Episode 33: Family Matter

13K 485 45
                                    

Dania memandang ke luar tingkap kereta. Tengku Riyad mengerling sekilas. Dia hairan melihat wanita itu hanya diam menyepikan diri. Tidak banyak berbual seperti selalu.

"Nia?"

Dania masih diam.

Tengku Riyad mencuba lagi. Nadanya sedikit tinggi. "Nia?"

Dania tersentak. "Hah?"

Dia tertunduk malu. Tengku Riyad tengah bercakap dengan dia ke sejak tadi? Aduh..macam manalah dia boleh berkhayal di dalam kereta orang ni. Dania berdehem-dehem, dia segera mengawal gelojak rasa di hati.

"I'm sorry..apa awak cakap tadi?"

Tengku Riyad senyum kecil. Pandangannya masih fokus pada jalan raya di hadapan.

"Tak ada apa-apa. Saya baru panggil awak."

"Ohh.." Dania terangguk-angguk. "Err, kenapa awak panggil saya?"

"Saya nak tanya, betul awak tak nak pergi klinik dulu?"

Oh. Ya, penipuannya pada hari ini. Konon dia ambik emergency leave sebab tak sihat badan. Itu jugalah dia bagitahu Tengku Riyad dan Puan Savita tadi, tapi hakikat sebenarnya.. Dania cuma nak mengelak dari bertembung dengan Tengku Adam lagi. Kepalanya masih berdenyut-denyut selepas bertemu dengan lelaki itu.

"Betul. Saya boleh rehat kat rumah je." Dania menolak pelawa bosnya dengan sopan. Layanan Tengku Riyad terhadap dirinya sejak dua menjak ini membuatkan hatinya berbunga-bunga. Kenapalah Riyad baik sangat dengan aku?

"How about Rissya? Siapa ambil dia nanti? Awak masih larat nak jalan ke?" Sangka Dania, Tengku Riyad akan diam selepas itu namun dia nampak jelas riak lelaki itu masih berkerut.

"InsyaAllah, saya masih larat." balas Dania menghadiahkan senyuman manis kepada Tengku Riyad.

Walaupun hanya dengan ekor mata, Tengku Riyad masih nampak senyuman manis yang ditujukan buat dirinya itu. Hatinya mula bergetar. Ada ketukan lembut di tangkai hatinya kala ini. Please don't play with my heart, Dania..Bisik kecil hatinya.

"Tapi, saya tetap akan risau." Nada Tengku Riyad tiba-tiba berubah serius.

Gulp.

Dania menelan air liurnya. "Ri-risau?"

"Yes. Risau. Kalau boleh saya nak ambil Rissya sekarang, bawa awak dan dia keluar makan dulu baru saya hantar balik rumah. Can I?"

Hati Dania tersentuh. Tapi..bukankah Tengku Riyad ada meeting besar dengan client pada jam 10 nanti? Ada 15 minit lagi sebelum jarum jam menginjak ke pukul 10. Tak kan Tengku Riyad nak batalkan meeting penting itu hanya semata-mata ingin mengambil Rissya dan mengajak mereka keluar makan?

"Tapi..awak ada meeting penting--"

"I can call it off. Ini lagi penting." pintas Tengku Riyad dengan nada yang tegas.

Zap! Bagaikan ada arus elektrik yang mengejut mengalir di seluruh tubuh Dania mendengar nada itu. Ini lagi penting? Apa maksud Tengku Riyad? Dia dan Arissya lagi penting bagi lelaki itu daripada meetingnya ke?

"Okay." balas Dania sepatah. Dia kehilangan kata-kata. Hatinya tak keruan.

Serentak itu, bibir Tengku Riyad menguntum senyum. Dia berpuas hati dengan jawapan Dania. Wanita itu tidak menolak mahupun membantah.

Tengku Riyad menukar simpang jalanraya di roundabout. Keretanya mula meluncur laju menuju ke sekolah anak angkatnya itu. Tak sabar-sabar Tengku Riyad ingin berjumpa Arissya. Hampir seminggu lebih dia tak dapat menjenguk Arissya gara-gara kesibukkan dengan kerja yang menggunung di pejabat.

Sweet But DangerousWhere stories live. Discover now