Episode 47: Qash & Qisya

12.7K 681 115
                                    



Qisya mengereng ke sebelah kiri. Tidak lama kemudian, dia berpusing ke sebelah kanan pula. Matanya dibuka perlahan. Wajah Aulia yang masih nyenyak dipandang seketika. Tekak Qisya yang kering membuatkan dia terjaga dari tidurnya di tengah malam ini. Dia memang sukar untuk melelapkan mata bila dia dah haus.

Tanpa melengahkan masa, Qisya terus bangun lalu mencapai tudung instant shawl di atas meja. Shawl itu lantas disarung ke dalam kepala. Qisya turun dari katil dengan perlahan. Dia tidak mahu mengejutkan Aulia yang enak dibuai mimpi itu. Tombol pintu juga dipulas dengan sangat perlahan lalu dikuak tanpa membuat sebarang bunyi.

Qisya mula memerhati di sekeliling ruang tingkat atas rumah banglo ini. Hatinya sempat memuji design rumah suami sahabatnya itu. Pandai betul hias rumah secantik ini. Terbit rasa cemburu dengan kebahagiaan yang dialami kedua pasangan sahabatnya itu.

Mana tak cemburu kalau dua-dua sahabatnya sudah ada pasangan sendir. Dan tak lama lagi, Aulia pula bakal mendirikan rumahtangga. Pasti telinga Qisya semakin bernanah bila bertemu dengan saudara maranya. Pakcik dan makcik yang kepochi dan kuat membawang.

Bila nak kahwin? Dah ada calon suami ke? Kenapa tak ada orang masuk meminang? Jangan nak memilih sangat kalau nak mencari suami nanti tak kahwin sampai ke tua. Ah! Serabut kepala Qisya memikirkan tentang hal itu.

Qisya bukanlah memilih pasangan hidupnya cuma..dia masih belum menemui cinta sejatinya seperti mana Dania dan Aulia telah berjumpa dengan cinta sejati mereka.

Qisya teringin juga nak merasa bahagia dengan pasangan hidup yang dicintainya. Kalau kahwin tanpa cinta, susah jugak kan? Nanti semua benda pun dibuat dengan rasa terpaksa kerana terikat dengan tanggungjawab masing-masing.

Gelas kaca dicapai dari kabinet yang ditempatkan khas hanya untuk semua jenis gelas. Kaki Qisya bergerak ke arah water purifier yang berjenama Coway itu.

Qisya meneguk sekali harung sebaik gelasnya sudah berisi air. Mudah sungguh mesin air seperti ini. Hanya perlu tekan tak payah susah-susah lagi nak tuang air bagai.

"Hah..leganya." gumamnya perlahan.

Selesai minum, Qisya membawa gelas kaca yang dipakainya tadi ke singki. Belum sempat dia membuka pili air itu, telinganya dapat mendengar derapan tapak kaki seseorang yang sedang menuju ke dapur. Jantung Qisya mula berdegup kencang.

Qisya mengemam bibirnya rapat. Dia tidak mahu membuat sebarang bunyi. Siapa pula pergi dapur malam-malam buta macam ni? Nia ke? Kalau Aulia, mustahil sangat kerana dia nampak gadis itu begitu nyenyak sampai tak sedarkan diri. Perompak masuk pun mungkin Aulia tak sedar-sedar lagi!

Ada bunyi desahan yang amat kuat mula kedengaran. Qisya yakin dan sangat pasti desahan itu bukan lahir dari mulutnya. Tapi lahir dari mulut gerangan asing itu. Qisya menarik nafas dalam-dalam. Otaknya cuba berfikir secara positif.

Qisya..dengar sini. Mustahil sangat kalau perompak berjaya menceroboh masuk ke dalam rumah Dania yang sememangnya dikawal ketat dengan sekumpulan pengawal. Mustahil sangat. Qisya ingat lagi betapa banyaknya pengawal yang menjaga rumah ini ketika mereka sampai ke sini.

Jadi kalau bukan penceroboh, siapa pula?

Qisya menahan nafasnya. Dengan sedikit kekuatan yang masih ada, Qisya memberanikan diri untuk bersuara. Menyesal pula dia tak pasang lampu dapur tadi.

"Nia, k-kau ke tu?" tanya Qisya dengan nada yang teragak-agak.

Erangan tadi langsung terhenti.

"Who is that?"

Macam nak terlompat keluar jantung Qisya bila suara garau itu menyapa gegendang telinganya. Bukan Dania. Dan bukan juga Aulia apatahlagi Mak Tun. Itu suara lelaki! Ya. Dia yakin itu adalah suara milik seorang lelaki.

"Wh-who ar-are you?" Qisya bertanya lagi seraya kakinya perlahan-lahan melangkah ke arah dinding untuk mencari suis lampu.

"I should ask you the same question." balas lelaki asing itu.

Qisya mengerutkan dahinya. Kenapa suara lelaki itu seperti sedang menahan kesakitan?

"Please don't play games with me or I will scream my lungs out." Qisya beri amaran kepada lelaki itu.

Serentak itu, bibirnya mengukir senyuman. Yes! Dah jumpa pun. Lantas jari Qisya menekan suis lampu dapur ini yang baru saja berjaya dijumpainya di tepi dinding.

Klik.

Ruang dapur mewah itu mula marak dengan cahaya lampu yang terang. Qisya lantas berpusing untuk menghadap lelaki yang masih tidak dikenali nama itu.

Qisya terpana. Jantungnya seolah-olah terhenti buat sesaat. Matanya terbuka luas memandang keindahan ciptaan Tuhan di hadapannya kala ini.

Handsomenya...

Hati Qisya tidak putus-putus memuji lelaki kacak di hadapannya saat ini. Dia bagaikan terpukau dengan sepasang mata itu.

Wow. Blue?

Qisya dapat meneka lelaki itu ialah kacukan orang putih. Dengan matanya yang berwarna biru..hidung yang mancung..bibir yang terlalu sensual..tapi kenapa mukanya pucat tidak berdarah?

Qash berdehem-dehem. Tidak selesa dipandang oleh wanita asing di hadapannya ini. Kenapa pandang dirinya dah macam nak makan orang?

"Dah puas tengok?" sinis Qash bertanya.

Qisya tersentak.


•••

PERTEMUAN PERTAMA QASH DAN QISYA SANGAT SANGAT COMEL BAGI PENDAPAT SAYA 🚶‍♂ COMEL WALAUPUN QASH WAS BEING SO COLD TOWARDS HER 🤫

KALAU NAK TAHU MACAM MANA QASH LAYAN QISYA BOLEH DAPATKAN EBOOK SEKARANG DENGAN HANYA RM10 SAHAJA‼️

‼️MASA TERHAD‼️
‼️HARGA DISKAUN TERHAD‼️

SAYA ADA BUAT BUKU TENTANG QASH DAN QISYA TAPI SEKARANG TENGAH ON HOLD INSYAALLAH KALAU ADA MASA SAYA SAMBUNG TAHUN DEPAN

SAYA ADA BUAT BUKU TENTANG QASH DAN QISYA TAPI SEKARANG TENGAH ON HOLD INSYAALLAH KALAU ADA MASA SAYA SAMBUNG TAHUN DEPAN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sweet But DangerousWhere stories live. Discover now