan ibukan biasalah

"Yohan tidur sini ka malam ni?"

"Ah ya omma . Kalau ikutkan nak bawa kawan sekali tapi saya takut Nia tak selesa jadi saya datanglah sorang kesian dia rindukan saya"

Di hujung ayatnya itu terdengar gelakan kecil . Oh comel . Omma mengangguk dan makan .

"Nia ni manja sikit Yohan biasalah anak tunggal . Maaflah kalau dia mengada dengan kamu ke apa"

"Tak apa omma , saya suka . Manja lah comel"

Malu kucing aku dibuatnya haih omma ni . Yohan dan omma ketawakan aku yang tengah malu ni

Selesai makan malam kami masuk ke dalam bilik . Omma bagi masa untuk aku hilangkan rasa rindu . Omma macam biasalah layan Kdrama dia tu

"Kau rindu aku kan meh la sini"

Aku pergi duduk di sebelah dia yang berbaring itu . Dia letakkan kepala dia atas peha aku . Comel . Aku main main rambut hitam dia

"Aku minta maaf kalau tak banyak masa degan kau Nia"

"Takpa , saya faham awak kerja . Lagipun Saya dan baby ni banyak menyusahkan awak"

Yohan terus bangun duduk menghadap aku . Dia menggeleng kecil . Pipi aku dia usap perlahan

"Kenapa cakap macam tu? Kau tak penah menyusahkan aku pun . Aku suka tengok kau bahagia . Aku suka tengok kau senyum sebab aku"

"Tapi saya banyak bazirkan masa awak . Yelah awak kena kerja kemudian tumpu pada saya pula tak ke menyusahkan?"

"Hey takpa itu memang tanggungjawab aku sebagai suami dan ayah . Aku nak kau dan anak aku ni kenyang makan . Happy dan selesa"

"Terima kasih Yohan"

"Yah sama sama"

Tangan Yohan pegang perut aku . Muka dia nampak gembira bila rasa yang perut aku macam besar dari sebelum ni

"Anak papa"

"Eh bukan appa ke?"

"Saya tukar lah dia panggil saya papa awak pula dia panggil Ibu nak?"

"Baby sihat tau"

"Jjinja aigooo anak papa sihat ya?"

Aku ketawa kecil dan mengangguk dia cium sekilas perut aku .

Tuhan terima kasih benarkan aku rasa bahagia ini dengan suami yang paling aku sayang . Terima kasih hadirkan dia dalam hidupku

Kerana tanpa dia siapalah aku . Tanpa dia aku tak mungkin rasa bahagia seperti sekarang . Kau hadirkan aku lelaki yang baik , manis , sopan dan bertanggungjawab

Terima kasih ")





Haiii!! Update lagi . Hm seronok kan dapat husband macam Yohan . Dont forget to comment and vote gaesh ❤️

[C] Pregnant ❥ Kim YohanWhere stories live. Discover now