MAAF, SAYA TAK SENGAJA - BAB 6

372 2 0
                                    

SUZY tidak mampu menahan ketawa lagi. Membetulkan kedudukan punggungnya diatas sofa. Perutnya ditekan berkali-kali. Geli hatinya dengan cerita yang disampaikan oleh Aina Cempaka. Air matanya tidak henti-henti mengalir kerana ketawa yang terlalu banyak. Terhibur pada malam ini dengan cerita lucu Aina Cempaka setelah berpenat pulang daripada kerja.

"Itulah kau...nasib baik tak kena pecat. Kalau tak meloponglah kau." Suzy menyambung ketawa lagi.

"Bukan main suka lagi kau kan? Nanti kalau kena kat batang hidung sendiri baru tau. Masa tu, aku pulak yang jadi pak gelak. Mmmm... macam mana tu?" pintas Aina Cempaka. Tidak puas hati.

"Okey, okey. Aku mintak maaf.Tak tahan la dengar cerita kau ni. Kelakar sangat."

"Kelakarlah sangat," cebik Aina Cempaka.

"Bos kau mesti handsome kan?" Suzy tersenyum nakal.

"Handsome macam mana pun tak guna, kalau tak ada budi bahasa. Aku mengaku... kadang-kadang aku pun terbiadap jugak. Tapi, tahap kebiadapan dia perhhh... lagi dasyat daripada aku tau. Ingat tak masa first time aku jumpa dia kat dalam lif hari tu? Siap jeling aku lagi kot. Lepas tu kat dalam office tadi, pandai pulak dia pulangkan paku buah keras kat aku. Ajuk gaya aku bercakap. Teruk betul lah!"Aina Cempak melahirkan rasa tak puas hati. Bengang sungguh.

"Memanglah...dah kentut bau macam telur tembelang. Siapa yang tak termuntah. Kalaulah aku jadi dia, aku kuarantinkan je kau ni," tambah Suzy lagi.

"Ketawalah kau banyak-banyak. Kalau terburai isi perut kau tu nanti... baru tau," rungut Aina Cempaka.

Telefon bimbit Aina Cempaka berdering diatas meja. Mula tersenyum sebaik sahaja nama ibunya terpapar pada skrin telefon bimbit sebagai pemanggil. Dapat bersembang bersama Mak Safiah semalaman pun tak mengapa. Mendengar suara itu sudah cukup membuatkan Aina Cempaka rasa gembira.

"Maaflah mak... minggu lni Cempaka tak sempat nak balik kampung. Busy sikit dengan kerja. Inyaallah, hujung bulan ni Cempaka balik jengguk Mak. Rindu rasanya nak makan buah-buahan kat kampung," nada suara Aina Cempaka kedengaran riang. Membaringkan tubuhnya di birai katil.

"Baguslah kalau macam tu. lagipun sekarang ni memang dah musim buah. Pokok rambutan kat dusun kita tu nampaknya dah merah. Durian pun dah mula nak luruh."

"Bestnya... tak sabar rasanya nak memanjat," tawa Aina Cempaka.

"Ke situ pulak perginya. Nanti kalau jatuh siapa nak tolong? Cempaka... kamu tu dah besar panjang. Dah boleh jadi bini orang dah... tunggu masa je nak kahwin. Ni calon dah ada ke belum?"

"Apalah mak ni... Cempaka malaslah nak fikir benda ni semua." Soalan itulah mahu dihindari oleh Aina Cempaka.

Kalau boleh, dia tak mahu Mak Safiah mengungkit lagi perkara ini. Salah ke kalau orang perempuan tak kahwin? Mengapa perlu nak difikirkan kata-kata orang? Orang yang tak kahwin itu dia.

Lagipun, Aina Cempaka bukannya menyusahkan sesiapa. Dia bahagia dengan cara hidup begini. Jadi, tak salah rasanya jika dia membina kerjaya hidupnya hidupnya terlebih dahulu.

"Malas, malas. Itu je jawapannya. Mmmm... mak cuma risaukan kamu je. Sampai bilalah nak hidup membujang. Nanti kalau mak dah tak ada, siapa yang nak jaga kamu?"

"Mak... sudahlah tu." Aina Cempaka cuba mengalih tajuk. Sememangnya dia tidak mahu persoalan jodoh menjadi perbualan utama antara mereka. Biarlah perbualan kali ini lebih tertumpu mengenai hal mereka berdua sahaja. Sekali-sekala dapat mengimbau masa lalu pun bagus juga. Tidaklah Aina Cempaka berasa bosan.

Maaf, Saya Tak Sengaja - Akira DorayakiWhere stories live. Discover now