Angel Or Devil(Dream Chapter:Magic)ii

36 1 0
                                    


Si jejaka cuba melajukan langkahnya,tapi kakinya terasa berat bagai telah dipaku ke tanah.

Tujuh jejaka berjubah hitam dan enam jejaka bersut putih yang berada tidak jauh dibelakangnya sudah menyungging senyum sinis masing-masing untuknya saat melihat tingkahnya yang seakan masih tak putus asa untuk melarikan diri walau kaki dah tak mampu berlari lagi.

"Baik kau putus asa saja,budak!Langkah kau telah aku kunci dengan mentera.Kau dah tak boleh lari dari kami lagi,selagi kau tak serahkan Crown yang kau miliki tu pada kami!"salah seorang dari jejaka berjubah hitam kembali bersuara dalam pada langkah mereka bertujuh makin menghampiri si jejaka yang masih kaku langkahnya itu buatkan si jejaka makin cuak ditempatnya.

Namun tiba-tiba dihadapan jejaka-jejaka berjubah hitam itu telah terbentang satu dinding ais yang tak berpenghujung menjadi penghalang supaya mereka bertujuh tak dapat mendekati tempat si jejaka pemilik Crown itu berada buatkan mereka saling terpegun seketika ditempat mereka.

"Lain kali nak bersembang tengok kiri belakang juga.Untung kitorang ada Putera Ais,boleh juga kitorang merasa tengok langkah korang dihalang oleh kitorang.Betul tak,Black Angel?"

Giliran salah seorang dari jejaka bersut putih pula yang bersuara pada jejaka-jejaka berjubah hitam dalam pada sengih sinisnya diukir lebar buat mereka,seakan sedang mengejek.

Jejaka-jejaka berjubah hitam sudah saling mengetap rahang,geram.Makin geram hati mereka rasa bila melihat keenam-enam jejaka bersut putih tadi sudah semakin hampir dengan tempat dimana si jejaka pemilik Crown berada.

Manakala jejaka-jejaka bersut putih pula,sebaik mereka tiba ditempat si jejaka pemilik Crown yang masih beku langkahnya itu,terus salah seorang daripada mereka yang bewajah putih pucat seperti puteri salji itu mengarahkan tangannya ke arah kaki si jejaka Crown sambil mulutnya terkumat-kamit seakan membisikkan mentera hinggalah kaki si jejaka pemilik Crown dapat bergerak kembali.

Sebaik mentera yang dikenakan keatas si jejaka pemilik Crown berjaya dirungkai,terus kedua belah lengannya disambar oleh jejaka-jejaka bersut putih tadi buatkan dia kembali tak mampu untuk melarikan diri lagi.

"Kau fikir kitorang akan lepaskan kau pergi macam tu saja lepas kitorang rungkaikan mentera ke atas kau tadi?"soal si jejaka bersut putih yang berambut pink-peach pada dia dalam senyum sinisnya buatkan si jejaka pemilik Crown makin gerun dengan mereka.

"Korang nak apa—"

"Perlu ke kau tanya soalan yang sama berulang kali?"cantas jejaka bersut putih yang berambut pink sakura pula dengan soalan menyindirnya.

Si jejaka pemilik Crown hanya mampu mengetap bibirnya bagi menahan rasa gentar dihatinya bila mendengar bidasan soalan dari si jejaka tadi.

"Cih!Dungu."celah jejaka bersut putih yang berambut kelabu keunguan dengan kutukannya pula buatkan si jejaka pemilik Crown makin hilang bicara ditempatnya.

Si jejaka bersut putih yang berambut pink-peach itu pula mula arahkan dua orang dari rakan kumpulannya itu untuk terus memegang si jejaka pemilik Crown supaya dia tak cuba melarikan diri lagi manakala yang selebihnya dia arahkan untuk berjaga diposisi masing-masing kerana mereka sudah ingin kembali ke markas mereka.

Si jejaka pemilik Crown makin panasaran ditempatnya bila dia dipaksa mengikut langkah jejaka-jejaka bersut putih tersebut untuk turut berlalu pergi dari situ.

Sudah puas dia cuba mengeraskan tubuhnya untuk tidak mengikut langkah mereka berenam tapi dirinya tetap saja ditarik untuk dibawa pergi oleh dua orang jejaka bersut putih yang masih kemas memegangnya itu bagaikan senekad mana dia ingin melepaskan diri dari mereka,senekad itu jugalah mereka ingin bawa dia pergi.

Coretan 3 Minit[OneShot]Where stories live. Discover now