Episode 37: Friends?

13.4K 643 65
                                    

Dania mengemas baju kurungnya yang sudah sedikit kusut itu sebelum tangan naik mengetuk pintu bosnya dengan perlahan.

"Come in." ucap Tengku Riyad dari dalam.

Dania menghela nafas panjang. Dia memulas tombol pintu itu lalu menapak masuk ke dalam. Kakinya berjalan mendekati meja kerja Tengku Riyad dan berhenti tepat di hadapan bosnya itu.

"Yes, boss? Ada apa bos panggil saya?" soal Dania sopan.

Tengku Riyad melepaskan keluhan. "I have some bad news for you."

Jantung Dania mula berubah rentak. Bad news? Hatinya memang tak boleh duduk diam bila ada berita buruk. Dania sudah trauma dengan kes 4 tahun yang lalu. Dia menentang wajah Tengku Riyad dengan hati yang gugup.

"The bad news is Miss Savita and I won't be able to join you tomorrow. I have an impromtu work tasks I had to solve regarding our new projects in Johor Bahru. I'm bringing Miss Savita along with me." Tengku Riyad berkata dengan hati yang hampa.

Sejujurnya, dia ingin membawa Dania bersamanya ke Johor Bahru walaupun dia tidak dapat pergi ke LA menguruskan projek mega TT Holdings di sana. Tapi apakan daya? Fasha bagitahu sepupunya itu ingin membawa wakil dari pekerjanya dan Tengku Adam memilih Marissa Dania. Tengku Riyad pun tak tahu kenapa.

Dania terkejut. Habis dia pergi dengan siapa?

"You'll be going with Tengku Adam, representing me." Tengku Riyad menjawab persoalan Dania di hati.

Macam nak terlompat keluar jantung Dania saat ini. Kenapa mesti dengan lelaki tu? Kenapa tak ada pengurus lain yang boleh pergi dengannya? Gerutu Dania tak puas hati.

Dah terang-terang syarikat ni dah jadi milik dia, Dania oi! Hatinya tiba-tiba menempelak. Dania segera mengawal reaksi wajahnya.

"Oh," balas Dania dengan nada kecewa. Dia menganggukkan kepala beberapa kali.

"I was really looking forward to it. Maybe, next time." Tengku Riyad senyum walaupun agak cangkung. Kecewa sungguh dia tidak dapat pergi bersama Dania.

Dania juga berasa yang sama. Dia dah siap-siap tulis kat diary lagi tempat mana yang dia nak lawat bila mereka ada kesempatan untuk berehat nanti. Hmmm. Nak buat macam mana? Semua tu hanya tinggal kenangan.

Kakinya menapak keluar dari bilik itu dan kembali ke meja kerjanya. Reenayra yang perasan melihat perubahan air muka kawannya itu menegur dari meja sebelah.

"Rissa, awak okay ke? Moody semacam je saya tengok." tegurnya.

Dania tersentak.

"Eh, saya okay. Taklah. Mana ada moody." jawabnya dengan wajah dimaniskan.

Reenayra mula mendekati Dania. Dah mulalah tu perangainya yang terkenal dengan 'kepochi' a.k.a kaki penyibuk!

"Ermm..Rissa..Kenapa bos kita panggil awak tadi eh?" soal Reenayra meleret.

"Tengku Riyad cuma nak bagitahu saya yang dia dan Puan Savita tak dapat pergi ke LA esok sebab ada kerja kat JB. Tapi, saya tetap akan pergi sebagai wakil bos kita." ujar Dania tanpa riak. Masih sedih dengan berita yang baru diterima. Hmm.

Reenayra memuncungkan bibirnya. Cemburu dengan wanita di sebelah ini. Dia hairan kenapa dia tak dipilih sebagai wakil ke sana. Dania baru saja bekerja tapi dia dah bertahun-tahun masih belum berpeluang. Belum rezeki lagi, Reen..bisik hatinya.

"Bestnya awak Rissa..dapat pergi LA. I wish I could join you too. I'm so jealous." keluh Reenayra perlahan.

Dania serba salah. "Reen, saya pergi sana bukannya bercuti tapi bekerja. Awak tak perlu cemburulah. Boleh je awak pergi sana masa kita cuti nanti kan?" pujuknya lembut.

Sweet But DangerousWhere stories live. Discover now