Episode 30: First Meeting After 4 Years

14.2K 591 89
                                    

Tengku Adam melangkah masuk ke dalam pejabatnya yang telah ditinggalkan selama sebulan ini. Hatinya bersiul-siul keriangan, senang dapat kembali semula ke tempat bekerja.

"Goodmorning boss, I heard the news. Congratulations." Salah satu pekerja yang melimpasi Tengku Adam menegur.

Tengku Adam tersenyum. "Thankyou."

Sepanjang kakinya berjalan ke arah lif, tidak putus-putus pekerjanya memberi ucapan tahniah buat dirinya. Ni mesti sebab berita yang sudah tersebar luas di social media tentang khabar angin dia bakal bernikah dengan Medina.

Tidak sampai sesaat, lif emas yang telah dikhaskan untuk pemilik TT Holdings sudah terbuka saat kakinya berdiri di depan. Lif ini memang telah diubah suai dengan begitu canggih. Cukup hanya berdiri di depan, lif tersebut boleh terbuka secara automatis.

Full-body sensor. Syaratnya, cuma tubuh Tengku Adam saja yang boleh dikesan. Selain tubuh lelaki itu, lif emas tersebut tidak akan dapat dimasuki. Tengku Adam menapak masuk ke dalam perut lif. Passcode lif ditekan pada skrin yang tersedia.

Pintu lif tertutup. Tengku Adam menunggu sehingga lif ini membawanya ke tingkat 11. 

Ting!

Skrin lif itu menunjukkan tingkat 11. Pintu lif terbuka secara automatis. Tengku Adam keluar dengan hati yang lapang. Fasha yang berada di kaunter pertanyaan memberi salam. Dia membalas salam wanita itu.

"Goodmorning boss, it's good to see you back." Ucap Dyna saat terlihat kelibat bos kacaknya berjalan menuju ke biliknya. Dia cepat-cepat mengejar langkah Tengku Adam.

Hatinya bergetar hebat. Dah sebulan menanggung rasa rindu menanti kepulangan sang kekasih hati.

Tengku Adam melemparkan senyum manis.

"Morning, Dyna. I feel good to be here, too." Balasnya mesra.

Dyna terkedu. Senyuman itu sudah lama tidak dijamah oleh matanya. Syukurlah pagi ini dia berpeluang untuk melihat senyuman menawan itu lagi.

Hati Dyna berlonjak-lonjak riang. Dia tak sabar-sabar nak bagitahu member dalam kumpulannya. Mesti diaorang akan cemburu terhadap layanan Adam buat dirinya hari ini.

Pandangannya menghantar kelibat Tengku Adam yang sudah masuk ke dalam biliknya. Dyna mengeluh bahagia. Dadanya yang masih berdebar hebat dipegang. Tengku Adam dah mula sukakan dirinya ke? Dyna sempat berangan-angan di pagi hari.

"Dyna!" Tatty mengejutkan sahabat sepejabatnya itu dari belakang.

Terhinjut bahu Dyna gara-gara terkejut. Riak wajahnya jelas tak puas hati. "Boleh tak panggil aku bagus-bagus sikit?" Jelingnya tajam.

Tatty tersengih-sengih. "Sorrylah..aku tak sengaja. Aku cuma hairan kau tersenyum sorang diri di tengah-tengah jalan ni. Ramai tengok kau lain macam je. Patutnya bos kita je rasa yang sama tapi kau pun jugak eh.."

"Mestilah! Sebab---" Dahi Dyna tiba-tiba berkerut. "Sekejap..kau sebut bos kita kan tadi? Kenapa dengan bos kita?"

"Laaaa...kau tak baca news ke pagi ni, Dyna? Viral kut satu Malaysia yang pemilik syarikat terkenal dan usahawan berjaya Tengku Adam Mukhriz ingin menamatkan zaman bujangnya bersama teman selaku pekerja sepejabatnya  Nur Medina Razak."

"WHAT?!" Bergegar di bahagian tingkat 11 itu dengan jeritan Dyna.

■■■

Dania hairan melihat orang di sekelilingnya asyik bercakap tentang bos mereka. Dia tahu pemilik syarikat TT Holdings selaku bos besar mereka tadi sudah selamat kembali ke pejabat setelah sebulan berurusan di luar negara. Dia cuma pelik kenapa pekerja kat sini tak habis-habis lagi nak cakap tentang khabar angin pernikahan bosnya itu. Termasuklah Kak Siti dan Reenayra.

Sweet But DangerousWhere stories live. Discover now