Episode 35: Engagement Day

13.7K 530 61
                                    

Medina diam tidak bergerak apabila Mak Andam begitu tekun mencalit mukanya dengan make-up tipis. Hatinya berdebar-debar sedari tadi. Teruja. Gugup. Perasaan itu bergabung menjadi satu. Tidak lama lagi dia akan bergelar tunang orang. Tunang kepada Tengku Adam. Lelaki yang dicintainya.

"Sat nah..last touch!" Mak Andam memberi terang lagi warna di bibir bakal tunang orang ini.

"Dah siap pun! Cuba Ina berdiri dan tengok kat cermin sekarang." Arah Mak Andam itu.

Medina tersenyum manis. Dia berdiri dengan berhati-hati. Penampilannya yang sungguh berbeza itu dipandang lama depan cermin. Hari ini, Medina mengenakan baju kurung moden putih yang sudah ditempah oleh bonda Tengku Adam. Dia memadankan dengan tudung juga berwarna putih. Terserlah keayuannya.

"Cantiknya kau, Ina..." gumam Bella, sepupu sebayanya itu dengan cemburu.

"Ye ke? Aku rasa biasa-biasa je." Medina berkata cuba mengawal gelodak hati yang berkobar-kobar menanti pihak lelaki berkunjung ke rumah mak sunya saat ini.

"Apa pula biasa-biasa? Mak Andam dah make over Ina mestilah jadi luar biasa! Nanti bila bakal mak mertua kamu datang, mesti dia tak menyesal dapat menantu secantik kamu." puji Mak Andam melambung tinggi.

Yelah..budak yang dikenal sejak kecik dah nak kahwin dengan orang yang terkaya di Malaysia. Siapalah tak nak ambil kesempatan?

Medina tertunduk malu. Kembang kuncup hatinya dipuji saudara maranya hari ini. Apa pula reaksi Adam bila nampak penampilannya nanti? Terkejutkah lelaki itu? Medina berharap sangat Adam turut ikut rombongan bondanya. Dia nak berjumpa dengan lelaki itu. Amboi..macam esok tak boleh jumpa!

"Dah siap ke, Ina? Rombongan lelaki dah datang tu." Wajah Latifah terpacul di sebalik muka pintu. Dia menapak masuk ke dalam bilik yang dihuni anak buahnya ini.

"Dah mak su. Mak su..okay tak penampilan Ina hari ni?" Medina bertanya pendapat mak sunya kerana dia tahu makciknya ini saja yang akan bercakap terus-terang tanpa berselindung.

"Cantik." jawab Latifah sepatah.

Medina terkejut. Buat pertama kali dalam seumur hidupnya, mak su memuji dirinya. Dia segera mendapatkan mak sunya itu. Betul ke apa yang aku baru dengar tadi?

"Betul ke Ina cantik?" soal Medina masih tak percaya.

"Betul lah. Tak kan mak su nak tipu?" Latifah berkata dengan nada selamba.

Sekali lagi Medina terkejut. Mak su tidak lagi membahasakan dirinya kau-aku..

"Boleh tak kamu berdua keluar dulu? Aku nak bercakap dengan anak buah satu-satunya yang aku ada ni,hah. Suruh pengurus majlis tunggu sekejap." pinta Latifah. Serentak itu, Bella dan Mak Andam keluar dari bilik Medina memberi ruang kepada mereka berdua.

"Ina..mak su bangga dengan Ina. Akhirnya, Ina dah capaikan impian tinggi mak su selama ni. Mak su nak Ina lepas ni jaga Adam baik-baik. Jangan bagi perempuan lain peluang sikit pun. Dia tu dahlah kaya, kacak pula tu bak kata orang full-package! Mak su tak nak menyesal dan kempunan tak bermenantukan lelaki kaya macam Adam." ujar Mak su perlahan.

Medina mengeluh di hati. Mak su masih lagi dengan misi utamanya itu. Mungkin sampai bila-bila pun dia tak akan dapat lari dari mak su yang masih mengejar 'impiannya' sendiri.

"Tapi mak su..Ina ikhlas cinta kan Adam. Ina tak ada niat nak rampas kekayaan dia.." balas Medina takut-takut.

Serta-merta, riak manis itu berubah menjadi berang. Tajam mata Latifah mencerlung ke arah anak buahnya itu. Amarahnya naik berasap kepul-kepul hingga menggelegak ke kepala.

Sweet But DangerousWhere stories live. Discover now