SAAT KAU JAUH - BAB 8

155 0 0
                                    

Ikhwan menutup pintu kereta. "Cantiknya tempat ni sayang. Memang sesuai untuk kita". Ujar Ikhwan. Ikhwan garu pelipis. Dia telah menipu Datuk Umaira kononnya dia hendak menyewa hotel. Ma.. sorry.

Udara segar di villa milik keluarga Narisha itu sungguh menyamankan keadaan.

Narisha jongket bahu. "Come".

Mereka melangkah masuk. Sekali lagi Ikhwan terpegun. Hiasan dalaman villa bertemakan ala Barat dengan dekorasi bunga-bungaan nampak indah di matanya.

"Sayang, inilah bilik kita". Narisha membuka pintu bilik utama. Luas! Terdapat King bedroom di tengah-tengah ruang bilik. Dua buah almari kaca di sudut kiri dan meja empat segi di hadapan sofa yang menjadi port rasmi untuk menonton televisyen Hi-Tech.

"All are perfect kecuali environment villa ni. Berhabuk dan kita tak ada makanan". Ujar Ikhwan sambil memeluk Narisha yang duduk santai di sofa.

"Betul juga tu. Dah nak dekat asar ni. Kalau nak beli makanan gerenti tak sempat. Lagipun jauh juga restoran. Ah wait!". Narisha petik jari. Dia sudah dapat idea. Dengan pantas dia berlari keluar untuk mendapatkan telefonnya.

Ikhwan membiarkan sahaja. Dia menguap. Matanya menatap syiling. Fikiran Ikhwan hanyut dan dia akhirnya tenggelam dalam lena.

"APASAL kau datang lambat sangat, hah?". Tengkingan suara dari luar memeranjatkan Ikhwan. Terpisat-pisat dia bangun. Hish, Risha ni.. memekak je kerjanya. Eh, tapi dia marah siapa tu? Ikhwan sudah berjalan dan membuka pintu bilik. Terpaku seketika menatap Ana. Apa pula yang dibuat di sini?

Ana terkebil-kebil dimarahi Narisha.

"Aku cakap dengan kau ni, kau pekak ke?".

"Er...tadi jalan sibuk. Sebab tu la Ana lewat. Lagipun tadi pergi pasar dulu beli barang dapur nak bawak ke sini".

Narisha bercekak pinggang. "Banyak la alasan bodoh kau. Kau dengar sini hantu, aku suruh ibu hantar orang gaji iaitu Mak Mi bukan kau tapi kau pulak yang datang. Kau bersihkan villa yang berhabuk ni. Lepas tu masakkan aku dinner. Cepat sikit. Aku dan Ikhwan dah kebulur ni tau. Nanti aku panggil teksi hantar kau balik".

Ana tercengang. Ikhwan! Dia mengangkat muka. Matanya bersabung pandang dengan renungan tajam Ikhwan yang menakutkan. Ana meneguk liur. Peristiwa semalam masih segar dalam ingatannya.

"Apa lagi yang kau tercegat kat situ? Pergi la buat kerja kau. Bersihkan bilik aku dengan Ikh dulu". Arah Narisha dengan muka masam.

Ana berjalan lambat-lambat. Dia perlu melintasi Ikhwan. Narisha ketap bibir. Geram melihat cara Ana berjalan. Bagi Narisha, Ana memang sengaja menyakitkan hatinya.

Narisha terus menolak belakang Ana dengan kasar sekali. Ana terkejut sehingga tidak dapat mengawal imbangan badan. Dia jatuh tersungkur di kaki Ikhwan. Pipinya bertukar merah. Malu.

Ikhwan terperanjat. "Risha, apa yang you buat ni?". Memang dia marah dengan Ana tapi perbuatan Narisha sangat melampau baginya. Ikhwan menjauhkan kakinya yang hampir tercium dek Ana. Ikhwan memegang bahu Ana untuk membantu Ana berdiri. Dia sengih jahat dalam hati apabila merasakan Ana mengeraskan tubuh. Barangkali tidak suka dengan tingkahnya tetapi tdak mampu bersuara.

"Pergi masuk". Arah Ikhwan lalu menutup pintu. "Let her finish her work peacefully, Risha". Ikhwan menyindir Narisha.

Narisha cebik bibir. "Ala Ikh, dia sengaja berlakon la tu. I sakit hati tahu tengok dia jalan lambat tadi. Memang sengaja".

"Risha, dia pun ada perasaan juga. You janganlah asyik nak malukan dia. Kasihan dia, sayang".

"Sejak bila you berpihak pada dia ni?". Narisha panas hati.

Saat Kau Jauh - Izz JajaWhere stories live. Discover now