SAAT KAU JAUH - BAB 10

516 1 0
                                    

Ikhwan yang sudah bersiap-siap mahu pulang ke Mahligai Impian tercengang melihat pintu villa ditolak dari luar. Narisha terpacak di situ. Muka Narisha kelihatan agak sembab, mungkin menahan rasa mengantuk.

"Sayang....I betul-betul minta maaf". Narisha bersuara manja.

"I ingat you dah balik". Ikhwan lega. Nampaknya Narisha tidak tahu apa-apa.

"No.. kenapa pula I nak balik? Ikh, sebenarnya macam ni...semalam ada sekatan jalan on my way back to villa. And you guess what.. I tak bawak my ic and license. Jadi, I terpaksa pusing balik ke rumah kawan I. I nak call you but handphone I dah habis bateri. Pening I semalam. Sorry Ikh, I dah rosakkan semua rancangan kita". Wajah Narisha kelihatan seperti mahu menangis.

Ikhwan tiada pilihan lain kecuali mengukir senyuman. Kalaulah Narisha tahu apa yang cuba dilakukan pada Ana, apa agaknya reaksi wanita itu? Kesian pula pada Narisha yang bersusah payah semalam sedangkan dia langsung tidak mengendahkan apa yang telah menimpa Narisha.

"Dah la.. lupakan sahaja. Tapi apa kata kita balik je? Why don't kita sambung honeymoon kita di UK. I dah bosan tunggu you semalam". Dagu Narisha dicuit dengan hujung jari.

"Okey". Tangan Ikhwan dicapainya. Namun Narisha terdiam tika teringatkan sesuatu.

"Ana? Mana hantu tu? Ni mesti sedap-sedap tidur ni...". Muka Narisha merah.

Ikhwan gusar. "Err...Ana.Dia dah bal...".

"Dah! Biar I cari dia". Genggaman tangan Ikhwan dilepaskan. Belum sempat Ikhwan berkata apa-apa, dia sudah membuka pintu bilik di ruang tamu. Ikhwan mengekori langkah Narisha.

"Ana....!!!". Nyaring suara Narisha memekik memanggil adiknya. "Kurang ajar kau ya!".

Ikhwan terpaku di tempatnya sewaktu Narisha menuju ke arah Ana. Dia merenung Ana yang masih lengkap bertelekung putih. Sangkaannya yang mengatakan Ana sudah pergi ternyata silap sama sekali.

Ana terpisat-pisat bangun. Tamparan kencang di pipinya terasa perit. Pipi diusap lembut. "Kak Risha!". Ana terketar-ketar.

"Apa!!?". Narisha membuntangkan mata. "Hei bodoh, aku bawak kau ke sini suruh buat kerja, bukannya tidur. Kau ni memang suka buat tahi mata kan? Patutlah ayah dan ibu bencikan kau. Kau ni memang menyakitkan hati aku je!!". Telekung direntap kasar. Rambut Ana yang panjang mengurai ditarik tanpa belas. Seketika kemudian, kepala Ana dihantuk berkali-kali ke bucu katil.

Ana tidak mampu untuk mengeluarkan sepatah kata pun. Sesungguhnya, kesakitan yang dirasai pagi ini hanya sedikit sahaja dari apa yang dilaluinya semalam. Urat kepalanya terasa hampir pecah.

Ikhwan seakan berada di awang-awangan. Tidak percaya Narisha tergamak bertindak sejauh itu. Darah merah pekat dari kepala Ana yang langsung tidak bertenaga untuk melawan buat dia panik.

"Risha no!!". Teriak Ikhwan kuat. Tangannya mencengkam pinggang Narisha. Sesaat kemudian, dia mengangkat tangan.

"I said no!!". Tamparannya hinggap kasar di pipi mulus teman wanitanya.

Narisha ternganga. "You...bela perempuan ni dan tampar I, Ikh? How could you?". Narisha memukul dada bidang Ikhwan berkali-kali. Seketika pula, dia memegang pipinya yang perit.

"Tak, I tak bela dia but then yes I tampar you. Look Risha, look. She is dying. You nak bunuh dia ke?". Tegang suara Ikhwan. Jari telunjuknya dihalakan ke arah kepala Ana.

Pandangan Ana berpinar-pinar. Raut wajah Narisha pucat. Pernyataan Ikhwan menggigit ulu hatinya. Mana tahu kalau Ana meninggal dan dia dihukum penjara seumur hidup atau dikenakan hukuman gantung sampai mati? Tidak! Dia tidak sanggup.

Saat Kau Jauh - Izz JajaWhere stories live. Discover now