MAAF, SAYA TAK SENGAJA - BAB 4

442 4 0
                                    

"ENCIK IQBAL nak ke mana ni? Tak nak makan tengahari dulu ke?" soal Mak Melor di dapur sebaik sahaja melihat Faiz Iqbal berpakaian segak dengan kemeja putih bertali leher merah.

Apabila bertemu dengan klien atau menghadiri mesyuarat, Faiz Iqbal lebih selesa mengenakan tali leher berwarna merah. Merah melambangkan 'penguasaan'. Penguasaan untuk memonopoli sesuatu keputusan. Itu prinsip Faiz Iqbal.

"Saya nak keluar kejap. Nak jumpa client." Faiz Iqbal mendekati Mak Melor yang sedang menanak nasi.

"Hari cuti macam ni pun nak jumpa client ke? Rehatlah sikit."

"Kerja macam saya ni tak boleh rehat Mak Melor. Sebab setiap peluang yang ada saya mesti rebut. Kalau tak, melepas ke tangan orang lainlah jawabnya. Mmmm...Mak Melor masak apa hari ni?" Faiz Iqbal mengintai dibawah tudung saji. Kembang kempis hidungnya mengambil bau.

"Hari ni istimewa sikit. Mak Melor masak asam pedas ikan pari. Dulu, masa kecik-kecik Encik Iqbal suka makan lauk ni."

"Betullah tu... ingat lagi Mak Melor ye. Tapi, tengahari ni saya ada lunch dengan client. Balik nanti baru saya makan," balas Faiz Iqbal. Mengosok-gosok perutnya yang berkeroncong.

"Balik nanti mesti Encik Iqbal dah kenyang. Sempat lagi ke nak makan?"

"Sempat je. Lagipun, siapa yang boleh tolak asam pedas Mak Melor. Asam pedas yang betul-betul legend. Sampai menyentap, tersentap gitu!" puji Faiz Iqbal sepenuh hati. Mak Melor membalasnya dengan senyuman.

"Petang ni Mak Melor baliklah awal. Tak payah tunggu saya. Saya balik lewat sikit," pesan Faiz Iqbal.

"Iyalah," jawap Mak Mak Melor.

Faiz Iqbal meninggalkan kondominium mewahnya. Menuruni lif menuju ke tempat parkir di aras bawah tanah. Langkahnya bersahaja. Membuka pintu kereta tanpa sebarang perasaan curiga. Tidak menyedari dua pasang mata lelaki sedang memerhati. Dua orang lelaki yang bertubuh besar didalam sebuah kereta bercermin gelap itu hanya menunggu masa yang sesuai untuk menyergah.

"Macam mana nibro? Nak tunggu lagi ke? Dah seminggu kita follow mamat ni. Aku dah tak tahan ni. Tangan aku dah gatal ni nak pandu uji kereta dia tu," luah lelaki ditempat duduk pemandu.

"Sabarlah brader. Sikit lagi. Kita bagi dia makan umpan dulu... bila dah ngap, baru kita sentap," kata lelaki bertopi hitam.

"Umpan?" soal lelaki ditempat duduk pemandu dengan wajah yang berkerut-kerut.

"Kau ni bengonglah. Kita tunggulah sampai dia lalu kat jalan sunyi ke apa. Macam selalu, bila dah clear... barulah kita mula projek. Itu pun kau tak boleh fikir ke?!" hambur lelaki bertopi hitam itu. Susah melayan rakan subahat yang berfikiran agak kurang cerdik. Tak ada pendirian dan taktik sendiri. Payah!

"Aku tahulah! Kau guna ayat berbunga-bunga sangat. Manalah aku nak faham. Apa-apa pun, otak kau memang bergeligalah." Sambung kawannya dengan ketawa.

"Bergeliga-bergeliga jugak.Kau gerak sekarang! Nanti melepas pulak."Mereka mula bergerak keluar dari kawasan parkir. Mengekori punggung kereta Faiz Iqbal yang mula meninggalkan kawasan parkir. Kali ini mereka mesti berjaya. Tiada lagi belas kasihan.

Selang beberapa minit memandu, Faiz Iqbal menerima panggilan telefon. Menghentikan kenderaannya dibahu jalan. Keadaan di sekeliling nampak sunyi dan agak lengang.Hanyabeberapa buah kenderaan sahaja yang kelihatan melintasi jalan tersebut.

Maaf, Saya Tak Sengaja - Akira DorayakiWhere stories live. Discover now