Knock

6 2 0
                                    

Jarinya diketuk kecil ke pintu,dalam pada dadanya turut sama menahan debar.

Tiba-tiba pintu yang diketuk terbuka dengan sendirinya.Di saat itu juga dia dapat lihat balam seorang jejaka bersut putih dan dua gerangan berjubah hitam sedang menantinya di sebalik pintu sana yang telah terbuka tadi.

Mereka...Black dan Fake Angel.

Untuk seketika liurnya cuba ditelan dalam gentar.

"Kau takut ke,bertemu dengan kitorang...budak?"soal salah seorang dari si gerangan berjubah hitam tiba-tiba dalam pada rakannya yang seorang lagi berserta jejaka bersut putih mula melangkah menghampirinya.

Tapi dia...masih paku di tempatnya tanpa sebarang kata.

"Tak perlu takut.Kitorang adalah kau...dan kau adalah kitorang.Kita...saling memerlukan antara satu sama lain untuk lengkapi kehidupan ini."giliran si jejaka bersut putih pula berkata,buatkan si dia terlihat agak termakan dengan bicaranya.

Lambat-lambat dia turut menghampiri mereka,walaupun dirinya masih takut.

"Siapa sebenarnya korang?Apa mungkin...korang datang pada aku sebab aku ada Crown?"soal dia pula pada mereka,namun soalannya hanya dibalas senyum tenang oleh mereka lantas langkah mereka saling dihentikan.

"Tak,kitorang tak datang pada kau sebab Crown.Lagipun kau bukan pemilik Crown.Hidup kau tak terlalu menyakitkan untuk menerima Crown.Kitorang datang pada kau hanya untuk bagitahu kau yang Blue Flame kau masih tak membara.Nampaknya kau seperti tak ingin biarkan kitorang jadi rama-rama indah untuk kau.Kenapa?"ungkap seorang lagi si gerangan berjubah hitam padanya namun maksud kata-kata dari si gerangan agak buat dia tak mengerti.

"Apa maksud kau?"soal dia pula.

Kali ini kedua gerangan berjubah hitam mengalih pandangan mereka ke arah jejaka bersut putih pula untuk memberi ruang kepadanya untuk menjawab pertanyaan dia.

Si jejaka bersut putih mengangguk sekilas sebelum dia merenung lama ke dalam wajah si dia.

"Cuba kau pegang dada kau...dan tanya hati kau.Apa erti hidup ini untuk kau?Apa impian yang paling kau inginkan?Apa mimpi terindah untuk kau yang mampu menjadi penguat semangat buat kau?Kesakitan dan ketakutan apa yang kalau boleh kau tak nak ianya berulang kembali?Yang terakhir...apakah kau yakin hanya kau yang paling tak berguna dalam hidup ini?"

Diam...dia terjeda untuk membalas setiap peluru soalan dari si jejaka bersut putih bila dia rasa soalan tersebut agak menampar hatinya.

Ya...selama ini dia sentiasa pertikaikan kehidupan dia,kerana dia sakit.Dia sering bertanya pada dirinya sendiri sampai bila dia harus menyusahkan ibunya dengan peyakit yang dihidapnya?

Dia ingin jalani hidup normal seperti remaja lain yang seusia dengannya namun tak boleh kerana batas yang tercipta buatnya disebabkan penyakitnya itu.

Dia juga pernah pasang impian untuk kejar cita-citanya namun semakin lama waktu berputar...semakin dia rasa yang impiannya tak mungkin akan dapat jadi kenyataan hingga buatkan dia hanya mampu memendam impiannya di dalam hati cuma.

"Apakah...masih ada lagi orang yang paling tak berguna dari aku dalam dunia ni?"soal dia tiba-tiba pada mereka.

"Aku tak boleh buat apa yang aku nak.Hidup aku hanya bergantung pada ubat saja.Aku masih dijaga ibu aku sedangkan pada usianya yang kian lanjut ini,aku yang patut membiaya hidup dia.Waktu orang lain sedang galak meneroka dunia baru,aku pula hanya mampu memerhati waktu yang berubah dari tempatku cuma,tanpa mampu buat apa-apa.Apakah hidupku masih boleh bererti dan kehadiran aku boleh memberi erti kepada orang lain juga?"sambungnya lagi buat mereka.

Kali ini si gerangan berjubah hitam sudah tersenyum tika mendengarnya.

"Itu semua hanyalah delusi kau yang begitu tertekan dengan penyakit yang dihidapi kau.Kau tidak yakin untuk keluar dari dunia kegelapan yang kau ciptakan kerana kau anggap orang lain tak pernah peduli pada kau.Bukalah pintu hati kau dan cuba lihat...di dunia ini tiada siapa yang tak berguna melainkan mereka yang putus asa dengan kehidupan mereka.Kau masih ada harapan untuk ubah dunia kau kerana kau masih menyimpan secebis impian dalam hati kau...tanpa kau sedar."

Dia yang mendengar kata-kata tersebut dari si gerangan berjubah hitam lambat-lambat memegang dadanya.

Dupp,dupp,dupp,dupp...

Ianya berdetak dengan tenang.

Tak seperti kebiasaan,dadanya terasa sesak dan dia agak sukar untuk bernafas dengan lancar.

"Selama mana aku hidup...hanya satu yang aku sentiasa berharap.Aku ingin lakukan perkara yang aku suka seperti orang lain tanpa ada satu waktu pun aku menyusahkan ibu aku.Boleh ke aku...dapatnya?"ungkapnya pula.si gerangan bertiga yang sedang berada di depannya itu sudah saling tersenyum,sebelum jejaka bersut putih menyuakan telapak tangannya di depan dia.

Seketika kemudian,muncul api kecil berwarna biru diatas telapak tangan si jejaka bersut putih dan makin malam api itu mula membesar sedikit.

Kedua gerangan pula turut meletakkan sebelah telapak tangan mereka berdua ke atas api biru yang sedang berada di atas telapak tangan si jejaka bersut putih bersama senyum masing-masing turut disimpul...penuh makna.

Dia pula agak terkedu dengan gelagat gerangan Angel bertiga.

"Korang buat apa tu?"soal dia dalam keliru pada mereka.Pandangan mereka bertiga kembali dihala pada dia.

"Kitorang ingin jadikan luka semalam sebagai rama-rama indah buat kau.Dan mimpi kau...biarkan ianya menjadi peniup semangat buat kau...agar impian kau turut terus membara bersama hari-hari yang kau lalui."ungkap si jejaka bersut putih dan ianya diangguk setuju gerangan berjubah hitam.

"Sekarang pejamkan mata kau...dan tetapkan mimpi paling indah yang mampu jadi penguat semangat kau,dalam kau hadapi hidup yang mencabar ini."

Mimpi paling indah?

Matanya cuba dipejam rapat tika dia berusaha mencari mimpinya yang mana yang paling indah yang mampu menjadi penguat semangat untuknya.

Seketika dia seakan tersedar akan sesuatu yang menyentuh hati kerana di saat dia terfikirkannya...laju saja air matanya menitis keluar dari celah kelopak matanya.

Hatinya sebak semerta.

'Mama...adalah mimpi terindah untuk hidup aku.Mama tetap setia ada dengan aku bila aku perlu,walaupun mama sering kehilangan waktu rehat mama waktu jaga aku sakit.'

'Mama...kenapa selama ni aku tak pernah sedar dengan segala pengorbanan mama untuk aku?'

'Mama...maafkan,hyun...'

Ya,akhirnya pintu hatinya telah terbuka untuk sedar bahawa kehadirannya masih lagi bererti buat seseorang di saat dia rasa dia tak dipeduli oleh orang lain.

Seseorang yang bernama ibu...masih tetap akan ada berssama kita,peduli pada kita,di saat orang lain tidak sedar akan kehadiran kita.

Jika kau masih terfikir bahawa kau yang paling tak berguna...ingatlah.

Pegang hatimu dan tanya diri kau...apakah kau dilahirkan untuk menjadi sesuatu yang tak berguna?

Sedangkan sampah,jika dikitar semula ia masih boleh digunakan.

Najis juga tempat terakhirnya akan menjadi baja yang berjasa kepada tanah tanaman.

Apa kau masih rasa...kau seorang yang tak berguna?

—The End—

**note:Well...ia ambil waktu yang lama untuk aku dapat mood dan menulis kat sini.huhu...



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 29, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Coretan 3 Minit[OneShot]Where stories live. Discover now