SAAT KAU JAUH - BAB 6

146 0 0
                                    

ANA menatap cermin tilik di bilik. Perlahan-lahan jarinya mengusap wajah. Ana tersenyum. Nasib baik capuciano itu tidak terlalu panas, sekadar suam-suam sahaja. Tetapi bibirnya masih juga perit dan bawah bibirnya jelas kebiruan. Kesan tamparan kuat Narisha. Teringat amarah Datin Rozilah terhadapnya pada malam kejadian. Bergegar rumah mereka dengan suara singa Datin Rozilah. Syukur, dia tidak dipukul oleh ibunya itu.

Hari ini, dia keseorangan lagi. Mak Mi ke pasar bersama Pak Daud. Narisha pula sudah awal-awal lagi keluar shopping di Sogo katanya. Datin Rozilah pula seperti biasa akan ke pejabat dan balik pukul 5 petang nanti.

Ana menuju ke ruang tamu. Tiba masanya dia membuat kerja rumah pula. Diambil kain yang sudah dibasahkan dari baldi dan dia mengelap cermin rumah perlahan-lahan. Tidak sampai 15 minit, Ana dikejutkan dengan bunyi hon kereta di pintu pagar automatik.

Ana tercengang. Hatinya berdetik risau. Siapa? Dia menjengah keluar. Kereta Mitsubisi Lancer masih tidak henti-henti menyembunyikan hon. Ana takut pula kerana rasanya tidak pernah dia melihat kereta semewah itu. Namun dia bergegas keluar dan menekan punat automatik.

Ikhwan menjengah kepala keluar cermin kereta dan tersenyum pada Ana sebelum menekan minyak. Kereta masuk ke garaj.

Ana terpinga-pinga dengan tindakan selamba Ikhwan. Buat macam rumah dia pulak.

"Hai, Risha ada?". Ikhwan merenung Ana. Tangan menyeluk saku. Dia kelihatan santai dengan T-Shirt Armani berwarna biru gelap dan seluar jean muda.

Ana serba-salah. Dia menggeleng. "Kak Risha pergi shopping? Tak ada orang kat rumah ni. Awak baliklah". Katanya tidak berperasaan. Ana terus melangkah masuk.

Bulat mata Ikhwan mendengar ayat yang sungguh dramatik itu. Giliran dia pula yang tercengang sehingga kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan. Huh? Dia halau aku ke? Berani betul minah ni. Kalau bagitahu Risha sure makan penampar pulak ni. Ikhwan memang datang tanpa memberitahu Risha terlebih dahulu. Kononnya hendak surprise, kini dia pula yang tersurprise dengan gadis yang berwajah hodoh itu. Matanya menatap bawah bibirnya Ana yang jelas kebiruan. Ikhwan tidak pula berhajat hendak mengikut kata-kata Ana. Dia melangkah tanpa rasa bersalah.

Ana terperanjat apabila Ikhwan duduk bersilang kaki di sofa. "Apa encik buat kat sini? Kan saya kata kak Risha tak ada." Dia menghentikan tugasnya.

Ikhwan ketawa melihat wajah gusar Ana. "Cik Nurul Ana, I dah tahu. I call Risha tadi. Dia suruh I tunggu". Bohong Ikhwan, sengaja hendak berlama-lama di situ. Dia pandang Ana.

Ana terdiam. Terperanjat apabila Ikhwan menyebut nama panjangnya. Akalnya bersetuju. Hendak kata apa lagi jika Narisha sudah memberi kata putus.

"So, boleh buatkan air untuk I?". Ikhwan sengih.

Ana mendongak memandang Ikhwan. Ada debar di hatinya. "Encik nak air apa?".

"Tak tahu. Air apa ada kat rumah ni?". Ikhwan berteka-teki.

Ana berkerut. Geram hatinya dengan sikap acuh tak acuh Ikhwan. "Fresh orange, boleh?".

"Ehmm...Fresh apple or fresh lycee ada?". Usik Ikhwan.

Ana merenung Ikhwan. "Apa?".

"Okey...Cik Ana...fresh orange".

Ana terus menghilang ke dapur. Sewaktu melintasi Ikhwan, lelaki itu tidak berkelip memandang tubuh Ana yang dibaluti skirt labuh dan t-shirt berlengan panjang. Cantik! Macam budak sekolah. Desis hatinya. Ehm.. memang budak sekolah pun. Baru tingkatan 5 kot. Suka pakai skirt agaknya budak ni.

Ikhwan meliarkan mata ke sekeliling. Matanya tertancap pada kerusi yang dipanjat Ana untuk mengelap tadi. Dia jatuh kasihan pula. Tak sangka ada ibu yang bencikan anaknya kerana berwajah hodoh. Ikhwan selalu beranggapan semua ibu di dunia ni penuh dengan kasih sayang, seperti Datuk Umaira yang sentiasa membuatkan dia bahagia. Tetapi tidak sangka pula, dia akan bertemu dengan wanita yang begitu malang hidupnya. Kasihan kau jadi orang gaji je.

Saat Kau Jauh - Izz JajaWhere stories live. Discover now