SAAT KAU JAUH - BAB 3

136 0 0
                                    

Seminggu berlalu

Ikhwan menjenguk kepala ke dalam kereta sebelum mengucup pipi Narisha. Dia ketawa tika wanita itu membalas dengan menepuk pipinya manja. Cermin kereta yang gelap melindungi perbuatan kotor mereka. "See you later, honey.. nanti I datang rumah you, okey". Bisik Ikhwan.

Pintu kereta ditutup dan dia melambai-lambai ke arah Narisha yang sudah masuk ke perut kereta.

Ikhwan menghirup udara segar di KLIA sebelum mengerling kereta mewah Toyota Alphard yang berhenti betul-betul di hadapannya.

Seorang lelaki yang agak berumur keluar dari perut kereta.

"Tuan Ikhwan Fazail, ya. Datuk arahkan saya bawa tuan balik. Mana bagasi tuan?". Ujar lelaki itu.

"Ehm.. saya tak bawa balik bagasi..beg galas je". Katanya malas. Urat sarafnya terasa bagai nak putus duduk di dalam kapal terbang berjam-jam lamanya.

Pintu kereta dibuka. Ikhwan mengangguk sebelum melangkah ke seat belakang.

"Uncle.. ni kereta baru ma ke?". Soalnya bersandar senang. Dari dulu lagi memang Ikhwan memanggil semua pemandunya dengan gelaran Uncle. Lebih sopan katanya.

"Tak tuan..ni kereta syarikat. Datuk.."

"What..? Company punya..oh God..ma ni geramlah.. Ni mesti nak suruh pergi kat company ni". Ikhwan mencebik. Tangan sudah menyeluk saku, mengeluarkan handset. Pantas nombor didail.

"Helo ma..."

"Welcome back, honey.."

Ikhwan terbeliak apabila terpandangkan Datuk Umaira yang sedang tersenyum di sebelah tempat duduk pemandu dengan telefon di telinga. Aduh! Macam mana boleh tak perasan ni?

"Maaaaa.....". Ikhwan terjerit gembira. Kakinya sudah menghentak-hentak di bawah lagak anak kecil.

Datuk Umaira ketawa sakan melihat wajah cemberut Ikhwan. Ciuman Ikhwan di pipi dibalas mesra. Anak lelaki kesayangannya itu tidak berubah sedikit pun. Rasanya baru semalam dia melihat Ikhwan bertatih di atas permaidani dan hari ini anak itu sudah besar panjang. Senyum di bibirnya hilang tatkala dia teringat segala kegembiraannya mengenai Ikhwan hanya dikongsi seorang diri. Hanya dia sahaja yang merasai perasaan itu. Sepatutnya ada insan lain yang turut menikmati keindahan itu. Insan yang tegar meninggalkan dirinya saat Ikhwan baru tiga bulan berada di rahimnya.

Sampai sahaja di Mahlihgai Impian, Ikhwan berlari turun. Dia ketawa geli hati apabila Datuk Umaira menggeletek pinggangnya. "Ma...geli lah. I have a story for you Ma".

Datuk Umaira menghentikan perbuatannya. Dia angkat kening. "What? You already have a girlfriend?".

"Huh?". Ikhwan terkejut. Mana ma tahu ni? Jangan-jangan ma nampak aku cium Risha tak? Mati!

"So..betul la..ma teka je... Then, tell me..? Siapa perempuan yang nak jadi permaisuri di Mahligai Impian kita ni?".

Ikhwan tersenyum lega. Nasib baik! "Yup ma.. Nama dia Ayu Narisha binti Abdul Rahman. Esok Ikh nak pergi rumah dia boleh ma? By the way, bila ma nak kenalkan Ikh pada staf NUR Holdings?".

"Amboi baru sehari balik rumah, dah nak pergi rumah girl dia. Anyway, kalau nak bercinta, ma tak marah.. Cuma ingat satu benda saja, jangan buat benda tak senonoh dengan anak dara orang. Ma tak suka. Jangan suka-suka nak ajak atau ikut your girl balik kondo or whatever. Understand, honey?". Datuk Umaira lembut menasihati sambil jari-jemarinya membetulkan tudung di kepala.

Ikhwan terasa liur yang ditelan seakan-akan pahit. Aduh! Memang kena batang hidung. "Ala ma.. Ikh bukannya jahat camtu la. Tapikan, boleh tak ma terangkan contoh perbuatan tak senonoh yang lain...?". Ikhwan gelak jahat.

Saat Kau Jauh - Izz JajaWhere stories live. Discover now