House Of Card

11 1 0
                                    

Spliss..

Habis jatuh bertaburan kad-kad kecil itu ke lantai setelah ia yang tadinya disusun tinggi untuk dijadikan menara kad telah dirobohkan si jejaka dengan kasar.

"Hei!Apasal kau robohkan rumah kad kita ni?Aku penat-penat susun sampai tinggi boleh je kau senang-senang robohkan!"suara si kawan yang berada disebelahnya mula bernada geram tapi dia hanya buat tak kisah je dengannya.

"Malas ah aku!Kalau kita berjaya susun kad-kad ni sampai tinggi melangit pun belum tentu ia boleh jadi rumah betul pun.Macam orang bodoh je main benda ni!"dengan penuh selamba mulutnya mengkritik tapi si kawan yang tengah gigih kutip balik kad-kad tadi yang dah berselerak atas meja depan mereka tu dah tayang muka bengang je pada dia.

"Amboi,kau punya cakap!Habis kalau rumah kad yang kita buat ni tak boleh jadi rumah betul,apasal sekarang kau masih boleh merasa duduk dalam rumah kita yang besar macam istana ni sedangkan kau bukan putera raja?Ke kau dapat duduk kat rumah istana kita ni sebab nenek kau Ratu Elizebeth?Datuk kau Donald Trump?"penuh sarkastik si kawan menyoal buatkan si jejaka dah tayang muka toya tanda malas nak lawan cakap.

"Okey,fine,aku salah sebab kutuk kad-kad kesayangan kau yang menjadi punca rezeki kau selama ni kan.—"

"Tahu pun kau!Paling penting kau jangan lupa,kad-kad aku ni adalah dunia magik aku jadi kalau lain kali kau nak kutuk lagi rumah kad aku mahupun permainan yang lahir dari kad-kad aku,sila angkat kaki untuk keluar dari dunia magik aku ni.Ada faham?"Fuhh~Bila si kawan keluarkan ayat ditaktor kejamnya,terus si jejaka tayang muka bosan.

'Huh,dunia magiklah sangat!Setakat buat silap mata guna rumah kad,adik aku pun boleh belajarlah.'kutuk si jejaka dalam hati buat si kawan,tanda meluat dengan si kawan yang tak habis-habis nak agungkan kad-kad dia yang diangap sebagai kunci dunia magiknya itu.

Yup,si jejaka dan si kawannya itu adalah ahli silap mata yang terkenal tapi mereka tak setanding dengan Kaito Kid lagi yang merupakan ahli silap mata bertaraf dunia tu.

Siapa dia Kaito Kid tu?Boleh search kat google.

Sebab seluruh dunia tak berapa kenal mereka berdua lagi berbanding dengan si Kaito Kid,ahli silap mata dan juga pencuri barang berharga yang paling bergaya dan dikenali diserata dunia tu.Ceih~

Tapi yang penting,silap mata mereka adalah menggunakan rumah kad.

Only with a House of Card,will be a great magic world!”

Itulah tagline mereka berdua.

Dan itulah juga kunci untuk menikmati dunia magik dari mereka.

Rumah kad mereka berdua..sungguh menarik,kan?

-The End-

××××
Tbc

MC:Satu komen,satu ayat,satu perasaan.Menarik ke?

-J'sMine-

*Jumlah Patah Perkataan:420pp.

Coretan 3 Minit[OneShot]Where stories live. Discover now