"Hai,cik adik!Boleh saya duduk semeja dengan awak?Meja lain semua penuh."
Si gadis yang agak terperanjat dengan sapaan dari sang jejaka tak dikenali yang muncul tiba-tiba didepannya itu melilaukan kerlingan matanya ke sekeliling untuk seketika bagi mengesahkan kenyataan si jejaka tapi yang didapatinya lain dari apa yang diucap si jejaka.
Wajah si jejaka kembali dia cari pandang bersama riak wajahnya yang seakan tak puas hati turut terlakar sebab rasa seperti telah diperdaya.
"Banyak lagi meja kosong.Tak payah nak tipu saya macam saya ni buta."balas si gadis dingin dan berbaur sindiran buat si jejaka sebelum dia kembali menikmati Brownies cake-nya tanpa menghiraukan si jejaka yang masih berdiri didepannya.
"Saya tak tipulah!Meja lain semua penuh suram tapi kat meja yang cik adik duduk ni je ada cahaya bahagia untuk saya.Jadi sebab tu saya nak duduk kat sini."penuh bersungguh si jejaka berkata bersama senyum kotaknya dilakar mekar buat si gadis.
Si gadis sudah menggeleng kecil dengan ayat mahu memikat sang jejaka.Tak tersangka pula dia.
Wajah si jejaka kembali dipandang.
"Awak nak apa sebenarnya?"soal si gadis,cuba untuk bersabar dengan tingkah si jejaka.Kening si jejaka sudah terangkat,seakan teruja bila dengar soalan balas si gadis.
"Saya nak curi perhatian awak,boleh?"lancar saja bicara tersebut diluncur mulut si jejaka buatkan nafas si gadis hampir hilang sesaat.
Sudah gilakah lelaki ni?Kenal pun tidak,datang saja terus cuba mengayatnya.
"Maaflah,saya tiada masa nak perhatikan awak.Jadi sila pergi."usir si gadis dalam nada yang masih berhemah.Tapi si jejaka terus menarik kerusi yang berada didepan si gadis lalu dia terus duduk disitu bersama senyum petaknya masih ditayang pada si gadis tanpa rasa bersalah.
"Kalau macam tu apa kata biar saya yang terus perhatikan cik adik?Sebab sedari tadi cik adik dah berjaya curi perhatian saya."ujarnya pula buatkan si gadis sudah terhilang bicara.Pulak dah!
Si gadis dah tak jadi nak sambung menikmati keknya malah sekarang ni jemarinya dah mengetuk-ngetuk kecil permukaan meja bagi mencari ayat untuk dibalas balik pada si jejaka asing yang sedang cuba mengayatnya tanpa sebab ini.Dia runsing.
"Awak ni siapa sebenarnya?Awak dari mana?Tiba-tiba saja muncul depan saya,awak kenal saya ke?"soalan demi soalan si gadis cuba luncurkan buat si jejaka bersama hatinya yang turut mempersoalkan hal yang sama tentang si jejaka.Siapa gerangan si jejaka bermulut manis itu sebenarnya?
Tapi kali ini si jejaka menayang senyum manisnya pula buat si gadis.Lantas tangannya menongkat wajahnya diatas meja lalu dia menatap lembut wajah si gadis namun serasa begitu menusuk ke hati panahan mata darinya.
"I am the boy with love but only when I'm with you.I am from the way that we meet and we're stay at.Then,love didn't know their mate fully because love is blind.It is only can found its mate from the signal that it got!Like your smile have give a signal for my heart to still make a heartbeat until now.U got it?"
Si gadis yang dah rasa putus asa dengan jawapan balas yang cukup petah diungkap si jejaka sudah menggeleng kecil ditempatnya bersama senyum pasrahnya dek hatinya agak tercuit dengan ayat-ayat manis si lelaki.Macam-macamlah!Lucu pula dia rasa.
'Pandai betul kau mengayat ya,mat Romeo?'
Desis hati si gadis,pasrah.
-The End-
×××××
TBC
MC:English Language kat atas tu betul ke tidak?Tolong check untuk author yang tak pandai ni boleh?Thanks,supporter!~♥
-J'sMine-
*Jumlah Patah Perkataan:559pp.(terpanjang jugak,sorry)
YOU ARE READING
Coretan 3 Minit[OneShot]
RandomUntuk julung kali Short OneShot ini dibuat oleh authornim,harap readers terhibur dengannya Ada pretty sweet,ada melankolik,ada Blues,ada mistery,suspen...semua digabung dalam satu buku. JUGA,jangan rasa pelik kalau rasa ada terbaca lirik lagu dalam...