Sedar dalam tidak sedar, banyak hari telah berlalu. Kini, perangai dan juga penampilan Encik Zakaria sudah mula berubah, daripada dirinya merupakan seorang yang kemas dan beperwatakan yang sabar dan penyayang bertukar kepada seorang yang sungguh serabut dan kusut dan kurang penyabar. Hal ini sedikit sebanyak telah merunsingkan Puan Amara. Dia seperti sudah tidak kenal dengan suaminya itu. Sebagai isteri, dia telah berusaha sehabis baik untuk mengambil berat dan bertanyakan perihal dirinya yang semakin kusut. Apa yang mengecilkan hati Puan Amara ialah suaminya itu sedikit pun tidak menceritakan masalah yang dihadapinya.
Puan Amara letak tepi dahulu perihal suaminya kerana hari ini merupakan hari yang istimewa kerana harini adalah hari ulang tahun anaknya Sabrina Rose. Jadi, dia mestilah membuat persiapan kerana anakya akan menjangkau usia sweet 18 bak kata orang.
"Manalah suami aku ni ye? dari tadi batang hidung pon tak nampaknya." ngomel Puan Amara.
"Abangg.....banggg.." Panggil Amara.
Dia berjalan mencari kelibat suaminya. Di dapur tiada, di ruang tamu pon tiada. Puan Amara fikir suaminya itu keluar, tetapi dia ternampak kepala suaminya di balik langsir yang menghala ke ruang rehat di taman mininya. Puan Amara pun mula melangkah perlahan kearah suaminya.
"Laaaa.. kat sini rupanya abang, penat saya panggil abang tak sahut pon." Kata Puan Amara lalu duduk di kerusi kosong bersebelahan dengan suaminya. Dia melihat suaminya sedang asyik membelek seutas rantai berbentuk hati di tangannya. Perihal itu menimbulkan satu tanda tanya buat Puan Amara.
"Cantiknyaa rantai tu abang, untuk saya ke?" Soalnya
"Ehh tak, rantai ni abang belikan untuk anak kitalah Sabrina, harini kan hari lahir dia. Inilah rantai yang dia nak sangat tu, loket dia boleh buka tau lepastu ada dua tempat untuk kita letak gambar. " Ujar Encik Zakaria sambil tersenyum. Dapat juga dia beli rantai istimewa itu untuk anaknya.
"Abang dah letak dah gambar, satu tempat ni abang letak gambar kita berdua, satu lagi gambar Sabrina. Cuba awak tengok ni, cantikkan?" Tanya Encik Zakaria.
Puan Amara melihat rantai yang asyik diperkatakan oleh suaminya itu, cantik sekali reka bentuk rantai tersebut jika dipakai oleh Sabrina, pasti dia tampil cantik.
"Cantikk lah abang, pandai abang pilih design dia. Mana abang dapat duit beli rantai ni bang?... dari gaya saya tengok macam mahal je abang?"
Air muka Encik Zakaria terus berubah apabila ditanya sebegitu. Tidak mungkin dia akan beritahu perkara yang sebenar kepada isterinya.
"Emmm uh...ada lah simpanan abang sikit- sikit. Alah takpela, untuk anak kita kan. Sabrina pun bukannya makin menurun umurnya malah makin meningkat jadi abang belilah hadiah yang istimewa." Jawab Encik Zakaria.
"Betul ni..? abang jangan macam-macam, kalau saya dapat tahu yang abang pinjam duit Ah Long, siap abang ye." Ugut Puan Amara
Sekali lagi Encik Zakaria tersentak.
"Eh...takdelah, emmm dah apa kata awak pergi bersiap. Pakai lawa-lawa semua ye suruh Sabrina siap. Nanti lepas maghrib kita keluar."
"Eh, kita nak kemana abang?" Tanya Puan Amara
"Kita pergi celebrate lah. abang nak bawa sayang dengan Sabrina pergi makan dekat tempat yang best."
"Baik abang." Jawab Puan Amara dalam nada yang keliru, sebelum ini mereka terpaksa berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian sampaikan bil elektrik pon dah tertunggak dua bulan. Macamana suaminya itu boleh ada duit untuk membeli rantai semahal itu dan sekarang ni pula nak bawa dirinya dan Sabrina untuk makan di luar?. Husnudzon. Ye itu sahaja yang Puan Amara mampu buat kini.
"Knockk...knock" Puan Amara mengetuk pintu bilik anaknya. Tidak sampai tiga saat, pintu sudah pun terbuka dari dalam dan kepala Sabrina sudah pon terjengul dari balik pintu.
"Ye mama?" Soal Sabrina.
"Ni, papa suruh kamu bersiap sebab lepas maghrib katanya nak keluar."
"Aikk, keluar?..nak pergi mana ma?. Papa ada ke duit?." Tanya Sabrina dengan penuh kehairanan.
"Mungkin papa nak buat surprise birthday kamu kot. Mama pon tak tahu sangat pasal ni. Apa kata kamu bersiap je. Pakai lawa-lawa tau sayang."
"WHAATT?!! CELEBRATE?..OMGGG!!!!. Okok Sabrina bersiap ye mama...wahhhh tak sabarnyaaa!!" Jerit kecil Sabrina. Dia sendiri tidak menyangka bahawa ulang tahunnya akan disambut juga pada tahun ini kerana Sabrina ingat papanya tidak mampu.
Sabrina menyanyi2 sambil bersiap. Encik Zakaria yang berada di bawah tersengih dengan keletah anak gadisnya itu. Dia berharap agar semuanya berjalan dengan lancar.
**********************
"Papa....kita nak kemana ni pa?..Sab rasa excited sangatt eee." Tanya Sabrina.
"Adalahhh rahsia hhehehe" Ujar Encik Zakaria
Sabrina sungguh teruja pada malam tersebut kerana papanya akan membuat kejutan untuk ulang tahunnya kali ini. Dia tidak habis- habis memikirkan segala kemungkinan kejutan yang bakal papanya itu lakukan. Malam itu adalah malam yang paling istimewa.
"Cuba Sabrina tengok bawah kerusi tu." Kata Encik Zakaria sambil tersenyum.
" Haa?...ada apa dekat bawah kerusi pa?" Tanya Sabrina Rose. Dia terpinga kerana secara tiba tiba papanya suruh lihat di bawah kerusi. Seingatnya waktu dia masuk kedalam kereta sebentar tadi, dia tidak nampak sesuatu pula. Hmmm maybe sebab dia tidak terlalu Focus kot.
Sabrina meraba-raba di bawah seat tempat duduknya. Masih tiada apa-apa, dia menggerakkan tangannya sedikit ke kanan. Wahhh dia mendapati ada sebuah kotak kecil dibawah kaki di tempat duduknya. Apa lagi, dia terus mengambil.
" Wahhh apa ni pa?". Soal Sabrina
"Bukalah sayang, itu papa kamu yang belikan. Hadiah sempena Birthday kamu." Ujar Puan Amara.
Sabrina Rose terus membukanya dengan perlahan. Tadinya Sabrina yang sungguh teruja di dalam kereta, kini tiba- tiba sunyi sepi. Tidak lama selepas itu, terdengar bunyi esakann.
"Laaa...Sabrina nangis ke?" Tanya Encik Zakaria
Sabrina tidak terus menjawab pertanyaan papanya itu. Dia terus memeluk Encik Zakaria dan mamanya dengan erat. Papanya tersenyum gembira. Lega hatinya apabila Sabrina suka akan hadiahnya.
"Thank You papa dengan mama sebab belikan rantai yang Sabrina nak sangat..cantiikkk.."
"Sama-sama, papa nak Sabrina jaga tau rantai tu elok-elok. Kalau boleh Sabrina pakai je rantai tu eh, tak perlu buka." Ujar Encik Zakaria.
"Bila Sabrina pakai rantai ni, awak akan rasa selamat je sebab ada gambar mama dengan papa dekat situ." Kata Puan Amara.
Sabrina tidak henti membelek rantai baharunya di tempat duduk belakang sambil tersenyum. Dia berjanji yang dia tidak akan membuka rantainya. Malam ini akan menjadi malam yang paling istimewa dan moment yang paling indah di dalam hidupnya. Sabrina bersyukur dengan apa yang dia dapat. Dia tidak akan melupakan kenangan pada malam ini. Dia terus mencium loketnya yang berbentuk hati dan terus memakainya di leher.
Bersambung~
YOU ARE READING
PENCULIK HATI SAYA!!
Romance"Iya, mungkin aliran perjalanan cinta dan hidupku mungkin agak "Cliche". Orang yang mendengarnya mesti akan kata yang kisah hidupku macam suatu mimpi mahupun cliche seperti drama-drama melayu di kaca televisyen tapi aku hanya mengabaikan sahaja mere...